Lim Guan Eng mahu jadikan DUN Penanti sebagai ‘Serambi Mekah’

September 24, 2008


Baru-baru ini sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah‘ di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam.

Sekurang-kurangnya.. Lim Guan Eng ada juga inisiatif untuk beri kelegaan dan berita penyejuk hati kepada orang Melayu-Islam di Pulau Pinang. Bukannya seperti si brader sebelah LGE tu.. (lihat gambar) yang kemaruk nak jadi PM. Pada saya, LGE telah menjalankan tugasnya sebagai pembangkang dengan berkesan.. kurangkan bercakap, banyakkan kerja..

Kepada UMNO.. berita ini sedikit sebanyak mencalitkan arang ke muka tuan-tuan sekalian. Bagaimana seorang ahli politik cina boleh menjaga hati orang Islam dengan berita ini.. mungkin ianya sekadar strategi atau retorik politik untuk meraih undi melayu, itu soal kedualah..

LGE minat khalifah Umar.. bukan seperti brader Anwar yang minat sama John Locke.. Andai kata LGE isytihar dia masuk Islam.. aku sokong LGE lagi dari Anwar.

9 Responses to “Lim Guan Eng mahu jadikan DUN Penanti sebagai ‘Serambi Mekah’”

  1. Fazrul Says:

    Salam Bro,

    Kawasan Penanti dekat ngan rumah aku… kalau hang turun ke Pulau Pinang jangan lupa hubungi aku.. boleh la kita pekena teh tarik dan jalan-jalan sekitar kawasan Permatang Pauh…

    Salam mesra,


  2. Salam Cekka,

    Saya amat anti PKR dan DAP, tetapi dari segi personaliti saya amat meminati LGE. Semoga apa yang dilakukan olehnya disebabkan kesedaran dan bukannya retorik politik. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Insyaalah.

    Wassalam.

  3. aberamly Says:

    ITULAH IDEA LEE KUAN YEW… TAPI KALAU DIA MASUK ISLAM TERMASUK AYAHNYA LKS, ALHAMDULILAH…. ITULAH HADIAH HARI RAYA. TAPI REKOD KEBAJIKAN UNTUK ISLAM DI PENANG KENALAH HEBAT….. JANGAN PUBLISITI SAJE TAPI PENANG TETAP JADI WILAYAH KECIL TANAH BESAR CINA.

  4. webm Says:

    Jgn ckp tak serupa bikin pulak dan jdkan islam sebagai retorik politik peribadi semata2 mahukan perhatian dr kaum majoriti jika betul saya cabar LGE masuk islam secepat yg boleh…!!!

    Takbir … ALLAH HUAKBARRRR

  5. TOK JANGGUT Says:

    Salam,
    Kalau betul LGE seorang Ikhlas jangan jadikan serambi mekah tapi jadikan serambi agama. Semua agama menyuruh melakukan kebaikan.Kalau semua rakyat menjadi penganut agama yang taat, sudah semestinya negara akan aman. Kalau Orang Melayu sahaja taat kepada agama tak guna juga kerana masih ada pengacau-pengacaunya.

  6. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Persoalannya adakah mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz ikhlas datang dari sanubari ataupun hanya untuk publisiti.

    Keadilan dapat ditegakkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kerana roh Islam yang wujud dalam diri berpandukan kitab dan hadith. Tapi apa yang Guan Eng kagumi hanya pada karakter, bukan pada iman dan taqwa.

    Keadilan Khalifah Umar adalah berasaskan TAQWA, takut seksaan Allah apabila melakukan sesuatu yang salah. Adakah iman dan taqwa telahpun diselami oleh Guan Eng. Jika benar tidak mungkin belau dan bapanya menolak negara teokratik semasa sidang DAP.

    Satu lagi, kenapa PAS hanya menjaja cerita Guan Eng mencontohi Khalifah Umar. Pemimpin PAS sendiri sepatutnya terlebih dahulu bersama-sama wujudkan sifat keadilan Umar dalam diri. Apa yang saya tahu, ramai pemimpin PAS di Kelantan seronok mengambil kesempatan dan melapah apa yang terhidang.

    Wassalam.

  7. webm Says:

    saya sokong 1000% piggy… kalau setakat nak publisiti murahan bolehlahhh… tunjukkan sekiranya minat kpd pemimpin2 islam belajar tentang ajaran islam atau dgn cara yg sound direct ‘tak reti2 masuk islam…

  8. Anonymous Says:

    Janganlah mudah org Islam kena gula2 DAP. Sikit2 dia tarik kita, lepas tuh terus masuk lubang.

  9. Atila Says:

    At least DAp trying something here, zaaman UMNO Penang, project meage sana sini, kondo, apartment….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: