Pak Lah tak jadi bertanding jawatan Presiden

October 8, 2008

(Dikemas-kini)

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Menurut Abdullah, tempoh tamat jawatannya sebagai presiden Umno ialah Mac tahun depan. Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa keputusannya itu adalah muktamad.

“Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara,” katanya.

Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas. Ikuti artikel Malaysia disini..

———————————————————————————–

(Artikel sebelumnya 8/10/08)

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan satu perjumpaan penting selama tiga jam – mulai 11.00 malam 7 Oktober 2008 hingga 2.00 pagi 8 Oktober 2008 – di Sri Perdana, Putrajaya, untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009.

Keputusannya: Abdullah akan terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, adalah tidak diketahui sama ada perjumpaan di atas juga mencadangkan supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara yang dijadualkan bermula hujung minggu ini akan ditunda ke tahun Februari 2009.

Perjumpaan berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang, termasuk beberapa wakil khas Datuk Seri Ali Rustam yang tiga hari lalu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Abdullah dijangka mengumumkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO ini selepas beliau bermesyuarat dengan para pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, 3.00 petang ini.

Berita ini saya dapat dari blog Kuda Kepang, Ruhanie Ahmad

————————————————————————————

PS : Saya tidak hairan jika Pak Lah mahu ‘flip-flop’ lagi, saya ada menyatakan dalam artikel sebelumnya.. keputusan akhir Pak Lah akan ditentukan oleh anak menantunya dan juga jaminan dari Najib. Siapa yang lebih beliau percaya? anak-menantunya atau Najib..

Secara tidak langsung.. Najib akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, dengan adanya bilangan pengampu yang ramai menawarkan diri untuk bertanding, tekanan kepada Najib akan bertambah dan meletakkan Muhyidin dalam keadaan serba-salah.

Dari sudut yang lain.. tindakan ini sebenarnya memudahkan agenda Ku Li-Najib-Mahathir-Muhyidin untuk kekal ‘on-track’. Kita tunggu dan lihat siapa yang lebih kuat dalam politik rimba UMNO ini. Apa-apa pun, kita tunggu berita dari Pak Lah sendiri petang ini..

3 Responses to “Pak Lah tak jadi bertanding jawatan Presiden”

  1. Fazrul Says:

    Salam Tuan,

    Dah umum ka belum ni? andian ka ni? hmm apa pun harap semuanya berjalan dengan lancar…

  2. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Kali ini saya berharap benar Dollah menggunakan kebodohan yang sedia ada untuk mempertahankan jawatan presiden. Maka agenda Mahathir-Kuli-Muhyidin (not Najib) akan memperolehi nafas baru untukmenjatuh rejim yang sedia ada Dollah-Khairy dan rejim yang sedang menunggu kerusi kuasa, Najib-Isteri.

    Wassalam.

    *********

    PS : Salam P.Singh, Pak Lah dah pergi.. Najib pula yg datang. Kalau Najib rasanya okay, cuma bimbang kena ‘queen control’ nanti..

  3. penulis_cyber Says:

    Moga Pak Lah kekal 2 penggal lagi jadi PM

    amin 6666 x 13

    *********

    PS : Salam P.Cyber, Pak Lah dah fikir apa jua keputusannya.. harap2 kita hormati pendiriannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: