Hari Raya tanpa ayahanda..

October 3, 2008

Tahun 2008 ini, kami sekeluarga telah kehilangan bapa kami yang meninggal pada usia 66 tahun. Biasanya suasana hari raya agak riuh-rendah dengan gelagat adik-beradik dan gurau senda ayah dan bonda. Bagaimana pun, beliau telah menyambut panggilan Ilahi dan kami redha dengan pemergiannya.

Ayahanda kami ‘disimpan’ di Kg Raja, Besut, Terengganu bersama-sama adik kami yang telah meninggal pada usia 5 tahun kerana terkena air panas. Sekurang-kurangnya, bolehlah beliau bergurau-senda dan mempunyai teman di alam ‘sana’.

Al-hasilnya.. tinggal lah kami tanpa bapa. Yang ada bonda bersama 18 orang anak-anaknya. Selaku anak sulung lelaki, tanggungjawab saya semakin berat. Dengan 11 orang anak lelaki, 7 orang anak perempuan (dicampur dengan 2 orang kakak berlainan ibu), 4 orang menantu dan 5 orang cucu.. harapnya dapat mengubat kesedihan bonda kami yang berusia 51 tahun sekarang.

PS : Pesan saya.. hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Jika harta berjuta sekalipun, tidak sebanding dengan kehadiran orang tua kita. Bagaimana sibuk sekalipun dengan kerja.. carilah masa untuk bertanya khabar melalui telefon atau berziarah. Bagi ibu-bapa, perbuatan itu amat besar ertinya..

2 Responses to “Hari Raya tanpa ayahanda..”

  1. aberamly Says:

    ramainya adek beradek… tentu seronok. saya pun ada saudara di besut.

    ***************************************

    PS : Iye ke? .. Hahaha, salam aidilfitri abe li.

  2. penulis_cyber Says:

    Mana muka cekka ? Mak mana ?

    selamat hari raya …maaf zahir batin

    *********

    PS : Salam aidilfitri p.cyber, bonda saya ada kat tengah2 pakai tudung coklat agaknya.. saya kat belakang, agaknya tak berapa jelas sangat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: