Tiada peralihan kuasa oktober ini?

September 22, 2008

mStar melaporkan.. KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Taib hari ini menafikan wujud tekanan daripada anggotaanggota Majlis Tertinggi (MT) parti supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden lebih awal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata: “Tidak ada apa-apa tekanan kepada Pak Lah, tidak ada perkara seperti itu dalam mesyuarat MT.”

Katanya seperti mana-mana mesyuarat MT, ahliahli MT bebas memberikan pelbagai cadangan dan dalam mesyuarat MT terbaru, ada satu atau dua pandangan yang mahukan Pak Lah perbetulkan satu atau dua perkara berkaitan perjalanan parti untuk memperkasakan lagi parti.

“Perbezaan pendapat bukan bermakna wujud tekanan. Seperti mesyuarat manamana organisasi, akan wujud perbezaan pendapat tetapi itu tidak bermakna kita menyuruh pengerusi organisasi atau mesyuarat itu letak jawatan.

“Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mematuhi pelan peralihan kepimpinan parti yang dipersetujui pada 2010,” katanya selepas menyampaikan cek RM18.25 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk elaun 2,300 guru KAFA di Bangi. ..selanjutnya, klik [sini]

p/s : Ada lagi rupa-rupanya pengipas di-raja.. TS Muhd Taib ni memang betul lah ahli politik yang berpengalaman.. lepas ni kalau DS Najib naik jadi PM, dikipasnya lagi kuat DS Najib.. ada 10 orang lagi orang semacam ini, sampai bila-bila lah PM Malaysia kena kutuk dek rakyat jelata..

2 Responses to “Tiada peralihan kuasa oktober ini?”

  1. Sekolah Atap Says:

    Ramai orang yang taat pada ketua, tetapi ramai juga yang kaki bangkang. Itu adalah salah satu dari kebelbagaian karektor manusia di alam dunia. Taat dan setia kepada ketua adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam juga, dengan syarat-syaratnya yang tertentu.

  2. cekka Says:

    Salam Sek Atap,
    Yup.. saya setuju dengan anda, kalau ketua dah jadi zalim dan lari dari ajaran Islam.. kita boleh bangkang tapi biarlah dengan cara yang berhemah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: