UMNO tak boleh, PAS boleh..

October 9, 2008

Dalam Harakah Daily 8/10/08.. Dato’ Nik Aziz Nik Mat mengatakan Umno tidak sesuai mewujudkan majlis ulama seperti disarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdin memandangkan parti itu memisahkan agama dalam perjuangan. Selanjutnya, beliau mengatakan majlis ulama hanya sesuai dengan gerakan Islam seperti PAS kerana sejak awal lagi konsisten memperjuangkan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS merujuk kepada Dewan Ulama dalam setiap gerak kerja sedangkan perkara itu tidak berlaku dalam Umno. Selain itu PAS juga mempunyai Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS yang memutus hala tuju gerakan Islam tersebut. Baca lagi kenyataan beliau disini..

—————————————————————————————

PS : Aii.. asyik PAS aje yang betul ni. Apa salahnya kalau UMNO mahu ada majlis ulama sendiri sebagai badan penasihat parti. Benda yang elok, sepatutnya PAS kena sokong. Raja-Raja Melayu pun ada Majlis Ulama mereka yang tersendiri, PAS tak bising pun.

Pada pendapat saya, tak perlulah merujuk kepada PAS semata-mata kalau mahu mendalami Islam. Ramai lagi ilmuwan Islam yang bebas dari politik kat luar sana yang boleh jadi pembimbing. Majlis Syura itu samalah semacam Majlis Tertinggi dalam UMNO. Bezanya.. UMNO tiada Majlis Ulama, biarlah diaorang jika ada semangat nak insaf.. bukan PAS saja yang mahu masuk syurga, orang lain nak juga.

Kalau UMNO mahu ada Majlis Ulama pun bising, nampak sangat PAS tak mahu UMNO insaf.. PAS mahu tengok UMNO terus lalai agar orang lain pakat-pakat sokong PAS jika mahu Islam. Itu ada motif politik juga tu.. bukannya mahu melihat Islam mekar, tapi mahu bertopengkan agama agar dapat kuasa. Kalau ada niat semacam tu, bukan ikhlas namanya.

3 Responses to “UMNO tak boleh, PAS boleh..”

  1. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Apakah peranan majlis ulama PAS jika kepincangan dalam parti dan salah laku kerajaan negeri tidak sepenuhnya dapat diatasi. Jika label perjuangan adalah Islam, maka praktikkan Islam luar dan dalam. Jangan sampai tersilap haluan, baru nak rujuk Hadith dan Quran.

    Oleh kerana saudara Cekka sedang menetap di Kelantan, mungkin isu-isu berikut menjadi topik bualan, Lojing, melapah balak di hutan simpan, pemberian konsesi kepada kroni, profitering, krisis moral para remaja dan banyak lagi.

    Oleh itu adakah label Islam dipraktikkan dalam rangka perjuangan, ataupun hanya sekadar topeng untuk menarik perhatian dan meraih sokongan.

    Dan jika majlis ulama PAS sememangnya wujud not only on paper, tegurlah dulu ahli-ahli yang sememangnya nampak jelas kerakusan mereka.

    Wassalam.

    *********

    PS : Salam P_Singh, saya berharap PAS dapat menilik diri sendiri juga sebelum mengutuk orang lain. Saya sendiri mengharap kritikan agar kesalahan saya dapat disedari dan diperbetulkan.

  2. Mat Reset Says:

    Kan Nik Aziz dah kata PSA buleh ada Kroni, sebab Nabi pun ada kroni.

    UMNO dok leh ada kroni, haraaammmmm. sebab bukae PAS.

    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ********

    PS-Ha3..kalu bukan PAS, semua tak boleh?

  3. Anonymous Says:

    sangat x faham la pas ni….. dolak dalih… itu yang membuatkan orang bawah dia makin x yakin dengan kepimpinannya. sanggup berdoa untuk menghancurkan bangsanya sendiri. berdoa untuk hukum umno tapi tak sedar dalam umno tu ada melayu… ISLAM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: