Kaum Melayu sebenarnya tidak wujud?

October 8, 2008

Saya menerima e-mel dari rakan saya, Raj, tentang artikel mengenai asal-usul kaum Melayu. Merujuk kepada buku yang bertajuk ‘Contesting Malayness’ yang ditulis oleh profesor dari Universiti Kebangsaan Singapura, menyatakan kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana kaum Melayu adalah campuran dari bangsa-bangsa lain.

Merujuk kepada buku itu lagi.. Melayu Kelantan berasal dari salasilah keturunan China Selatan, Melayu Perak dan Melaka berasal dari salasilah keturunan Hang Li Po dan Sulawesi, Melayu Kedah ada keturunan Aceh dan Hindu, Melayu Johor dari keturunan Bugis dan Jawa, Orang Asli suku Negrito ada salasilah keturunan Afrika-Indonesia.

Menurut buku itu lagi.. sebelum kedatangan Islam, penduduk di Malaya menganut agama Hindu dan kebudayaan Melayu jelas ada pengaruh Hindu seperti adat perkahwinan, rupa-bentuk kubur dan sebagainya. Kaum Melayu juga sepatutnya mengiktiraf rakyat Taiwan sebagai Melayu kerana mereka berasal dari keturunan yang sama sejak 6000 tahun yang lalu.

Di buat kesimpulan oleh penulis buku, mengapa tidak mengiktiraf kaum Cina sebagai BUMIPUTERA kerana Melayu ada salasilah keturunan China? mengapa tidak mengiktiraf kaum India sebagai BUMIPUTERA kerana Melayu juga ada salasilah keturunan Hindu di Kedah?

————————————————————————————

1.  Saya bersetuju dengan fakta awal profesor tersebut.. Melayu sememangnya tidak wujud dengan sendiri. Tamadun Melayu adalah ‘tamadun terbitan’ atau tamadun yang baru dari tamadun-tamadun yang terdahulu. Sekiranya kita mempersoalkan asal-usul tamadun lain.. adakah Tamadun China dan Tamadun India benar-benar berasal dari benua mereka? Bukankah asal-usul mereka ada juga pengaruh Parsi dari Tanah Arab?

2.  Bagaimana pula dengan penduduk Singapura? adakah penduduk Cina penduduk asal Singapura? Bukankah mereka juga ada salasilah keturunan dari Kepulauan Sulawesi? Kenapa mereka tidak mahu mengiktiraf orang Acheh dan Bugis sebagai warga Singapura? Bagaimana pula dengan penduduk Amerika? Bukankah mat salleh Amerika asal-usulnya dari Benua Eropah? Bukankah penduduk Itali ada salasilah keturunan Persia, yakni negara asal Iran dan Iraq?

3.  Sekiranya mahu dikesan asal-usul sesuatu kaum.. sememangnya tiada kaum yang berhak terhadap negara masing-masing. Jika mengikut teori Darwin yang mengakui manusia berasal dari beruk, kenapa tidak sahaja memberi taraf bumiputera kepada beruk? Yang nyata.. beruk hanya duduk dihutan dan zoo.

4.  Saya bukan ahli sejarah atau ahli antropologi (pengkaji pra-sejarah).. tapi kena ikut logik akal yang bersandarkan fakta-fakta yang ada lah. Istilah bumiputera merujuk kepada penduduk atau pendatang sebelum penjajahan bermula. Secara mudah.. sebelum tahun 1511 iaitu sebelum penjajahan Portugis, British, Jepun dan sebagainya. Kaum ‘pure Chinese’ dan ‘pure Indian’ yang dibawa masuk oleh British bukannya bumiputera atau penduduk asal Malaya sebelum 1511.

5.  Saya bukan bersikap rasis, tetapi kita kena terima realiti sejarah. Kita tidak boleh memberi istilah bumiputera mengikut salasilah keturunan sesuatu kaum. Kita tidak boleh mengatakan kerajaan cuba menipu fakta sejarah berdasarkan fakta-fakta pra-sejarah. Profesor tersebut pun tidak lahir lagi pada zaman dinasor dan zaman revolusi perindustrian di Eropah.

6.  Sekiranya kita merujuk kepada fakta pra-sejarah.. jadilah kita seperti bangsa Israel yang berbalah dengan rakyat Palestin. Penduduk Palestin telah tinggal turun-temurun disitu tetapi mereka dihalau kerana bangsa Israel mendakwa negara Palestin adalah tempat mereka dari zaman Nabi Daud lagi atau dari ‘David’s Age’. Bukankah celaru namanya?

7.  Saya mengakui fakta ini tidak adil kepada rakan-rakan kita yang berbangsa Cina dan India yang telah lahir disini bergenerasi lamanya sejak zaman penjajahan British lagi, tetapi harus diingat.. kaum Cina dan India sepatutnya menyalahkan British kerana menjalankan dasar yang tidak demokratik dan rasis, bukannya kerajaan kita sekarang.

8.  Apa yang pemimpin-pemimpin kita terdahulu yang cuba buat ialah menyeimbangkan kembali kesamarataan sesama kaum hasil dasar British dahulu. Bagaimana mungkin kita mahu memperbetulkan kesilapan dasar British dalam masa 50 tahun sahaja, padahal sistem penjajah telah berlangsung beratus tahun lamanya. Kita memerlukan masa juga..

9.  Kenapa kaum Cina, India dan orang Asia mudah mendapat kemudahan di Amerika dan Eropah? Kerana penduduk asal negara-negara tersebut (baca : mat saleh) telah dominan dalam sistem pentadbiran dan ekonomi. Pendatang dari Asia bukan ancaman besar bagi mereka. Ini berbeza dengan negara Malaysia yang masih tidak seimbang.. Melayu dominan dalam pentadbiran, Cina dominan dalam ekonomi dan India masih minoriti dalam kedua-dua bidang tersebut.

10. Negara Malaysia masih baru, seumpama pohon yang baru tumbuh.. padahal negara-negara lain sudah menjadi matang dan kehadapan. Pada tahun 1950 kita masih dengan cangkul dan parang, senapang dianggap barang yang pelik dan dikagumi.. padahal dalam tahun yang sama, German dan British sudah ada kapal perang, Amerika dan Rusia sudah ada teknologi angkasa. Bayangkanlah perbezaan antara kita dan mereka..

11. Sebagai rakyat Malaysia yang baru celik dunia.. janganlah kita terlalu memaksa pemerintah kita menjadi seperti Amerika atau England dalam sekelip mata. Ianya seolah-olah memaksa ayah kita membina istana padahal ayah kita hanya kais pagi makan pagi. Seolah-olah kita menyuruh ayah kita membaiki komputer padahal ayah kita tidak tahu apa itu komputer. Janganlah kita yang baru kenal dunia luar hasil dari ‘study overseas’ atau ‘overseas employed’.. kita jadi malu dengan negara sendiri dan orang lain itu bodoh.

12.  Sepatutnya, kita bersama menyumbangkan ilmu dan kepandaian masing-masing untuk sama-sama membangunkan Malaysia, mengikut had dan kemampuan masing-masing. Kalau kita ada ilmu doktor dari India, cubalah tingkatkan etika kedoktoran dalam jabatan atau fakulti kita.. kalau kita ada ilmu bisnes dari German, kita cuba meningkatkan budaya keusahawanan Malaysia melalui perniagaan kita sendiri atau menjadi pensyarah ekonomi.

13.  Sepatutnya, kita saling hormat-menghormati antara kaum. Setiap kaum ada fungsi dan kelebihan masing-masing dalam negara, tetapi kita kena harus berkorban sebelum mencari satu titik persamaan yang ideal. Orang Melayu harus bertimbang-rasa dengan kebajikan kaum-kaum yang lain dan kaum Cina juga harus bertimbang-rasa juga sekiranya kaum-kaum lain mahu terlibat dalam ekonomi. Kita harus bersabar dan saling tolong-menolong agar kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

14.  Kaum-kaum di Malaysia memerlukan masa yang bukan sedikit untuk seimbang dan menuntut pengorbanan serta kesabaran kita semua. Banyak kitaran hidup yang harus ditempuhi sebelum masyarakat Malaysia menemui titik yang ideal, kita harus berusaha ke arah itu. Mungkin cita-cita tersebut tidak sempat digapai oleh kita.. tetapi setidak-tidaknya usaha kita sekarang membuahkan hasil kepada keturunan kita nanti.

15.  Saya teringat akan cita-cita Dr Mahathir satu ketika dahulu, yang mahu kaum-kaum di Malaysia dikenali sebagai bangsa Malaysia suatu hari nanti. Tapi TDM dikutuk kerana cuba menjadi petualang bangsa dan negara, sekarang apabila Anwar cuba berkuasa.. mereka juga yang bermati-matian cuba menjadi juara kepada kaum selain kaum mereka sendiri. Dahulu TDM bercakap tentang bangsa Malaysia dikutuk kerana beliau orang UMNO, sekarang mereka pula cuba membawa cita-cita TDM. Apa yang mereka kutuk ialah kaum UMNO bukannya mahu jadi juara kaum.. isu kaum hanya bekal politik untuk menjatuhkan antara satu sama lain samada BN mahupun PR.

16.  Cakap memang mudah.. ya, sekiranya kita tidak terikut-ikut dengan orang politik.. kita tidak mudah terpengaruh dengan politik perkauman. Sekiranya kita ada prasangka baik.. kita tidak curiga dengan kaum lain. Sekiranya kita ada rasa hormat pada orang lain.. kita akan menerima penghormatan orang lain. Pendek kata, setiap sesuatu bermula dari diri sendiri.. bukannya kerana terikut-ikut dengan orang lain.

Sebagai bacaan tambahan, anda boleh membaca sendiri artikel dari profesor Singapura itu.. dan anda cuba nilai sendiri. Mungkin anda ada pendapat sendiri yang saya boleh kongsi bersama.. (tetapi penat sikitlah kerana kena baca lebih sedikit). Kalau malas.. jangan paksa diri sendiri.

**********************************************

Contesting Malayness….know more truth

It’s been interesting to read such free-flowing comments on an all “Malaysian” free for all. While we are on the subject, how many of you have read the book entitled Contesting Malayness”?  Written by a Professor of National University of Singapore . Cost S$32 (about). It reflects the Anthropologists’ views that there is no such race as the “Malays” to begin with.

If we follow the original migration of the Southern Chinese of 6,000 yrs ago, they moved into Taiwan , (now the Alisan), then into the Phillipines (now the Aeta) and moved into Borneo (4,500 yrs ago) (Dayak).

They also split into Sulawesi and progressed into Jawa, and Sumatera. The final migration was to the Malayan Peninsular 3,000 yrs ago. A sub-group from Borneo also moved to Champa in Cambodia at 4,500 yrs ago.

Interestingly, the Champa deviant group moved back to present day Kelantan. There are also traces of the Dong Song and HoaBinh migration from Vietnam and Cambodia . To confuse the issue, there was
also the Southern Thai migration, from what we know as Pattani today. (See also “Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsular”.)

Of course, we also have the Minangkabau(s) who come from the descendants of Alexander the Great and a West Indian Princess. (Sejarah Melayu page 1-3.)

So the million Dollar Question: Is there really a race called the “Malays”? All anthropologists DO NOT SEEM TO THINK SO.

Neither do the “Malays” who live on the West Coast of Johor. They’d rather be called Javanese. What about the west coast Kedah inhabitants who prefer to be known as “Achenese”? Or the Ibans who simply want to be known as IBANS. Try calling a Kelabit a “Malay” and see what response you get. You’ll be so glad that their Head-Hunting days are over.

The definition of “Malay” is therefore simply a collection of peoples who speak a similar type language. With what is meant by a similar type language does not mean that the words are similar. Linguists call
this the “Lego-type” language, where words are added on to the root word to make meaning and give tenses and such. Somehow, the Indonesians disagree with this classification. They refuse to be called Malay. Anyhow you may define it. Watch “Malays in Africa ” – a Museum Negara produced DVD. Also, the “Champa Malays” by the same.

With this classification, they MUST also include the Phillipinos, the Papua New Guineans, the Australian Aboriginies, as well as the Polynesian Aboriginies. These are of the Australo Melanesians who migrated out of Africa 60,000 yrs ago.

Getting interesting? Read on.

“Malay” should also include the Taiwanese singer “Ah Mei” who is Alisan, as her tribe are the ancestors of the “Malays”. And finally, you will need to define the Southern Chinese ( Funan Province ) as Malay also, since they are from the same stock 6,000 yrs ago.

Try calling the Bugis a “Malay”. Interestingly, the Bugis, who predominantly live on Sulawesi are not even Indonesians. Neither do they fall into the same group as the migrating Southern Chinese of 6,000 yrs ago, nor the Australo Melanesian group from Africa .

Ready for this?

The Bugis are the cross-breed between the Chinese and the Arabs. (FYI, a runaway Ming Dynasty official whom Cheng Ho was sent to hunt down.) Interestingly, the Bugis were career Pirates in the Johor-Riau Island
areas. Now the nephew of Daeng Kemboja was appointed the First Sultan of Selangor. That makes the entire Selangor Sultanate part Arab, part Chinese!

Try talking to the Bugis Museum curator near Kukup in Johor. Kukup is located near the most south-western tip of Johor. (Due south of Pontian Kechil.)

Let’s not even get into the Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu, and Hang Lekir, who shared the same family last name as the other super famous “Hang” family member, Hang Li Poh. And who was
she? The princess of a Ming Dynasty Emperor who was sent to marry the Sultan of Malacca. Won’t that make the entire Malacca Sultanate downline “Baba”?

Since the older son of the collapsed Malaccan Sultanate got killed in Johor, (the current Sultanate is the downline of the then, Bendahara) the only other son became the Sultan of Perak. Do we see any Chinese-ness in Raja Azlan? Is he the descendant of Hang Li Poh?

Next question. If the Babas are part Malay, why have they been marginalized by NOT BEING BUMIPUTERA? Which part of “Malay” are they not? Whatever the answer, why then are the Portuguese of Malacca NOT
BUMIPUTERA? Did they not come 100 yrs AFTER the arrival of the first Babas? Parameswara founded Malacca in 1411. The Portugese came in 1511, and the Dutch in the 1600’s. Strangely, the Babas were in fact
once classified Bumiputera, but discovered that they were strangely “declassified” in the 1960s. WHY?

The Sultan of Kelantan had similar roots to the Pattani Kingdom making him of Thai origin. And what is this “coffee table book” by the Sultan of Perlis claiming to be the direct descendant of the prophet Muhammed? Somehow we see Prof Khoo Khay Khim’s signature name on the book. I’ll pay good money to own a copy of it myself. Anyone has a spare?

So, how many of you have met with orang Asli(s)? The more northern you go, the more African they look. Why are they called Negrito(s)? It is a Spanish word, from which directly translates “mini Negros “.
The more southern you go, the more “Indonesian” they look. And the ones who live at Cameron Highlands kinda look 50-50. You can see the Batek at Taman Negara, who really looks like Eddie Murphy to a certain
degree. Or the Negritos who live at the Thai border near Temenggor Lake (north Perak). The Mah Meri
in Carrie Island looks almost like the Jakuns in Endau Rompin. Half African, half Indonesian.

By definition, (this is super eye-opening) there was a Hindu Malay Empire in Kedah. Yes, I said it right. The Malays were Hindu. It was, by the old name Langkasuka. Today known as Lembah Bujang. This Hindu Malay Empire was 2,000 yrs old, pre-dating Borrobudor AND Angkor Watt, who came about around 500-600 yrs later. Lembah Bujang was THE mighty trading empire, and its biggest influence was by the Indians
who were here to help start it. By definition, this should make the Indians BUMIPUTERAS too since they were here 2,000 yrs ago! Why are they marginalized?

So, in a nutshell, the “Malays” (anthropologists will disagree with this “race” definition) are TRULY ASIA!!! (Main continent and West Asia included)

Here are some comments from Michael in answer to some Malays who have attacked him for penning this commentary.

———————————————————————————–

Greetings. This is Michael Chick. Unlike others who hide behind “anonymous synonyms” I came clear with my real name. The post which I put up was not a figment of my imagination but the end result of 3
years extensive research. As such, the facts presented are clear-cut, straightforward and unassuming. Perhaps you would all like to chat with any anthropologist at UM before sending-off any flaming sparks in
my direction again. These Professors should be as Malaysian as any of you.

The subject matter is fact-based. To Bayi, “Contesting Malayness” is available at Kinokuniya at Takashimaya 4th floor, Orchard road. At a cost of S$32. It is also available at National University of Singapore. Why? ‘Coz it’s their textbook. Let me repeat -“Contesting Malayness” is an NUS textbook, published by NUS Press,
written by Professor Tony Milner.

To Achmad Sudarsono, calling the Malays a “race” is akin to calling the Hokkiens or the Javanese a “race”. Please do not confuse the term “orang” with “Bangsa”. What do I mean? The term ‘orang’ is used by
Malays to describe Orang Bugis, Orang Acheh, Orang Laut, Orang India , Orang Melayu. And here is where the confusion was. Orang Melayu merely refers to the residents of Kampung Melayu near Jambi, near
Palembang . Please use Google Earth to find its exact location.

Unless you can say that all “Orang Melayu” are descendants of that village, you simply cannot be called Orang Melayu. In fact the name “Malay” has been traced to Lembah Bujang, where the Indian traders
used to call the locals “Malai” (in Tamil) to describe the locals. The locals were animistic pagans at that time, and readily adopted Hindu practices and Indian customs. “Raja” and “Sultan” are Indian titles. The adat bersanding with the pelamin are of Indian origin. Even the “gifts-bearing” walk by the groom has its Indian roots. Please attend an Indian Wedding before flaming me again. Or have a chat with Prof Nik Hassan who is in charge of the Lembah Bujang archaeological excavations.

Malaya, was therefore a derivative from Himalaya . “Sejarah Melayu” therefore was describing the Kampong Melayu origins. But here is where, from pages 1-3, it will tell you that Kampong Melayu are descendants of Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) through the bloodline of a West Indian Princess. This came from Sejarah Melayu. This book is cheap. You can buy it at the University Malaya Bookstore for a mere RM35. It is published by MBRAS (Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society). Its patron member is Tun Hanif (ex-IGP).

Please speak with Datuk Prof Zuraina Majid, who excavated “Perak Man”. She will tell you that Perak Man is a descendant of the Australo-Melanesian stock. African National Museum of the Phillipines will verify that they came from Taiwan . And National University of Indonesia will confirm that they came from the Phillipines.

————————————————————————————

Nik Aziz (PAS leader from Kelantan) will tell you that his grandfather came from Champa. To all Kelantanese, please explain the newly changed name of a Kampong near Bachok (close to the Pengkalan Chepa airport) to “Kampung Champa” to our friends here.

Please also visit Museum Negara to see the exhibits on the “Dong Song” brass drums and Gua Cha in Kelantan near Gua Musang to see the Hoabinhian Caves . Dong Song and Hoabinh are in Indochina . And
therefore, the locals are descendants from that region. The entire Northern States also have their roots from the Pattani Kingdom ; which today we call Thailand . In fact, please visit the Kelantan WWII museum to see the article on how Perlis, Kedah, Kelantan and Terengganu was part of Thailand from 1943-1945. Then walk over to the Kelantan State Museum to see the exhibit on Gua Cha to read their explanations of the Hoabinhian Cultures of Early Kelantan settlers.

Malaysian Archaeologists call the early settlers Proto Malay. And the current settlers Deutero Malay. The scientific term is actually, Australo Melanesian (African) and Austranesian (Chinese, or Mongoloid). This is a DNA and bone structure classification. Even the term Negrito transalates from Spanish to mean “mini Negro”.

I hope that I’ve made myself comprehensible enough. Feel free to ask any further questions to help clear the air. The “Malays” are NOT a race. I’m so sorry that you are only hearing this now. The rest of the Academic World has known it for years.

________________________________________________________________________________________________

To address Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi, Hang Lekir and Hang Li Poh. They were all related by the family name of “Hang”.

Please visit their graves in Malacca. Their graves are clear-cut Hindu. This was during the “Great Malacca Empire” when Parameswara was supposed to have converted to Islam. Why are the graves of the “Legendary Defenders of the States” Hindu? They do not have the spiral headstones or the Batu Acheh type headstones – instead, they are solid concrete blocks with triangular holes for incense and oil-lamp burning.

Hang Tuah’s grave (Kampong Keling) is another “conspiracy”. Please read the inscriptions on the side: “they found a large stone marking a grave, and therefore it must be Hang Tuah…”. This grave was merely designed to be a tourist destination. Note that there are no names engraved anywhere. Just a big non-descript stone marking that a human body lies underneath it. Lastly, why is a Muslim buried in Kampong Keling – ‘Keling’ meaning Indian?

The subsequent question is why is Hang Tuah removed from current school history textbooks?

One of two suggestions comes to mind. He was pure fiction (please read Hikayat Hang Tuah before flaming me again), or as the Bugis Museum Curator in Johor will insist, that Hang Tuah was Chinese. So were the rest of his “blood brothers”. They were all Chinese; and related to Hang Li Poh.

Let me pose a simple question to you: Why is it, that when you visit Malacca to see the great historical Malaysian City/State, you see the Portugese “A Famosa” gateway, or the Red Dutch buildings like
Christchurch , or even St. Paul ‘s Church on St. Paul ‘s Hill? Where is the evidence of “The Great Malaccan Empire”?

Let me help you with that answer. Published by Dewan Bahasa dan Pustaka in a publication called “Melayu Journal” in 2005 – “…we had to look for an icon by which the Malays would be proud of…” Since Majapahit, Acheh, Lembah Bujang (Langkasuka) were either Hindu, on Indonesian soil, or both, Malacca was the only location left. The great Parameswara is, by the way buried on Fort Canning Hill downtown Singapore , for those of you who want to visit it. They call it the “Keramat” and it’s immediately behind the National Musuem of Singapore.

Please enlighten me by showing me ONE single piece of evidence of “The Great Malaccan Empire”. Even Dewan Bahasa couldn’t. Perhaps any one of you could. Evidence, and not mere gut-feeling please.

Also, please consult Prof Khoo Khay Khim before flaming me again; Thank you.
Maxyn Forest

21 Responses to “Kaum Melayu sebenarnya tidak wujud?”

  1. aberamly Says:

    TAK PA LAH CEKKA… ITU AGENDA LEE KUAN YEW… SEKARANG NI LAKU DI MALAYSIA DENGAN MOTO MALAYSIAN MALAYSIA….

    YANG PENTING APA PERLEMBAGAAN KITA CAKAP TENTANG BAB MELAYU DAN ISLAM TU…SEKUAT MANA SEJARAH PUN… UNDANG2 JUGA TENTUKAN NASIB KITA. LIHATLAH PULAU BATU PUTIH TU.

    JAGALAH HAK KITA DALAM PERLEMBAGAAN DENGAN KUASA POLITIK DAN LAIN2 KUASA YANG ADA. NAK HARAPKAN US DLL BANTU TAK DE LAH. MELAYU NI LAHIR AKIBAT DIJAJAH…KITA NI PERANGAI CINA, INDIA, SIAM, MAT SALEH, ARAB, PAKISTAN, JEPUN DLL ADA. MACAM2 ADA. SEPATUTNYA KITALAH BANGSA YANG PALING KUAT KERANA MILIKI BERBAGAI GENETIK. TAPI PELIK PULAK SAMPAI….MUKA DAN PSIKOLOGI KITA PUN TIADA JATIDIRI. MAKA JAGALAH APA YANG ADA TU.PERSETAN DENGAN TEORI PROF KANGKONG TU.

  2. aberamly Says:

    TAMBAH LAGI… ORANG MELAYU TAK RAMAI YANG PANDAI UNDANG2. SEPATUTNYA KITA KAWAL MAJLIS PEGUAM…. BUKAN GENG TU. DIA YANG KONTROL MAKA AGENDA DIA ORANGLAH JADI FOKAS. OLEH ITU KITA KENA KONTROL UNDANG2 DAN DUIT NEGARA. HARAPKAN ZAID IBRAHIM…. LARI DAH.OLEH ITU MELAYU KENA JADI PEGUAM….. MAKA BAHASA INGGERIS KENA KUATLAH. JANGAN DOK SYOK SENDIRI DENGAN BAHASA DAN BUDAYA KITA SAJA. HIBURAN DAN KHAYAL DENGAN METOS MELAYU TAK HABIS2.

    *********

    PS : Salam Abe Li, harap2nya orang kita dapat ‘upgrade’ agar setanding dengan kaum-kaum lain.. kalau boleh kita galakkan anak-anak kita jangan lalai dengan pelajaran dan berani menceburi bidang profesional. Kalau perlu belajar dengan Cina /India, belajarlah..

  3. Fazrul Says:

    Salam Cekka,

    Amboi belajar sejarah lak kami hari ini.. anyway bagus.. walaupun terbitan prof. dari singapura tu ada agenda tersendiri sedikit sebanyak sama juga dengan prof kangkung yang berlambak2 kat Malaysia ni yang pandai cakap ja dari terbit buku…

    Orait..

    *********

    PS : Salam Fazrull, prof kangkung tak apa asalkan ada fakta dan logik.. bukannya apa, kalau kena ‘counter’ balik.. risau jadi terkangkang lak. He3..

  4. xxxx Says:

    good posting cekka.
    rajraman

    *********

    PS : Thanks Raj.

  5. Mat Sufi Says:

    Konsep Malaysian Malaysia awal-awal dah tak kena. Kenapa guna bahasa asing. Kan lebih mesra konsep Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia tentulah berasaskan negara Melayu dan bukannya dicampuradukkan dengan nilai-nilai bangsa asing. Profesor Yahudi mungkin berfikiran sebaliknya sebab dia tidak ambil kisah tentang ‘halal haram’, asal tercapai hasrat dan maksud yakni nafsu…kira jalanlah. Putar dan belit boleh diurus dengan mudah, sejarah baru boleh dibina. Kan.

  6. Malaymind Says:

    1. I do agree when people are saying Malay race is not genuine because of all the mixing here and there.

    2. In fact, all the races in the world are not genuine too, if you believe about Adam and Eve.

    3. FYI, our human history started off somewhere in Africa and being an African probably means you’re the most genuine race so far.

    4. So why should we discuss about this when we all know none of us are truely the supreme race after all?

  7. hiodo Says:

    assalamualaikum…

    mmg benar aper yg prof singapore tu cakap…tapi pikir balik la sbb aper dia cakap mcm 2…kene kaji dari apsek lain gak..kalo tak nnt kite pon tergolong mcm melayu kat singapore…tertindas..kira ok la pentadbiran melayu pegang..kalau cina pegang abis la anak bangsa melayu di negara sendiri..semua itu boleh nampak di singapore sendiri..mmg tak elok kalau bersikap racist..tapi sikap tu mmg perlu ada utk kita beringat2..tak nampak ke kaum diorang pon dah semakin naik lemak skang…nak hapuskn kuasa raja2…tak payah la nk tipu kaum diorang pon tak racist…kalau skang nak mintak keje pon nak kene tau bahasa mandarin…tak ke racist tu…secara terang2 lagi..itu blom yg tak nampak lagi…mmg kita kene berfikir logik zaman skang ni..tapi kita kene ingat..ideologi tersebut datang dari mana…kerana ideologi tersebut la umat islam tertindas skang…jgn percaya la dgn agenda diorang…kita kena mengkaji lebih dalam lagi ttg sejarah..mmg aku ni tak pakar sejarah..tapi tau la serba sedikit…jgn baca je terus cakap btol..tanya orang lama2 sejarah kita…lagi satu…jgn main bedal je melayu kedah beragama hindu..kalau rajin bukak website ni…http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/…mana yg ko nak percaya…samaada buku kapir laknat atau pon yg islam buat…kene ingat jgk..singapore siapa yg control..US…US siapa yg control??ISRAEL…so dah bleh tau dah diorang ni mmg pro yahudi…cuba merosakkan bangsa lain…dalam al quran sendiri dah cakap musuh islam siapa…skang ni zaman cyber,bkn zaman parameswara nak berperang2 lagi…so ini la cara kapir2 laknat tu nak merosakkan pemikiran kita,dgn melalui psikologi…secara diam2..kalau kita terikut2 ideologi diorang,aku mmg percaya melayu mmg akan hancur…melayu mmg akan ada sampai bila2,tapi sifat2 melayu yg tidak ada pada melayu sendiri..so pikir2 kan la…HIDUP MELAYU

    *****
    salam hiodo,
    kita jgn heran dgn sesetengah anasir yg cuba ‘spin’ fakta2 sejarah kerana mereka ini ada agenda yg tertentu. British/ Belanda/ Portugis sudah lama memutar-belitkan fakta sejarah tanah jajahan mereka utk kepentingan mereka sendiri.

    Apa yg penting, kita haruslah menambahkan ilmu agar kita bersedia utk menangkis tipu-muslihat org2 yg sebegini.

  8. Wormnachia Says:

    Pada tahun 35 Masehi,Maharaja Cina telah melantik jin-yin untuk memperhebatkan lagi gerakan ‘pencinaan’ bangsa Vietnam,Fukien, Kuantung dan Indo-China utara iaitu di daerah yang dinamakan Annam dan Tongking.

    Beberapa tahun kemudian bangsa Vietnam bangkit memberontak dipimpin oleh seorang wanita yang dikenali oleh orang Cina sebagai Chiangtze.

    Setelah 3 tahun pemberontakan itu menyalakan api pemberontakan, Maharaja Cina bernama Kuan-Wu-Ti menghantar seorang jeneral yang terkenal bernama Mayuan untuk menghancurkan pemberontakan ini dan mengambil alih semula daerah-daerah Annam dan Tongking.

    Seterusnya Jeneral mayuan mara pula ke negara bangsa Melayu bernama Jawana dengan menyerang daerah yang bernama Dong-Son dalam tahun 43 masehi.Walaupun bangsa melayu memberi tentangan kuat tetapi mereka terpaksa mengaku kalah dan maralah bala tentera Cina ke selatan di sepanjang pantai Jawana sampai kira-kira kawasan Kota Hiu sekarang iaitu suatu tempat yang dinamakan oleh orang Cina sebagai Hisiang-Lin.

    Akibat daripada serangan Jeneral mayuan itu,maka orang melayu Dong-Son dalam negara Jawana itu berpindah secara besar-besaran ke arah selatan dan barat.Kemudian pelarian dari Dong-Son inilah yang dikatakan telah mendirikan kerajaan Melayu Champa.Seperti yang kita semua maklum,kebudayaan yang dibawa dari Dong-Son ini juga telah ditemui di Semenanjung Tanah Melayu apabila gendang logam yang bercirikan Dong-Son telah ditemui di Batu Burok (Terengganu), kelang(Selangor) dan juga di Kepulauan Jawa.Kedua-duanya bertarikh sekitar kurun pertama hingga kurun kedua masehi.Rebana Ubi yang digunakan oleh masyarakat Terengganu,Patani dan Kelantan pada hari ini adalah perubahan daripada gendang era Dong-Son ini.

    Selain itu,saya berpendapat asal nama Jawa adalah daripada perkataaan ‘Jawana’ iaitu sebuah negara melayu yang terletak di Vietnam Utara sekarang ini.Ini dikukuhkan lagi dengan merujuk kepada kerajaan Sailendra di Jawa yang menyatakan mereka adalah dari keturunan raja-raja Funan.Funan adalah sebuah negara tetangga kepada Champa serta mempunyai kebudayaan dan bahasa yang sama.Mereka inilah yang mula-mula memakai gelaran ‘Pan’ atau ‘Wan’ serta ‘Nik’ pada nama-nama kerabat diraja serta pembesar mereka.Golongan yang memakai gelaran ini banyak terdapat di Pahang,Terengganu, Patani dan Kelantan.

    Kerana penindasan politik dan kebudayaan china, maka orang-orang Melayu di daerah kecil Hisiang-Lin telah bangkit memberontak di dalam tahun 136 – 137 masehi.Seorang ahli sejarah China menyatakan bahawa dalam tahun tersebut bangsa yang dinamakan Kiu-Lin telah bangkit memberontak di Hisiang-Lin dan membakar benteng-benteng serta membunuh ketua daerah tersebut.Kemudiannya ternyata bahawa Kiu-Lin ini sebenarnya bukanlah nama bangsa tetapi adalah nama ketua suku Melayu yang memberontak itu.

    Orang Melayu ini melancarkan serangan ke Mandubrak dan selatan empayar Cina untuk mengambil kembali tanah nenek moyang mereka yang telah diambil oleh bangsa Vietnam dan kemudiannya bangsa Cina.Sejarawan China itu menyatakan lagi bahawa “mereka menawan sebahagian besar dari daerah Jih-Nan (Jawana) dan beberapa bahagian dari daerah Annam”.

    Dari penaklukan ini telah berlaku penyembelihan yang sangat besar di Tongking.Periatiwa ini menggemparkan istana Maharaja China yang menyebabkan diadakan persidangan menteri-menteri dan panglima-panglima perang dari kawasan China utara untuk membincangkan perkara ini.

    Persidangan tersebut mengambil keputusan untuk menghantar pegawai-pegawai kanan yang berkebolehan bagi menyelesaikan pemberontakan di selatan itu.Dan penyelesaian kemudiannya dicapai dengan mengakui kedaulatan orang-orang kiu-lin(Melayu) ke atas sebahagian besar tanah-tanah yang telah diambil oleh mereka.dengan cara ini pemberontakan dapat disekat dari disebarkan sebegitu jauh ke utara.

    Pemberontakan orang-orang melayu ini banyak mengorbankan jiwa manusia di daerah Jih-Nan (Jawana), Tongking dan Annam.Wang-Gu-Wu menggambarkan kedahsyatan penyembelihan ini dengan membandingkan angka-angka bancian yang dilakukan oleh kerajaan China dalam kurun ke-2 masehi dengan tahun 140 masehi di dalam beberapa daerah pada bahagian selatan empayarnya.Bancian ini membuktikan bahawa kira-kira 300 ribu penduduk Jih-Nan (Jawana), Tongking dan Annam telah hilang dimana terjadinya penyembelihan yang sangat besar ini.

    Tiada bancian pada tahun 140 masehi tetapi dengan membandingkan penduduk-penduduk yang ramai dalam kurun ke-2 masehi itu dapat diagak kira-kira 300 ribu penduduk telah hilang.Pemberontakan ini telah mengorbankan seramai 600 ribu orang.Peperangan ini mungkin boleh dikatakan peperangan nasionalis atau bersifat ‘kebangsaan’ yang terbesar didunia.

    Pemberontakan bangsa Melayu dalam tahun 136 Masehi ini sangat besar ertinya bagi sejarah Cina dan Melayu kerana dengan ini perkembangan politik dan kebudayaan china telah disekat.Kiu-Lin kemudianya telah berjaya menyatukan seluruh suku bangsa Melayu di sepanjang pantai Indo-Cina dan mendirikan sebuah negara yang memakai kebudayaan India iaitu Champa.Negara inilah yang akhirnya bertanggungjawab dan berjaya menahan perkembangan bangsa Cina dan kebudayaannya dengan melancarkan siri peperangan yang menyeramkan bulu roma yang memakan masa sehingga 1600 tahun sehingga lenyapnya negara Champa dari muka bumi.

    Dalam tahun 284 Masehi,Raja Champa bernama Pan-Yi (Wan-Yi) menghantar duta rasmi kepada maharaja China.Manakala seorang menteri Champa bernama Win pernah belayar ke negeri China dalam tahun 313 dan 316 Masehi untuk mempelajari ilmu bangunan istana Maharaja Cina, mempelajari cara-cara membina pelabuhan,perancangan bandar dan lain-lain.

    Perhubungan antara China dan Champa berjalan baik pada akhir kurun ke-3 Masehi dan awal kurun ke-4 Masehi.Malah saudagar-saudagar Melayu Champa memegang peranan penting perniagaan di Tongking.

    Pada tahun 336 Masehi, seorang menteri Champa yang bernama Win ini telah merampas kuasa dan mewujudkan Dinasti ke-2 pemerintah Champa.Baginda bercita-cita untuk menjadikan Champa sebuah empayar.Pada permulaanya,baginda telah mengalahkan beberapa negara ‘vassal’ Funan di sebelah barat dan selatan Champa.Baginda juga turut menyerang Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang ketika itu terletak di bawah taklukan Funan.Kemungkinan yang diserang adalah Tan-Tan atau Primula dan juga Chu-Tu-Chin atau Chu-Tu-Kun atau Tu-kun yang telah ditakluk Funan pada awal kurun ke-3 Masehi iaitu kira-kira pada tahun 205 Masehi menurut seorang ahli sejarah Barat, Paul Whitley serta sejarah China.Menurutnya lagi bahawa negara ini terletak di antara Segenting Kra dengan Kuantan,Pahang.Walau bagaimanapun lokasi sebenar tidak pula diketahui.

    Ketika baginda sedang meluaskan kekuasaanya di selatan dan barat, baginda mengambil polisi berbaik-baik dengan menghantar perutusannya ke China sekitar tahun 340-345 Masehi.Tetapi setelah berjaya dalam misi penaklukannya, baginda mara dengan bala tenteranya lalu menyerang Empayar China dengan menakluk kembali Jawana pada tahun 347 Masehi.

    Serangan ke atas Jawana ini merupakan permulaan dari suatu peperangan yang sengit dengan China dan berlanjutan sehingga 14 tahun lamanya.Pan-Win(Wan-Win) mangkat pada tahun 349 Masehi.Tempat baginda diganti oleh anaknya, Pan-Pu (Wan-Pu) dan seterusnya mengetuai bala tentera Champa berperang dengan China selama 12 tahun lagi.

    Setelah berperang selama 12 tahun dengan tidak mendapat hasil yang memuaskan akhirnya pada tahun 361 Masehi. Baginda telah menyerahkan kembali kepada China daerah-daerah yang telah ditakluki oleh mendiang ayahnya dan kemudian memakai polisi berbaik-baik dengan China untuk menghidupkan kembali persahabatan dan perdagangan diantara kedua-dua negara.Pan-Pu(Wan-Pu) memerintah sehingga 377 Masehi dan kemudiannya digantikan oleh Bahadara Warman 1.Raja ini menghantar perutusan ke China dalam tahun 380 Masehi.

  9. Wormnachia Says:

    Keterangan dari Saudara Naim Firdausi

    1. Sejarah – 4 negeri Melayu di Selatan Thai tidak pernah menjadi sebahagian dari Thai. Apa yang berlaku, ia sebenarnya hanya negeri Naungan Siam bersama dengan beberapa negeri Melayu lain di Malaysia (naungan tidak bermaksud sebahagian daripada wilayah). Siam, Melayu dan Thai merupakan 3 bangsa yang berbeza. Selepas pemerintahan Siam di Ayudhya dikalahkan oleh bangsa Thai, Thai terus menjajah negeri-negeri naungan siam ini dengan membunuh kesemua waris kesultanan Melayu. Ketika itu mujurlah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada British. (Tapi selepas keluar dari mulut buaya, masuk pula mulut naga).

    2. Bangsa – Menurut kajian ethnology, bangsa Melayu Patani merupakan turunan daripada kelompok Melayu-Polynesia dalam keluarga Austonesia iaitu berkerabat dengan semua bangsa yang ada disekitar kepulauan nusantara. Sementara bangsa Thai pula merupakan turunan dari kelompok Thai-kadai, iaitu berkerabat dengan penduduk di sekitar china seperti Hokkien, Hakka, Hainan dan lain-lain. Bangsa Siam pula adalah bangsa asal yang menghuni Thailand. bangsa Siam merupakan turunan dari kelompok Mon-khmer iaitu sebangsa dengan penduduk di Laos, Kamboja dan Myanmar iaitu dari keluiarga Austroasiatic. Atas alasan ini, bangsa Thai tidak ada pertalian langsung dengan orang patani. Keluarga jauh bukan, keluarga dekat pun bukan. saya rasa, perasaan kesukuan disini menjadi penyebab utama.

    3. Agama – Ini mungkin dilihat alasan utama. Sebenarnya bukan kerana ramai juga bangsa Thai-Islam yang mendiami bahagian utara Thailand. Mereka kurang menghadapi masalah atas alasan sesuku.

    4. Ekonomi – Kerana perasaan kesukuan yang menebal, Kerajaan Thai kurang memberi perhatian ekonomi pada orang-orang Melayu di Selatan. ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati

    5. Pemerintahan. Thailand mengamalkan dasar Satu Thai. oleh itu, semua warganya harus berbahasa dan berbudaya Thai. kesannya ramai dikalangan orang melayu sudah tidak faham bahasa Melayu terutama di utara Saturn dan Songkhla. Keadaan ini menyebabkan orang-orang di Selatan yang bukan berbangsa Thai tidak berpuas hati.

    saya berasal dari Kedah tapi tinggal di Kuala Lumpur.banyak saudara saya berasal dari utara Kedah dan Perlis…sesetengah mereka bercakap bahasa Siam.saya pun kadang-kadang rimas bila duduk di celah-celah mereka kalau pergi ke kenduri kahwin.sekarang saya dah boleh bercakap bahasa Siam sebab saya tinggal dengan datuk semasa sekolah mengah dahulu.Orang Siam dengar katanya asal beragama Buddha mazhab Mahayana sama seperti orang Khmer di Kemboja…agama Buddha mazhab Theravada disebarkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunjaya di tengah Thailand.Puteri Jamadevi orang Mon.

    Bahasa Thai banyak meminjam perkataan yang dikatakan berasal dari bahasa Khmer…di Kedah ada tahun Piama pusingan 12 yang menggunakan lambang binatang 12 bagi mewakili pusingan 12 tahun.Yang saya ingat orang tua-tua cakap nama binatang ini guna bahasa lama,saya ingat mungkin bahasa tamadun lama yang bertapak di Kedah dan Patani iaitu bahasa kerajaan Langkasuka…tahun-tahun itu adalah Chuat,Chelu,Kan,Thok,Merong,Mesing,Memih,Memia,Wok,Raka,Chor,Kun.
    maksudnya Tikus,Lembu,Harimau,Pelanduk,Naga,Ular,Kuda,Kambing,Beruk,Ayam,Anjing,dan Kura-kura.
    Kerajaan Kedah lama pun diasaskan oleh seorang lagenda Merong Mahawangsa,namanya bermaksud Naga dari Keluarga Mulia.dalam Hikayat Patani karangan Syeikh Daud Al-Fatani juga menyebut mengenai Raja ini.Kerajaan Langkasuka dilanda oleh Sriwijaya dari Palembang,menyebabkan kemasukan pengaruh Melayu ke Tanah Semenanjung pada abad ke-4 Masihi.

    Ada orang Siam yang menganut agama Islam,mereka berkahwin campur dengan wanita Melayu.Hasilnya wujud masyarakat yang dipanggil Melayu tatapi berbahasa Siam di beberapa kawasan di Kedah seperti di Pendang dan Kubang Pasu.Ada kawan saya berasal dari Asun Jitra bercakap bahasa Siam dengan ahli keluarganya sedangkan tiada satu pun ahli keluarganya beragama Buddha,begitu juga orang kampungnya.

    Orang Siam Kedah mungkin berasal dari Ligor atau Nakhorn Si Thammarat.Ada juga yang beragama Buddha tapi mereka tidak tinggal bersama dengan yang beragama Islam.Yang Islam dekat dengan orang Melayu.Kerajaan Ligor pada zaman dahulu sebenarnya berasal dari pecahan kerajaan Langkasuka juga,tetapi rajanya tidak mahu menganut agama Islam seperti raja-raja bersaudara yang lain iaitu Patani dan Kedah.Orang Siam Kedah kebanyakan berkulit gelap sama ada yang beragama Islam atau yang Buddha.Peringatan,yang beragama Islam lebih selesa dipanggil sebagai Melayu kerana ciri-ciri agama Islam sudah sinonim dengan istilah Melayu.

    Pada pendapat saya berdasarkan teks-teks hikayat sejarah terutama karangan Syeikh Daud Al-Fathoni,orang-orang Langkasuka besar kemungkinan besar bercampur dengan orang Melayu Sriwijaya bermula abad ke-4 secara besar-besaran…penduduk Langkasuka pula kemungkinan sama bangsa dengan orang Mon di Myanmar atau Khmer di Kemboja atau campuran kedua-duanya.
    Dalam Hikayat Patani dikatakan orang Langkasuka asalnya berkulit hitam manis,tetapi ada yang berkahwin campur dengan pedagang-pedagang luar misalnya dari Tanah Arab dan Parsi,jadi wujud generasi yang segak dan berhidung mancung serta berkulit cerah,wanita Langkasuka boleh berkahwin ramai atau tidak berkahwin tapi bergaul dengan ramai lelaki dalam suatu masa.Pada zaman selepas Sriwijaya melanda,agama Islam mula meresap masuk kemungkinan sekitar abad ke-8 M.Ketika itu wujud pecahan kerajaan-kerajaan kecil,misalnya Tambralinga.Juga ada masyarakat asal yang beragama Islam dan Buddha.Yang beragama Buddha memakai rantai tangkal Buddha yang dibuat dari tanah liat atau logam seperti tembaga atau emas seperti yang saudara sekelian nampak dalam budaya Buddhism Thai kini.

    Raja Mahabangsa mempunyai ramai anak…anak-anaknya itu dihantar ke seluruh pelosok kawasan di bawah kuasa Langkasuka untuk memudahkan pentadbiran.Kerajaan Langkasuka asalnya dikatakan bermula di Kedah,ada orang kata di Langkawi,kajian lanjut diperlukan.Ibu kota Langkasuka mungkin ada dua, satu di Kedah atau bahagian Barat menjadi persinggahan pedagang dari Barat seperti Parsi, Arab, India serta satu lagi di Timur iaitu di Patani,berfungsi sebagai pelabuhan untuk jalan perdagangan ke Timur jauh. Langkasuka juga pernah jatuh di bawah kuasa kerajaan Khmer Funan-Chenla.

    Apabila Sriwijaya melanda,kerajaan Langkasuka termasuk dalam kekuasaan kerajaan Sriwijaya. Jadi berkemungkinan wujud dua kerajaan Sriwijaya pula, satu di Palembang, satu lagi di Semenanjung yang menjadi kawasan tanah jajahan. Saya ada bersembang dengan seorang kawan beragama Buddha dari Songkhla tentang kerajaan Sriwijaya. Dia mengakui ada pengaruh Sriwijaya di selatan Thailand, boleh dilihat dalam pembinaan candi dalam wat yang dipengaruhi senibina Sriwijaya. Tambahnya lagi, dalam buku teks sejarah Thai ada dicatat tentang rupa pakaian orang Sriwijaya iaitu memakai kain batik.

    Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa rasmi kerajaan Kemboja pada pemerintahan Suryawarman, minta maaf saya tidak ingat sekitar abad ke berapa. Raja ini berasal dari Tambralinga atau Ligor, sekarang lebih dikenali dengan nama Nakorn Si Thammarat.

  10. HangPC2 Says:

    Kebudayaan Melayu Di Malaysia ada Sekarang ini hasil gabungan Kebudayaan Langkasuka (Persekutuan Langkasuka) Dan Srivijaya…..

  11. encik yusri Says:

    just nk buka minda semua…
    jika kita teliti balik, bile startnya cina tu wujud??? jng sebut la pasal dinasti-dinasti dieorang tu… paling awal pon dinasti shang sekitar tahun 1700 SM… perkataan paling awal menyebut cina adalah dari bahasa sanskrit dalam tahun 150masihi… jadi mcm mne profesor singapor tu blh kate orang melayu dtg dari bangsa cina sedangkan 6000 tahun lepas kaum cina pon belum wujud… pelik tu… bangsa yang penah kita dengar seperti han, mancu, hui dan beberapa bangsa lagi tu pon blm wujud dalam tahun 4000sm.

    Cina tu pun sebenarnya dari gabungan bangsa-bangsa yang berlainan… mcm yang sy sebut kt atas seperti bangsa manchu, han, hui, hokkien, fuchow dan mcm2 lagi… jd yg mane cina??? kalau melayu tu dtg dari cina, dari bangsa yang mana satu???

    • Anonymous Says:

      orang cina telah dtg menetap ke tanah melayu seawal zaman melaka… Tp yg menetap kt situ x rmai… Kelompok cina yg ada kt malaysia skrng ni dibawa oleh inggeris dlm tahun 1800 utk melombong bijih timah… Sebelum tu xde pn cina dlm jumlah yg rmai kt tnh melayu… Klau kite tny rakan cina kita yg ada skrng ni, mcm mna fmly u smpai kt tanah melayu? Paling2 die sbb moyang2 dieorg dibwk msuk oleh inggris utk kejekt lombong… Ssh nk jmp cina yg mmg keturunan die sedia ada dari zaman melaka…

    • Anonymous Says:

      Walau ape jua komen di beri Melayu tetap tak wujud. Bahasa melayu tak
      wujud. Tulisan melayu tak wujud. Bangsa melayu tak wujud. Inilah satu satunya fakta.sekian .wallahualam. Hanya Islam yang wujud.

  12. bisnis emas Says:

    hi!,I like your writing very so much! percentage we keep up a correspondence more about your article on AOL? I need an expert on this house to resolve my problem. Maybe that is you! Looking forward to peer you.


  13. She felt that individual newspapers should have their own viewpoint,
    as directed by the editor or influenced by the individual writers, and that
    pure objectivity was a goal so unattainable as to be undesirable.

    One of the Hindi language newspapers which enjoy dominancy in the print media industry is providing latest and instant news
    from India and the world with its e-paper bhaskar.
    These necessities, which shouldn’t have a price tag on them, are:.

  14. Hafiez Says:

    Salam, kepada Anonymous September 1, 2013 at 8:49 am, Bugis itu termasuk salah satu rumpun Melayu. Kaum Bugis ada tulisannya, dinamakan “tulisan rencong Bugis”. Boleh google image tulisan ini jika nak ambil tahu. Bangsa Melayu itu memang sudah lama wujud. Teori yang mengatakan bangsa Melayu dari Yunnan itu tidak tepat. Kerana yang dikatakan dari Yunnan ke Nusantara itu asalnya penduduk nusantara juga lebih dikenali sebagai penduduk Sundaland/pentas sunda sebelum mereka berhijrah ke tempat lain termasuk Yunnan akibat banjir besar/super tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Batara Guru (Toba). Orang Melayu sudahpun membina tamadun besar sebelum banjir itu lebih kurang 70,000 tahun dahulu malah dikatakan pula mengajar lain-lain bangsa untuk bertamadun.

    Lapangkan dada, mari melihat di sini http://drilyasharunmalaysia.blogspot.com/2010/08/real-origin-of-malays.html


  15. Wow! In the end I got a webpage from where I be capable of really get valuable
    information regarding my study and knowledge.

  16. Read Webpage Says:

    I have read so many posts regarding the blogger lovers but this article is actually a good post, keep
    it up.


  17. Can you tell us more about this? I’d love to find out more details.

  18. gaga Says:

    i like this about……

  19. sam Says:

    kajian genetik sudah di laku kan dan keputusan nya genetik melayu lebih tua Dari genetik dari kaum China seperti dari Yunnan. bagi saya kajian genetik lagi masuk akal untuk m’bukti kan ttg bangsa melayu berbading hanya m’dengar teori yang belum pasti dan ubah di reka sahaja


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: