Rais Yatim : Amerika pergunakan Anwar

September 20, 2008

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

Sumber berita : Utusan Online

———————————————————————————–

Saya tertarik dengan kenyataan Dr Rais Yatim yang mengatakan..

… Mereka (AS) tak sentuh Thailand, politik negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS) …

Hal inilah sebenarnya menjadi sebab utama keraguan saya terhadap Anwar Ibrahim.. Kenapa AS beria-ria menyokong beliau?

Tidakkah kita sedari.. di Asia Tenggara ini hanya terdapat 3 negara Islam, Malaysia, Indonesia dan Brunei.. kenapa setiap kali politik Malaysia dan Indonesia bergolak, terdapat suara-suara sumbang yang sayup kedengaran dari kepimpinan tertinggi Amerika.

Kenapa Thailand mereka tak heboh sangat? Thailand bukan negara Islam.. dan bukan negara komunis pun, malahan Selatan Thai yang bergolak pun tidak menerima kecaman AS.. bukankah yang kena bedil di Selatan Thai itu rata-ratanya orang Islam? Di sana lagi teruk.. siap dengan M16 dan bom. Apa sangatlah yang kecoh di Malaysia dengan protes dan demonstrasi jalanan.

Kenapa AS tidak kutuk Filipina dengan kes Pejuang Moro pulak? Itu orang Islam lawan Kristian..

Walaupun begitu.. saya tidak menyokong perjuangan mereka walaupun mereka orang Islam. Pada pemahaman saya, Islam ini agama kedamaian bukan agama yang menyuruh umatnya berperang secara membuta-tuli. Jihad tidak bermaksud mengangkat senjata semata-mata, perundingan juga jalan jihad.. cuma jalan yang mahu kita pilih sahaja.. mahu yang amankah, atau ikut nafsukah?

——————————————————————————-

Merujuk kepada kenyataan Dr Rais itu lagi..

Saya berpendapat, talian hayat Anwar Ibrahim sudah tidak lama lagi.. berkemungkinan besar beliau akan ditahan dibawah akta ISA (sekiranya masih berdegil dan besar kepala) berdasarkan keterangan-keterangan berikut :

1.  Kenyataan Dr Rais mengaitkan Anwar dengan kepentingan dan matlamat Amerika di Malaysia.

2.  Amaran Timbalan Ketua Polis, Ismail Omar yang memberi amaran kepada pihak yang cuba berspekulasi dan membuat cerita peralihan kerajaan.

3.  Laporan polis terhadap Anwar telah dibuat oleh sekumpulan rakyat Malaysia di ibu pejabat polis George Town, yang menyatakan Anwar telah menimbulkan kegelisahan rakyat dan mewujudkan ketidak-stabilan di negara ini.

4.  Kenyataan Pak Lah yang menuduh Anwar sebagai ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

5.  Kenyataan Syed Hamid Albar yang akan memantau perkembangan semasa sebelum mengambil tindakan seterusnya terhadap Anwar.

6.  Penukaran portfolio Menteri Pertahanan kepada Pak Lah.. apabila sesuatu tindakan yang keras diambil terhadap Anwar, berkemungkinan besar Pak Lah akan menyerahkan kuasa PM kepada DS Najib dan meletakkan segala beban hasil tindakan tersebut kepada DS Najib kelak.

4 Responses to “Rais Yatim : Amerika pergunakan Anwar”

  1. Fazrul Says:

    Salam,

    Kalau betul kita sedang di perhatikan oleh dunia luar yang cuba melemahkan dan melumpuhkan ekonomi dan mengkucar-kacirkan kita.. lebih baik tak payah…

    Berdoa agar kita tetap aman damai…Selamat berbuka puasa…

  2. aberamly Says:

    CEKKA… TENTU ANUAR KATA NI FITNAH DAN KONSPIRASI. ABE HARAP DAPAT TUNJUK KERUGIAN SEBENAR YANG RAKYAT TANGGUNG AKIBAT TABIAT ANUAR NI. TUNJUK DI MANA DIA PERGI, APA PROTOKOL US YANG DIA BAWA, BERAPA BILLION BANTUAN DARI US DLL DAN APA PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN US, SERTA HUTANG YANG RAKYAT KENA BAYAR KEPADA ALONG NI NANTI. ABE PUN FEDUP SEBAB MAHATHIR DLL NAMPAK TAK SATU KEPALA. INILAH DULU SEBABNYA MELAKA JATUH 1511.

  3. webm Says:

    salam.. dan selamat berpose cekka..

    saya amat bersetuju kalau ISA dikena terhadap beliau kerana pergolakkan politik dan ekonomi kita telah terjejas disebabkan DSAI nak cari makan skrg ni punya lar susah.. ni pulak nak raya .. bukan anwar nak tabur duit dia yg berkoyan2 tu di tepi jalan…

    khabar angin telah melanda US berminat menukar Pengkalan Tentera mereka di Filipina atau menambah pengkalan tentera di Pulau Tioman kerana berhampiran dgn Singapore dan Taiwan. Kedua Majikan US yg membayar berbilion dolar setiap tahun utk menjaga kedua negara tersebut.

    kedua US berminat mndirikan Bank kepunyaan US yg akan dikuasai 100% oleh Yahudi itu ke Malysia sekiranya DSAI dapat menjadi PM kerajaan Langit ‘Ayah Pin’ .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: