Eurocopter ganti Nuri ?

September 28, 2008

Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mendapatkan pesawat helikopter baru daripada sebuah syarikat pembuat helikopter Eropah, Eurocopter, bagi menggantikan helikopter Nuri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kementerian itu sedang meneliti klausa perjanjian sebelum menandatanganinya secara rasmi dengan syarikat berkenaan

Persetujuan ini dirasakan ada kaitan dengan tawaran Eurocopter untuk menambahkan pelaburan sebanyak RM 250 juta di Malaysia, sekiranya Kerajaan Malaysia memilih mereka.

Eurocopter (M) Sdn Bhd, merupakan anak syarikat European Aeronautic Defense and Space Co, telah membuat tawaran tersebut sekiranya mereka berjaya dalam tender tersebut.

Pelan pelaburan tersebut merangkumi penaik-tarafan Eurocopter (M) Sdn Bhd dalam kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik-pulih (MRO) di Subang, penyertaan vendor tempatan dalam pembuatan komponen, menubuhkan akademi latihan dan pusat simulasi helikopter EC725 yang pertama di Asia.

Antara pilihan lain yang ada ialah helikopter Sikorsky S92 (Amerika), Agusta Westland EH-101 Merlin (UK/Itali) dan Mil Mi-17 Hip (Rusia). Kerajaan dianggarkan mengeluarkan peruntukan sebanyak USD 600 juta (RM1.93 bilion) untuk membeli 12 unit helikopter sehingga 2050.

Harapnya kerajaan tidak tersilap pilih helikopter kerana terpedaya dengan janji-janji manis peserta tender. Dengan keadaan ekonomi global sekarang yang agak lembap, tawaran ini sememangnya menguntungkan kerajaan dari segi menyemarakan industri pembuatan tempatan.

Dari segi peribadi.. saya lebih cenderung kepada pemilihan model Agusta Westland tetapi kos penyelenggaraannya agak tinggi berbanding model-model lain. Saya percaya kerajaan telah mengambil kira pelbagai aspek dalam pemilihan tersebut.

PS : Ada orang dapat komisen ke?

One Response to “Eurocopter ganti Nuri ?”

  1. hang nadim baru Says:

    wakakaa cekka.. menteri pertahanan dah tukaq org pun makan komisen kaa.. patut larr mintak tukaq kementerian cepat2…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: