Anwar tiada hati-perut ! Kami pun nak beraya..

September 24, 2008

Mengikut kata Tian Chua.. 23 Sept tak jadi sebab Pak Lah memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa dengan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tarikh peralihan kerajaan akan dianjakkan kepada satu tarikh baru.. 1 Oktober..

Err.. bukankah hari tu Hari Raya Aidilfitri? Takkan lah parlimen hendak bersidang pada Hari Raya..

Pada pendapat saya.. Anwar ini memang kaki kelentong, DEMI KUASA BUKAN UNTUK RAKYAT. Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.. adalah tidak patut sebagai seorang pemimpin untuk merentap keceriaan umat Islam pada hari tersebut dengan janji-janji politiknya.. lainlah kalau ‘target audience’ beliau orang bukan Islam.. Hari Raya Aidilfitri bukannya perayaan besar bagi mereka.

Seburuk-buruk UMNO pun.. tak adalah nak paksa orang pergi ke Parlimen pada pagi Raya. Sekeji-keji UMNO pun.. tak adalah nak paksa orang dengar kelentong mereka pada pagi Raya. Ni apa ke hal Anwar nak main-main dengan hari raya?

Tak ada tarikh lainkah yang lebih munasabah? Kadang-kala aku fikir baik saja Anwar ini disumbat bersama-sama dengan Raja Petra di Kamunting.. ‘potong stim’ orang nak beraya. Dahlah aku ini bosan dengan BN.. ditambah lagi kebosanan dengan retorik Anwar.

Kalau saya.. hari itu saya nak berjumpa sanak-saudara dan sahabat handai, bukannya nak bermasam muka kerana ideologi politik.. tetapi mahu bersalam-salaman meminta maaf keatas salah-silap diri saya sepanjang pertalian silaturahim dengan mereka.

Saya bersetuju BN wajar berubah dan sepatutnya berubah dari dulu lagi.. Alangkah sedihnya kaum Melayu sudah terpecah kepada 5 kelompok sekarang.. sokongan kepada UMNO (2), PKR (1) dan PAS (2). Melayu-Islam sekarang sudah keliru dan berbelah bahagi.. gara-gara ahli politik yang ego dan pentingkan diri sendiri.

Adakah logik Pak Lah nak serah kerajaan begitu saja? Lebih-lebih lagi menantunya itu, Khairy Jamaluddin nak berebut jadi Ketua Pemuda UMNO.. Paling tidak, KJ beri nasihat pada ayah mertuanya itu agar terus berkuasa supaya beliau dapat merebut kuasa dan harta negara seberapa yang boleh..

Takkanlah si KJ nak bagi percuma sahaja kepada Anwar.. takkanlah si KJ hendak berkongsi kekayaan dan kuasa dengan Anwar.. Sangat tidak logik kepada Pak Lah & Co. hendak memberi takhta pemerintahan negara tanpa berjuang.. perjuangan untuk poket mereka bukannya poket rakyat.

Adakah logik YDP Agung berkenan hendak melantik PM baru pada Hari Raya? YDP Agung pun  tahu adab-susila dan protokol.. Takkan Anwar hendak paksa YDP Agung menurut kehendaknya pada hari itu.. YDP Agung makin murka pada Anwar adalah..

Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada. Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan.. YDP Agung kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Dengan kata lain.. YDP Agung masih memerlukan sidang Dewan Rakyat untuk melantik PM baru.. logikkah YDP Agung mahu buat persidangan pada Hari Raya? YDP Agung tidak berada dalam keadaan kalut dan tergesa-gesa.. yang kalutnya brader Anwar.

Kenapa Anwar terhegeh-hegeh pergi berjumpa dengan Nik Aziz dan Hj Hadi di Kota Bharu? Tujuan perjumpaan adalah untuk meyakinkan PAS bahawa mereka sekali-kali tidak akan dipinggirkan dalam ‘kerajaan baru’.. hakikatnya Anwar mahu memberi ‘moral support’ kepada Pak-Pak Lebai agar terus yakin kepadanya.. nampak gayanya, PAS pun makin hari makin tawar hati.

Saya berpendapat.. Anwar semakin hilang populariti sekiranya terus bersikap sebegini. Seolah-olah ‘senjata makan tuan’.. Anwar suka mencari hari-hari penting untuk buat gempak, tetapi gegak-gempita hanya berakhir dengan kehampaan rakyat. 16 Sept dah hilang 10%.. 23 Sept hilang lagi 10%.. Saya tidak terkejut , sekiranya Anwar disabitkan kesalahan dalam apa jua kes.. beliau tidak dipedulikan oleh rakyat lagi.. rakyat sudah bosan.

Ahli politik datang dan pergi.. yang tinggal hanya parti politik, PRU yang ke 13 merupakan suara rakyat yang sebenar. Samada mereka mahu kepada BN lagi atau beralih kepada Pakatan Rakyat.. rakyat lah yang membuat pilihan.. bukannya dengan lompatan katak terbang pak menteri.

3 Responses to “Anwar tiada hati-perut ! Kami pun nak beraya..”

  1. webm Says:

    as’kum.. cekka … salam adilfitri

    aku rase-rase si nuar nak buat gempak hariraya je bro tu pasai dia pilih 1 Okt sebab dia dah malu besar dgn semua org…

    aku pun rase ke bukan org pas juga yg berasa demikian tidak terkecuali juga org2 DAP nuhhh… tp kalau kita pikir balik mmg dia nak Pak Lah hantar gi Hospital Tg. Rambutan kalau nak lebih jauh dr family dia hantar je kat Hospital Tampoi…

  2. cekka Says:

    salam aidilfitri webm..


  3. […] Seorang lagi blogger bernama Cekka menulis artikel bertajuk “Anwar tiada hati-perut ! Kami pun nak beraya..”. Tulisnya, “Mengikut kata Tian Chua.. 23 Sept tak jadi sebab Pak Lah memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa dengan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tarikh peralihan kerajaan akan dianjakkan kepada satu tarikh baru.. 1 Oktober..Err.. bukankah hari tu Hari Raya Aidilfitri? Takkan lah parlimen hendak bersidang pada Hari Raya..Pada pendapat saya.. Anwar ini memang kaki kelentong, DEMI KUASA BUKAN UNTUK RAKYAT. Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.. adalah tidak patut sebagai seorang pemimpin untuk merentap keceriaan umat Islam pada hari tersebut dengan janji-janji politiknya.. lainlah kalau ‘target audience’ beliau orang bukan Islam.. Hari Raya Aidilfitri bukannya perayaan besar bagi mereka” Klik di sini […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: