PAS mesti keluar dari kepompong PKR

September 29, 2008

Setiap kehidupan di dunia ini tidak dilahirkan sama dan seragam, samada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.. mesti ada perbezaan walaupun sedikit, apatah lagi manusia.. Samada BN atau PR, walaupun nampak berbeza kulitnya tetapi isinya tetap sama.

PAS amat memandang hina UMNO kerana sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC. Atas pernyataan inilah, PAS mefatwakan UMNO itu sebagai satu parti yang kafir. Fatwa ini telah dinyatakan oleh Hj Hadi dalam tahun 80 an dulu.

Sesungguhnya.. PAS telah berdosa besar dalam hal ini kerana telah mengkafirkan saudara seagama mereka sendiri dan mereka lah yang menjadi punca utama perbalahan kaum Melayu sekarang ini.

Masakan tidak, fatwa mereka itu telah ‘memakan diri’ mereka sendiri dengan bersekongkol dengan DAP dan lain-lain pemimpin dalam PKR yang tidak redha dengan Islam. Sekiranya fatwa PAS tahun 80an itu boleh diguna-pakai, bukankah PAS juga telah menjadi parti kafir sekarang?

Bukankah air ludah mereka kepada UMNO telah kembali ke muka mereka sendiri?

Bukankah Nik Aziz juga memberi ‘fatwa’ DAP itu syaitan ketika mereka berselisih faham suatu ketika dahulu? Tetapi kenapa mereka boleh bersekongkol dengan DAP sekarang? Bukankah Allah telah mengatakan syaitan itu musuh yang nyata kepada manusia?

Sekali lagi air ludah mereka terkena kepada batang hidung mereka sendiri..

Alangkah dungunya pernyataan bekerjasama dengan syaitan dibolehkan kerana membanteras kerajaan rasuah UMNO. Manakah musuh yang lebih besar.. syaitankah atau rasuah? Kedua-duanya musuh Islam, tetapi yang mana dahulu wajar kita jauhi? Jika kita lari dari syaitan.. dengan sendiri kita menjauhi rasuah. Bukankah begitu?

Berbalik dalam Pakatan Rakyat.. perjuangan PAS mengenai Ketuanan Islam tidak selari dengan laungan mereka selama ini. Kenapa PAS mesti terikut-ikut dengan pemimpin DAP dan PKR yang melenting dengan isu ISA, isu rasuah Exco Perak dan beberapa hal yang lain?

Kenapa PAS berdiam diri apabila Teresa Kok mengancam kedaulatan Islam? Kenapa PAS tidak mempertahankan YB Zulkifli Nordin yang diancam tindakan displin oleh PKR? Kenapa PAS tidak menyelar orang rumah mereka sendiri yang menerima rasuah seks? Mana suara PAS dalam hal-hal ini?

Jawapannya mudah.. PAS juga kemaruk dengan politik kebendaan. Berani bersuara dalam memburukkan peribadi orang lain tetapi berdiam diri apabila ekor sendiri bergelumang dengan tahi. Masakan boleh mentadbir sebuah negara sekiranya kepincangan dalam rumah sendiri tidak berani untuk diperbetulkan.

Oh.. ini strategi untuk menjatuhkan BN dan mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat..

Apa bezanya pengacau daulah Islam antara UMNO dan Teresa Kok dan Bar Council yang diredhai oleh PKR? Bezanya UMNO itu depan rumah kita.. Teresa Kok dan PKR itu dalam rumah kita, siapakah yang wajar dirotan terlebih dahulu? Anak orang lain atau anak dalam rumah kita.. Dalam adab Islam, memperbetulkan keluarga sendiri dahulu lebih utama dari memperbetulkan keluarga orang lain.

Ada pula suara dalam PAS yang berkata.. berikan kuasa kepada kami dahulu, maka kami akan buktikan bahawa kami benar-benar memperjuangkan Islam.

Bukankah Allah menyuruh kita memerhatikan alam sekeliling untuk belajar? Tidakkah PAS memerhatikan alam persekitaran.. dengan kata lain, realiti kehidupan dunia. Tidak ada benda dalam dunia yang terjadi dengan sendiri.. mesti ada tukangnya, mesti ada penciptanya.

Nabi Muhammad sendiri berusaha membina imej islam dengan dakwah dan akhlaknya yang terpuji. Nabi tidak mengatakan orang Mekah kena memberi jawatan kepadanya agar beliau boleh mngembangkan Islam. Dakwah Nabi Muhammad berjaya kerana tiada paksaan dalam dasar dakwahnya.. Nabi tidak mengutuk pun peribadi pemimpin-pemimpin Arab jahiliyah. Nabi tidak menceritakan tentang neraka tetapi keindahan agama Islam terlebih dahulu.. Nabi bercerita tentang neraka apabila umatnya mula menghayati Islam, itupun sekadar peringatan agar mereka tidak songsang.

Inilah yang membezakan PAS dan Nabi Muhammad s.a.w.. PAS suka menghukum tetapi tidak memberi jalan keluar kepada permasalahan. PAS suka menghukum UMNO, bukannya menegur dengan berhemat dan kasih-sayang. Malahan Nabi tidak menyumpah seranah rakyat Mekah yang melempar batu kepadanya.. yang membaling tahi kepadanya.. yang cuba membunuhnya. Alangkah jauhnya peribadi Nabi dengan ulama-ulama PAS.

Kenapa dakwah Nabi berjaya? Nabi Muhammad s.a.w. memberi alternatif pegangan hidup kepada rakyat Mekah dengan kasih-sayang dan ketinggian budi pekertinya. Rakyat Mekah tertarik dengan sendirinya  kepada Nabi kerana sifat-sifatnya itu. Bagaimanakah dakwah PAS boleh berjaya sekiranya dasar dakwah PAS itu sendiri sudah tidak sama dengan dasar dakwah Nabi Muhammad s.a.w?

PAS menyelar UMNO kerana mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dan tidak demokrasi. UMNO dituduh autokratik, diktator dan firaun. UMNO dituduh mengamalkan politik berpuak-puak dan saling menjatuhkan sesama sendiri untuk berkuasa.

Sedikit sebanyak.. tempiasnya juga mengenai PAS. Bukankah Hj Hadi dan Nik Aziz berpakat menjatuhkan Hj Asri untuk memerintah PAS? Walaupun bukan melalui politik wang.. tetapi politik berpuak-puak memang wujud dalam PAS itu sendiri. Kenapa tidak sahaja mendesak peralihan kuasa secara aman dari Hj Asri kepada Hj Hadi?

Bukankah Mustafa Ali dan Muhd Sabu dikutuk habis-habisan oleh orang PAS sendiri kerana perbezaan pendapat dengan pucuk pimpinan parti? Apa bezanya dengan Muhyidin Yasin yang tidak sependapat dengan Pak Lah? Adakah ahli-ahli PAS tidak boleh bersuara untuk memberikan pendapat? Adakah setiap pendapat yang berbeza dianggap pengkhianat parti?

Sekiranya ini juga dipandang salah.. maka PAS juga mengamalkan sistem autokratik dan tidak demokrasi. Mana demokrasi dalam Pakatan Rakyat kalau PAS tidak boleh menegur PKR mahupun DAP. Adakah setiap keputusan majlis syura tidak boleh dibahaskan? Adakah suara akar-umbi PAS tiada nilai langsung? Adakah setiap ahli kena menjadi lembu dicucuk hidung.. kena angguk sahaja setiap kata pemimpin tanpa boleh memikirkan mengikut tahap akal masing-masing?

Realitinya.. perjuangan PAS untuk memperjuangkan Ketuanan Islam sudah tersasar sedikit. Parti yang berasaskan dakwah dan perjuangan yang ikhlas tidak mengejar kuasa, kebendaan dan pulangan. Yang pentingnya ialah objektif dan dakwah yang berterusan.. Sekiranya PAS mementingkan kekuasaan, PAS lagi hina dari UMNO kerana bertopengkan agama untuk mencapai matlamat parti bukannya matlamat umat Islam.

Organisasi atau peribadi yang ikhlas tidak kecewa sekiranya tidak diberi jawatan atau pangkat. Mereka juga tidak perlu bertenggek atas bahu orang lain untuk berjuang, mereka berdakwah dengan kudrat mereka sendiri.. kalau tak boleh berjalan, mereka bertongkat.. kalau tak mampu, mereka mengensot atau merangkak.

Percayalah.. Allah memberi amanah dan rezeki kepada hamba-hambanya berdasarkan penilaian-Nya dan rahmat-Nya. Allah memberi sesuatu pekerjaan yang bersesuaian dengan kemampuan hamba-Nya. Seorang tukang sapu boleh diangkat menjadi PM jika Allah mahu.. kerana Allah Maha Tahu.

Dugaan Allah ini dalam 2 bentuk, satu yang susah dan satu lagi yang senang. Sekiranya Allah memberi dugaan kehidupan dalam bentuk kesenangan.. maka beruntunglah orang itu dalam kehidupan dunia ini, tetapi nasibnya masih belum tentu lagi bila di akhirat nanti. Begitu juga orang yang diduga dalam bentuk kesusahan.. mungkin orang itu lebih bahagia di akhirat berbanding orang yang senang tadi.

Oleh itu.. janganlah PAS mendabik dada dan riak dengan dugaan Allah dalam PRU 12 baru-baru ini. Janganlah dikatakan rakyat telah menerima PAS secara total padahal rakyat hanya menzahirkan kebencian kepada UMNO dengan mengundi PAS. Dugaan itu harus diteliti semula oleh PAS agar mereka tidak lupa diri dengan tekad perjuangan mereka selama ini. Perancangan Allah itu amat halus dan penuh tipu-daya kepada mereka yang tamak dan angkuh.

PAS kena yakin kepada diri sendiri dan berjaya atas usaha diri sendiri.. sepatutnya Anwar Ibrahim yang bergantung kepada PAS bukan sebaliknya. Sepatutnya PAS yang boleh mengaturkan Anwar untuk buat itu-ini bukan sebaliknya. Bukan untuk menghasut kepada perpecahan kepada Pakatan Rakyat, tetap sepatutnya parti Islam yang berada dalam barisan hadapan bukannya berada dalam barisan kedua atau barisan belakang. Menjadi pak turut hanya mengundang risiko ditendang atau dilupakan.. sampai saat itu PAS hanya melopong tidak percaya dan terpinga-pinga.

2 Responses to “PAS mesti keluar dari kepompong PKR”

  1. nuexo Says:

    senang je jawapan bg persoalan nih…. PAS hanyalah parti politik mcm parti2 politik lain… politik mendahului segala…

    mungkin 80% politik 20% agama… mungkin lagi teruk dari itu…

    masakan tidaknya benar satu ketika dulu pas mengkafirkan habis2an…. umno…

    tp kini mereka berbaik dgn DAP yg terang2 menghina dan anti islam…

    PAS hanya parti politik… saye pun mulai sedar akan kenyataan itu …

    ———————————–
    PS : benar sekali kata-kata nuexo.. harapnya Pas kembali kepangkal jalan.

  2. pak tua Says:

    perjuangan PAS tersasar sedikit .. sy amat2 berharap dgn adanya artikel sedare cekka ini PAS boleh menjadi lebih relevan terutama kepada org2 islam dan org2 bukan islam tetapi yakin dgn pimpinan islam..
    Takbirrrr…. selamat hr raya adilfitri

    —————————————

    PS : Selamat hr raya.. harapnya Pas kembali kepangkal jalan dan kekal relevan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: