Bodek punya pasal, Shah Rukh Khan jadi Datuk

October 12, 2008

Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.

“Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya,” kata Saadon Basirun.

————————————————————————————-

Melaka sudah kepupusan rakyat kah? … kena ambil warganegara India untuk mendapat anugerah gelaran Datuk?

Secara peribadi.. saya tiada masalah sekiranya seseorang itu layak kerana berjasa kepada negerinya, samada beliau beragama Hindu atau berketurunan India. Masalahnya, SRK ini lahir di Melaka kah? … atau apakah beliau ini rakyat Malaysia? … atau beliau telah mempromosikan Malaysia di mata dunia? … atau beliau telah banyak membuat kebajikan kepada rakyat Melaka?

Nampaknya, DS Ali Rustam ketandusan idea dan strategi mahu membodek DS Najib, ini ‘signal’ awal bodek beliau.. mentang-mentanglah ‘1st Lady-in-waiting’ dan kalangan bangsawan meminati SRK dan cerita-cerita Hindustan. Selepas ini, kerajaan negeri Melaka bolehlah menimbangkan untuk memberi gelaran Datuk kepada Aishwarya Rai dan Hitrik Roshan pula.. mereka ini pun pernah berlakon di Malaysia juga.

11 Responses to “Bodek punya pasal, Shah Rukh Khan jadi Datuk”


  1. PELIK DAN MENAKJUBKAN…. SRK TU AKAN GELAKKAN KITA BALIK.. DIA PUN HAIRAN KENAPA DAPAT. PASTI DIA AKAN PANDANG SEBELAH MATA DENGAN ANUGERAH YANG DIA DAPAT… KECIL TAK SEBERAPA

    AKUOLDMAN.BLOGSPOT.COM

  2. Sekolah Atap Says:

    kalau bagi gelaran Datuk pun, persoalannya; adakah mereka akan menunjukkan kebangaan dengan menggunakan gelaran tersebut di mana-mana mereka berada? Sekiranya gelaran Datuk SRK digunakan di dalam setiap filemnya pastinya Melaka patut berbangga dengan penganugerahan tersebut. Sekiranya tidak `BUANG MASA JE’…

  3. Sekolah Atap Says:

    tengok Dato’ Michelle Yeoh dia guna ke nama tu?

  4. TOK JANGGUT Says:

    alangkah bodohnya. Kalau jadi yang dipertua, saya malu nak sarungkan pingat darjah kebesaran ini. Tak tahulah apa nak jadi dengan malaysia ni. Inilah manusia. Penuh dengan sandiwara.

    *********

    PS-Salam T_Janggut, sandiwara politik Malaysia yang tidak tahu dimana kesudahannya.


  5. Tuan,

    Sampai saat ini walaupun saya telah menulis artikel khas bertajuk “Tahniah Datuk Shah Rukh Khan” saya masih tidak percaya berita yang saya dengar dari media perdana tanah air. Saya masih tidak berhenti berharap agar Bernama mengeluarkan “Ralat” kerana tersalah lapor ataupun tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”.

    *********

    PS-Salam Faizal, saya juga tidak percaya.. tetapi realitinya ianya memang berlaku.

  6. nurul Says:

    dont blame shah rukh 4 tis….blame da person who gave hm tis pangkat…

    *********

    PS-Dear Nurul, soal kewajaran orang yg membuat cadangan itulah yg saya pertikaikan sekarang.

  7. Ashgood Ashry Says:

    Elok jikalau semua penduduk Melaka yang berumur 40 tahun keatas diberi gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka,atau pun sebelum menamakan anak diletakan Datuk dihadapan. What a disgrace! SRK dont’ even know where Malacca is. Funny but true

  8. cekka Says:

    Selaras dengan keputusan pemberian gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan oleh kerajaan Melaka.. MAKA DENGAN INI, saya Cekka, selaku YDP Negeri Politik Sumbang menganugerahkan gelaran ‘Datuk’ kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah beroleh cucu.

  9. miss taeyong Says:

    salam,

    lps ni bleh la kita list kn nama2 org filem luar yg dah buat shooting kt sini. x kira la walau utk 3-min je (salah satu lagu dlm one two ka 4). hehehe..x sgka ali rustam ni willing to explain bersungguh2 sampai mention nama filem SRK.

  10. org melaka Says:

    bising2 kat forum dtg gak tgk shah rukh khan tu.hehehe.. rilek lah beb. sapa kata SRK tak de jasa kat melaka? Tun M pun akui.

    apalah sgt nak kecoh pasal title datuk tu.. yg penting kita buat jasa untuk agama, anak bangsa serta negara.

    pada yg tak bertauliah nak bg datuk tu.. henti2 kan lah berangan jadi TYT.hehe.. sedih aku tgk.. kalau ko org melaka lg lah sedih aku fikir2 kan.

    dan yg kata SRK tak heran dan tak tau lak melaka kat ner tu.. nih ntah mana info dpt pun tak pasti. ikut hati jer tulis. haii. apo nak jadi nih haa…

    kepada penulis blog nih, info ko tak brapa tepat. sbb SRK mmg ada jasa kat melaka dan malaysia(refer blog Tun M). sila buat rujukan sebelum tulis. jgn dok nak kejar blog hit..

    kata-kata akhir.. dah mati pun leh dpt datuk.. jgn lah risau tak dpt lak. timing jer lain2.

  11. politik seni Says:

    apa sgt lah datuk tu kalau dibandingkan dgn hrga promotion melaka di saluran CCN atau BBC atau lain2 channel yg boleh mempromosikan melaka byk aktiviti yg terbaru kerajaan negeri bagi mempromosi melaka seterusnya yg menumpang ‘tui=nikmat’ rakyat semua pd pendapat sy mereka yg masih tidak bpuas hati bolehlah mengisi borang DMSM bagi mempermudahkan kelayakan calon2 yg pd tahun depan tidak terkecuali blogger2 disini yg pendek akal …
    p/s : saudara ahmad idham juga boleh mengisi sekali lg pd tahun hadapan … sy akan menyokong sepenuhnya sekiranya beliau dpt mempromosikan malaysia dimata dunia bukan sekadar asean .. tq


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: