Najib halangan baru Anwar?

September 21, 2008

1.  Sekarang DS Najib sudah menjadi Menteri Kewangan, manakala jawatannya yang terdahulu telah diambil-alih oleh DSAAB.. dengan keadaan ekonomi dunia yang suram dan ekonomi Malaysia yang mengalami ‘stagflasi’, beban ini sememangnya agak berat untuk digalas oleh DS Najib.

2.  Tambahan pula, DS Najib sememangnya digeruni oleh kebanyakkan rakyat dengan skandal SAS (Sukhoi-Altantuya-Submarine).. rata-rata rakyat Malaysia menerima pertukaran jawatan ini dengan gembira bercampur bimbang. Adakah DS Najib akan bebas bermaharajalela dengan jawatan barunya itu? ..lebih-lebih lagi Kementerian Kewangan telah diakui sebagai ‘lubuk emas’.

3.  Berkisar tentang kehidupan peribadinya, DS Najib tidak dapat lari dikaitkan dengan isterinya Datin Rosmah.. seorang isteri pembesar negara yang dilihat agak angkuh, boros dan suka mengongkong suaminya itu dalam pelbagai hal. Sikit sebanyak.. faktor isterinya itu akan memberi beban tambahan kepada beliau untuk menghadapi persepsi masyarakat terhadapnya.

4.  Berdasarkan ketiga-ketiga faktor tersebut.. ekonomi, skandal dan isteri, dapatkah DS Najib membina reputasi dirinya dan UMNO secara amnya? Dalam satu persoalan yang lain.. dapatkah beliau menangkis serangan bertalu-talu dari DS Anwar nanti? Sememangnya DS Najib menjadi subjek yang digemari oleh DSAI untuk dihentam.. malahan beliau telah diserang bertubi-tubi semasa Pilihanraya Kecil Ijok dan Permatang Pauh baru-baru ini.

5.  Selain tekanan dari DSAI, ancaman dari Khairy Jamaluddin juga tidak boleh dipandang ringan.. memandangkan Pemilihan MT UMNO akan berlaku dalam bulan Disember ini nanti. Adakah KJ dapat ‘menghidu’ sebarang skandal atau salahlaku beliau dalam Kementerian Pertahanan? ..sekiranya ada, skandal ini dapat mengunci mulut dan membataskan penentangan DS Najib terhadap DSAAB.

6.  Dengan kata lain.. penukaran jawatan tersebut dilihat seolah-olah untuk ‘meneutralkan’ DS Najib dan melunturkan imej dan pengaruh beliau kepada ahli-ahli UMNO dan masyarakat secara umumnya. Silap langkah.. DS Najib boleh terkubur dalam persada politik Malaysia.

7.  Sekira dipandang dari sudut positifnya.. inilah peluang untuk DS Najib untuk kembali membina reputasi dan pengaruh dikacamata ahli-ahli UMNO dan rakyat. Dalam BN.. beliau dianggap penakut dan ‘pak turut’ kepada DSAAB, dalam masyarakat.. beliau dilihat ‘penyamun’ dan penakut kepada bini.

8.  Cabaran pertama beliau tentulah mengenai soal-soal ekonomi.. yang menjadi penyebab utama kemerosotan populariti DSAAB dan BN. Sekiranya beliau berjaya muncul dengan strategi-strategi pemulihan ekonomi, secara tidak langsung beliau akan dianggap bakal PM yang berkaliber dan bijak.. seterusnya mengimbangi anggapan rakyat yang cenderung mengatakan DSAI itu ‘celik ekonomi’. Di sini, DS Najib akan memperolehi kembali keyakinan ahli-ahli BN dan kebanyakkan rakyat Malaysia.

9.  Saya berpendapat.. hal itu mungkin dapat dicapai sekiranya beliau dapat mengumpulkan penasihat atau ‘think-tank’ yang tepat, bukannya penasihat kaki bodek atau mereka yang menjadi pengipas di-raja KJ. Bersandarkan kepada kecerdikan dan nasihat adiknya, Nazir.. menteri perdagangan dan industri, Tan Sri Muhyidin.. dan nasihat bekas gurunya, Tun Dr Mahathir.. objektif tersebut dapat dicapai dengan kadar yang munasabah dan meyakinkan.

10. Cabaran kedua beliau ialah skandal SAS.. yang menjadi punca utama kredibiliti dirinya merudum. Sekiranya DS Najib dapat mengelakkan diri dari melakukan skandal baru.. kejayaan pemulihan ekonomi sedikit sebanyak dapat membayangi kekurangannya dari sudut ini. Alangkah baiknya jika beliau bersikap telus dalam perkara/skandal ini dengan membawanya ke mahkamah.. sebarang keputusan positif dari mahkamah secara tidak langsung dapat membantu dirinya dari fitnah dan serangan DSAI. Itupun, kalau beliau rasa tidak bersalah.. nak takut apa kalau kita betul.

11.  Cabaran ketiga ialah isterinya sendiri.. sekiranya beliau dilihat ‘jantan’ berbanding isterinya, ataupun Datin Rosmah dilihat ‘low-profile’ dan tidak mencampuri urusan pemerintahan.. DS Najib akan mendapat ‘respect’ dari rakyat secara keseluruhannya. Kata orang.. isteri adalah bayang kepada suaminya, cantiknya bayang itu maka eloknya gambaran tuan punya badan. Dr Mahathir dilihat sebagai suami dan ayah yang baik kerana Dr Hasmah dan anak-anaknya.. Anwar dilihat ‘lebai’ dan islamik kerana Dr Wan Azizah dan anak-anaknya yang sentiasa bertudung dan warak.

12.  Sekiranya DS Najib dapat mengatasi ketiga-tiga cabaran ini.. peluang DSAI untuk menjadi juara rakyat akan menjadi seimbang dan tidak berat sebelah seperti sekarang. Dengan sikapnya yang dilihat agak sopan dan ‘cool’.. peribadinya mungkin dapat menarik perhatian rakyat berbanding DSAI yang dilihat agak agresif dan gelojoh.

13.  Apa pandangan anda ?

4 Responses to “Najib halangan baru Anwar?”

  1. Piggy Singh Says:

    Najib tidak boleh meringan beban UMNO yang berpunca dari Dollah. In addition, if Najib takes over, he will be an easy target for Anwar, because the struggle has now become personal. As you did mention, Anwar will be digging anything on earth to bring Najib to his knees, and indirectly send UMNO to grave. So not a wise decision.

  2. rosso Says:

    Najib has no chance whatsoever of becoming the President of UMNO or the Prime Minster of Malaysia because Abdullah Badawi is not a simple pushover by virtue of the vested interests hanging on to his coat tails (whom I think almost all Malaysians know about). On his own, Abdullah Badawi would have given up the throne – but the vested interests around him are just too insistent. So actually Anwar has a problem in that he just cant ride rough shod over Abdullah Badawi – you know the reasons why so lets not talk about it.Hence Anwar is forced to pussy footing around – ask for meeting lah, send letter lah, etc etc If it is Najib who is the Prime Minister Anwar’s problem will be much too simple – you can take so many potshots at this guy that no decent human being would want him to lead the nation.Even Dr M once remarked that for Najib to be the PM he just have to ditch his present wife first. But how can Najib do this when his balls are not only in that woman’s firm grasp but everything else are also….even Master Ji cannot help in this. So I am afraid your article is just not relevant for discussion.

  3. Fazrul Says:

    Salam Bro..

    Nice.. teruskan mendedahkan apa yang perlu didedah..heee..

    Salam mesra,

  4. Anak Najib Says:

    Salam,
    Pandangan saya…setakat ni semua dakwaan SAS adalah tidak memilki bukti kukuh. Submarine, sukhoi..kementah dan kem kewangan dah bg explain panjang lebar..pembelian ikut prosedur..lain lah kalo u tak percaya kementah dan kem. kewangan tapi lebih percaya berita2 tanpa bukti. Altantuya…takat ni apa bukti najib terlibat? gambar tiada?, takkan kerana seorang prebet membunuh maka kesimpulan yg diambil ialah mesti general yang suruh?. Kalau seorang guru merogol pelajarnya..adakah pengetua yang suruh? Rosmah…apa bukti..kalau takat berita dari RPK yang kaki pembohong tu..siapa pun boleh buat.
    Yang agak betul adalah kes anwar. Yang diliwat dah angkat sumpah, kondominium wujud, kes terdahulu ada. kalau fikir logik…najib takda masalah…yang bermasalah adalah anwar.
    ok salam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: