E-mel dari Washington : Kawan baik Anwar kena tolak

October 9, 2008

Hari ini, selepas selesai persidangan mahkamah, DS Anwar marah-marah kerana Sinar Harian memutar-belitkan kenyataan beliau pada 7 Okt baru-baru ini. Yang bestnya, cemuhan kepada Sinar Harian hanya seperenggan sahaja.. selebihnya kenyataan media beliau hanya menyerang peribadi DS Najib pula. Datuk Seri memang suka menuding jari kepada Najib..

Biarlah DS Najib buat kerja dia dulu.. rakyat pun pandai tengok juga.

Sementara itu, Sdr Al-Azharri dari blog Jentayu ada menerima e-mel dari Washington, yang menyatakan kawan-kawan seperjuangan DS Anwar seperti Paul Wolfowitz, William Cohen, Condolezza Rice, Madeleine Albright telah ditolak oleh pasukan pelobi Yahudi dari kem Obama mahupun kem McCain. Malahan, Washington Post juga menolak nama Anwar sebagai sahabat mereka di Asia kerana kegagalan projek 916.

Tentang e-mel itu.. anda kena tanya sdr Al-Azharri, dia ramai ‘contacts’.

Menurut beliau lagi, nada Anwar dalam sidang Parlimen pada 13 Okt nanti mesti berlapik.. kalau tidak, mesti kena hentam balik dengan MP UMNO yang akan mengungkit kembali sejarah pentadbiran Anwar dalam UMNO. Lebih-lebih jika ianya tersiar secara langsung dalam TV, boleh rosak imej nanti. Apa Anwar nak jawap kalau kena tanya soalan cepumas Krisis Ekonomi 1997, saham Abrar Group, kontrak secara langsung kepada kroni-kroni?

Jangan pula protes soalan dengan keluar Dewan.. rakyat pun nak dengar cerita juga. Apa nak takut, DS Anwar bukankah seorang pemidato yang hebat? Bukankah Amerika juga mengiktiraf kehebatan ilmu ekonomi DS Anwar, sepatutnya pada waktu ini Datuk Seri kena berada disamping Bush dan Ahli Kongres untuk memberi nasihat kepada mereka sebagaimana nasihat Datuk Seri kepada Dr Mahathir dulu.

11 Responses to “E-mel dari Washington : Kawan baik Anwar kena tolak”

  1. Fazrulls Says:

    Salam..

    Ya.. rakyat semua nak tahu… dah lama kami tak di beritahu… nasibbaiklah ada blog ni kan….

    Terima kasih kepada teknologi….

    Salam mesra,

    *********

    PS : Salam Fazrull, kita bertuah kerana dilahirkan di Malaysia bukannya Somalia.

  2. PasMuda Says:

    Anwar pandai ekonomi ke? Ckp hal ekonomi pun tunggang-langgang. Ckp2 ekonomi si Anwar tu semuanya tak blh dipakai, tak ada nilai..

  3. FXSpec Says:

    Mungkin anwar akan give parliment a miss this coming sitting beginning 13 Oct sebab dia sdg sebok bagi nasihat kat washington macam mana nak handle krisis kewangan di sana – tengah critical habis ni, satu dunia buleh karam – tapi bro, we can always depend on this singularly ‘brilliant’ economics and financial wizard from Malaysia…..kekekekeh….seriously, dlm course BA Malay Studies kat UM tu ada subject Economics 101 ke? KAHKAHKAHKAH…sorry bro, tak buleh tahan……KAH KAH KAH KAH….!!!


  4. engkorang memandai-mandai… engkorang ape adenya… nak pandang rendah ngan DSAI… engkorang penah pegang jawatan menteri kewangan negara ke…. malunya saya… pengurus kewangan kat syarikat swasta pun belum tentu…

  5. rajraman666 Says:

    Anwar?
    Memang pandai dari segala segi tapi blog dia tak ada kick langsung.Boring blog anwar.

    Tentang dia wakili yahudi ke atau tidak tak jadi masalah kat kita kalau rakyat Malaysia bersatu.Kalau Anwar tuduh Najib itu problem mereka.

    Problem kita cari wang untuk masa depan anak kita.

    rajraman.Kita perlu ada dua Parti,bila PKR buat hal kita buat hal,pindah balik ke Barisan Nasional.

  6. anak raja chulan Says:

    salam adilfitri…. anwar lagi? dah terang lagi bersuluh anwar gagal dalam misinya… kerana DS Najib akan menerajui Malaysia teori Rahman dah sampai ke penghujungnya apakah teori tersebut hanya sebagai retorik purba atau kita akan mengharungi zaman peredaran teknologi yg lancar… dalam mengejar teknologi kita harus mngekalkan kedamaian dan kesimbangan politik, budaya dan tradisi kita sendiri rujuk kembali usaha ‘ pandang ke timur’ jadikan sejarah sebagai teladan bukan mengulangi kesilapan…

    marilah kita bersama-sama berdoa agar negara kita berjaya ke misi 2020 dan hingga menjadi bangsa yg disegani… insyallah…

  7. TOK JANGGUT Says:

    Kalau Anwar betul-betul nak jadi PM, tunggulah selepas najib jatuh. Itupun kalau dia masih ada lagi. sebelum tu jangan mimpilah.


  8. 2 kali tarikh sudah menampakkan yang DSAI hanya pandai bermain kata. Angan mat jenin, belum dapat kelapa dah angan kaya

  9. irwan daud Says:

    DSAI janji bagi untung pada rakyat aku sokong,drp umno yg gila kuasa.mahathir ,najib,pokloh lembik,kaki auta semuanya hidup ANWAR>>>

  10. miss aida Says:

    keluarkan pendapat anda dengan sewajarnya bukan dengan perasaan benci atau marah.. sekian terima kasih

    *****

    PS-Thanks Miss Aida.. saya bersetuju dengan anda. Lebihkan rasional dari emosional..

  11. miss aida Says:

    kita sibuk menyalahkan org itu org ini..tapi dalam masa yg sama ada yg sedang bergembira dengan apa yg telah dan sedang berlaku dalam negara kita.sesama melayu sedang menuju kepada perpecahan..
    bersatulah kita demi negara tercinta.jgn sampai org lain ambil kesempatan
    diatas kelemahan kita..sekadar memberi pendapat..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: