Tg Razaleigh sudah kecewa?

October 5, 2008

Dalam mStar online.. Tg Razaleigh Hamzah tidak menafikan beliau ada bertemu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Hj Hadi dan Lim Kit Siang. Beliau bagaimanapun berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam “konteks kawan-kawan lama yang bertemu.”

Selanjutnya beliau berkata..

“Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan. Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi, saya tidak inginkan jawatan ataupun kuasa. Saya menawarkan kepimpinan bagi negara menghadapi cabaran ekonomi global semasa,”

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang. Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa. Beliau juga turut mengecam pelan peralihan kuasa dalam Umno sekarang sebagai tidak demokratik.

————————————————————————————–

PS : Betul ke ni Ku Li ? Bunyi semacam orang kecewa jer..

Kalau beliau hendak kecewa pun memang munasabah, lebih-lebih lagi jika desas-desus Najib akan jadi PM benar-benar terjadi. Takkan Tun Dr Mahathir mahu Ku Li serang Najib pula.. objektif TDM mahu Pak Lah disingkirkan, siapa cepat dia dapat. Kalau Najib cepat, maka Ku Li meloponglah..

Duit dah banyak habis.. takkan mahu berhenti sekerat jalan pula. Mahu tidak mahu, Ku Li kena ada pelan kecemasan juga.. kalau Umno tolak dia, ada alternatif lain. Itu pun bergantung kepada pakej tawaran dari Pakatan Rakyat.. harap-harapnya Ku Li tidak berubah pendirian.

3 Responses to “Tg Razaleigh sudah kecewa?”

  1. Fazrul Says:

    Salam Tuan,

    Saya pun tak percaya selagi tak keluar dari mulutnya…so bagi calon presiden Ku Li jadi ka? kenapa tak da orang lagi ni.. naib ja ramai ni..

    Entahlah.. heee sorry menyelah… saya bukan wakil rakyat mahu pun MP… cuma seorang permerhati politik dan hal ehwal dan yang sewaktu dengannya…

    Salam mesra,

    ***************************************

    PS : Salam fazrulls, salam aidilfitri..
    Kita semua rakyat biasa, harap2nya perselisihan pendapat dalam politik tidak menjejaskan persahabatan sesama kita.

  2. ct Says:

    Cekka, letih ng dengar dolak dalik depa ni laa. entah bila nak habis. SALAM AIDILFITR pada cekka sekeluarga

    *******************

    PS : Salam Ct, dolak-dalik ni tak habis sampai bila-bila pun.. kalau kita tak taksub kepada depa (kerajaan /pembangkang), insya-Allah kita boleh berfikir dengan rasional.

  3. webm Says:

    salam adilfitri .. to cekka n all

    bro cekka…. dr my point in view a look TR tak berpendirian tetap jadi mmg tak sesuai jd pemimpin coz lg dulu dia nie dok tukaq2 parti..

    **********

    PS : Salam aidilfitri webm, .. harap2nya TR dapat dengar keluhan kita semua.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: