10 sen? nampaknya mahu cari untung..

September 26, 2008

Secara mudahnya.. harga minyak seliter pada bulan Jun ialah RM 1.97 dan dinaikkan sebanyak 70 sen, ketika itu harga se-tong ialah USD 104. Sekarang, harga minyak sudah menurun dari USD 140 kepada USD 106.. harga minyak seliter masih RM 2.45 ??

Saya tidak nampak kerajaan perlu menanggung subsidi yang besar, ..kerana sebelum ini pun kerajaan masih memberi subsidi. Yang saya nampak.. kerajaan mahu cari untung dan cuba menipu rakyat.

Penurunan ini patut diberikan ucapan tahniah dan terima kasih, tetapi penurunan sebanyak 10 sen boleh dipertikaikan. Mengikut penilaian saya.. harga minyak paling tidak boleh dikurangkan sebanyak 30 sen. Sekiranya dicampur dengan penurunan yang lepas sebanyak 15 sen, jumlah itu akan menjadi 45 sen.. iaitu lebih kurang 65% = RM 2.25 per liter.

Baki sebanyak 25 sen (70 sen-45 sen) itu lagi, adalah satu kadar margin keselamatan (safety margin) yang munasabah untuk menyerap sebarang kenaikkan harga minyak secara tiba-tiba.

Saya berpendapat.. kerajaan tidak ikhlas untuk menurunkan harga minyak. Penurunan ini sekadar gula-gula kepada rakyat untuk meraih populariti dan mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa BN telah melakukan perubahan dasar-dasar ekonomi terutama sekali dengan pertukaran jawatan Menteri Kewangan baru-baru ini.

Bagaimana harga barangan hendak diturunkan jika dibuat secara berperingkat dalam kadar yang kecil? Apakah ada jaminan kerajaan tidak lagi menaikkan harga minyak? Sebagai peniaga.. tentulah mereka keberatan untuk menurunkan harga berdasarkan faktor-faktor ini.

Saya nampak kabinet Dr Mahathir lebih cerdik menangani isu minyak.. harga dinaikkan dalam kadar yang kecil walaupun kerap, bagaimana pun kenaikkan tersebut tidaklah mempengaruhi kadar inflasi dengan teruk sebagaimana sekarang.

6 Responses to “10 sen? nampaknya mahu cari untung..”

  1. Fazrul Says:

    Salam,

    Selamat Menyambut hari raya aidil fitri buat semua blogawan…

    Raya ni ceria-cerialah selalu kerana minyak dah turun walaupun 10sen….

    Hmmm…

  2. faisal Says:

    itu kau kira tanpa rebet, cuba kira la rebet tu yang kau orang dapt….nie la manusia tak reti bersyukur…apa pun selamat hari raya

  3. aberamly Says:

    PAK LAH SUKO KOHO KOHO… BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. BUKAN MACAM BANG NUAR… “PINTU BELAKANG” PUN OK

  4. aberamly Says:

    aberamly on September 27, 2008
    Your comment is awaiting moderation.

    CEKKA, POLITIK NI SOKONG PADA WAKTU YANG TEPAT DAN KICK WAKTU YANG TEPAT. ANUAR MUSA TERER BAB NI. DULU SOKONG KU LI UNTUK LAWAN DR M. PAHTU JADI PANGLIMA DR M. PAHTU JADI ADIJAGAT PAK LAH… PAHNI?

    FENOMENA TOK WAR WAJIB DI KELANTAN. NOW PAK LAH KENA PAKAI TOK WAR SEBAB TOK ZI LESEN “P” LAGI. KALU TOHOK TOK WAR DIA AKAN GI? SAMAADA KU LI ATAU DS NAJIB. KALU NAK BELAJAR POLITIK… TOK WAR LAH. SEBAB DIA DAH TAK RELEVENKAN KU LI, TS TOK SERAMA, TS MAT YAAKOB, IBRAHIM ALI DLL… DIA PANDAI TAWARKAN ILMU ORANGLAH CEKKA. OLEH ITU TOK WAR LAH AKAN SELAMATKAN PAK LAH NANTI. KALAU PAK LAH BERHENTI. MAKA TOK WAR ADA DUA PILIHAN KU LI ATAU DS NAJIB. CUBA TEKA MANA DIA PILIH?

  5. TOK JANGGUT Says:

    Ada betulnya juga kata penulis dalam artikel ini. Tapi kita perlu ingat kalau ada untung pun, keuntungan itu untuk negara. Tapi yang tak baiknya harga minyak turun tapi harga barang makin anaik adalah.

  6. PakTua Says:

    Pada pendapat pak tua BN sekarang sukar memerintah kerana pertmbahan 4 negeri yg telah hilang kuasanya..
    olehyg demikian kerajaan Pusat sukar membuat perhitungan kewangan negara ..sekian terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: