Anwar Ibrahim menipu lagi..

September 20, 2008

Dalam sidang media yang diadakan oleh Anwar.. beliau menyatakan satu surat telah dihantar kepada Pak Lah, meminta peralihan kuasa dapat dilakukan secara licin dan aman. Selanjutnya.. beliau mendedahkan senarai MP yang berpihak kepada PR sudah ada dan disaksikan oleh oleh ahli-ahli PAS sendiri.

Berikut adalah surat dari Pakatan Rakyat kepada kerajaan, yang saya perolehi dari [Pink Turtle]..

Sementara itu.. melalui sumber berita Harakah Daily pada 18 Sept, senarai MP itu ada ditunjukkan kepada Setiausaha Agung Pas, Dr Hatta.. tetapi senarai itu tidak mempunyai nama hanya dinyatakan bilangan MP mengikut negeri dan parti yang diwakili mereka.

Menurut mereka lagi.. MP-MP itu kebanyakkannya dari Sabah dan Sarawak yang beragama Islam, MCA dan MIC.

1.  Kesimpulan pertama saya terhadap surat tersebut ialah.. “Kepala Hotak Hang, Anwar !” Surat ini bukannya meminta peralihan kuasa secara aman, ini surat budak sekolah kepada cikgunya bahawa dia tidak dapat datang sekolah kerana cirit-birit..

2.  Kalau Pak Lah tidak mahu berjumpa dengannya berdasarkan surat ini.. saya setuju dengan kata-kata Pak Lah, perjumpaan itu akan diputar-belitkan nanti oleh Anwar. Satu keputusan yang tepat..

3.  Berdasarkan senarai nama yang ditunjuk.. senarai tersebut sememangnya meragukan. Dengan kata lain, sekadar penyedap hati kepada parti komponen Pakatan Rakyat.. lebih-lebih lagi senarai tersebut disaksikan ahli PAS pada peringkat eksekutif sahaja.

4.  Secara logiknya.. sekiranya senarai lengkap sudah ada, Nik Aziz dan Hj Hadi akan berada lebih kerap dengan Anwar sekarang.. kerana bukti sahih dan jelas telah ada. Mereka akan lebih ‘excited’ kerana saat-saatnya hampir tiba. Hj Hadi masih membisu, manakala Nik Aziz masih dengan ‘lagu lamanya’..

5.  Pada pendapat saya.. Anwar cuba meyakinkan parti-parti komponennya dengan ‘gimik’ senarai yang sengaja diada-adakan.. agar parti komponen tidak berasa kecewa dan masih percaya mereka ‘on-track’. Sidang media diadakan agar penyokong tidak resah dan agar penyokong mereka masih menaruh harapan..

6.  Sidang parlimen dijadikan alasan agar Pak Lah dilihat sebagai penakut dan tidak mahu menerima kenyataan.. seterusnya menimbulkan persepsi masyarakat bahawa peralihan kerajaan hampir berlaku. Secara logiknya.. permintaan tersebut hampir mustahil untuk diterima oleh kerajaan, perkara yang sama juga terpakai sekiranya Anwar berada ditempat Pak Lah sekarang.. Anwar menyedari hal tersebut agak mustahil berlaku tetapi terus-menerus mendesak kerana pelbagai kesan negatif rentetan dari penolakan kerajaan boleh menguntungkan beliau selepas itu..

7.  Pakatan Rakyat berkeras mahu berjumpa YDP Agung, adakah logik YDP Agung mahu memperkenankan sebarang bantahan atau memorandum tanpa merujuk terlebih dahulu PM yang ‘sah’?.. Walaupun Agung tidak suka kepada kerajaan sekarang sekalipun.. Agung masih terikat dengan protokol dan perundangan eksekutif yang sedia ada. YDP akan meminta nasihat dan pandangan dari PM yang ‘sah’ terlebih dahulu. Adakah Pak Lah mahu menasihati Agung agar tuntutan dari pihak yang mahu menjatuhkannya diteruskan?.. sudah tentu tidak !

8.  Sekiranya perkenan Agung tidak diperolehi.. pelbagai tuduhan akan dilemparkan kembali kepada parti yang memerintah, sabotaj lah.. korup lah.. tidak gentleman lah.. Seterusnya, membina persepsi dan ketidak-percayaan masyarakat secara berterusan kepada kerajaan.. Perhatian masyarakat terhadap kegagalan propaganda 16 Sept itu akan dialihkan kepada perhatian terhadap halangan dan sabotaj dari kerajaan pula.. masyarakat akan melupai isu 16 Sept..

9.  Mengapa perlu tunggu sampai 23 Sept? Bukankah keesokan harinya kesnya akan disebut di mahkamah? Secara logiknya.. Anwar sepatutnya jadi PM seberapa segera yang boleh, agar kesnya itu dapat ditarik balik atau dibekukan buat sementara waktu.. sekurang-kurangnya selepas pilihanraya baru diadakan. Kalau beliau jadi PM lagi senang.. kes tersebut akan digugurkan kerana ianya hanya konspirasi kerajaan. Bukankah begitu?

9.  Persepsi negatif semacam ini amat diperlukan Anwar, memandangkan kesnya akan disebut 24 Sept ini.. Sekiranya masyarakat diselubungi emosi, dendam dan rasa tidak percaya yang meluap-luap terhadap kerajaan, masyarakat akan membantah atau mungkin juga merusuh sekiranya Anwar didapati bersalah dalam mahkamah.

10.  Secara peribadi, saya berpendapat talian hayat Anwar tidak lama.. sekiranya terus mendendangkan ‘lagu-lagu’ sebegini. Samada akan ditahan polis sekali lagi ataupun kepercayaan masyarakat akan terus merudum. Lebih elok beliau membina reputasi secara berkala.. dengan menjadi ketua pembangkang yang berkesan pada masa ini dan bertanding secara gentleman dalam PRU 13 nanti.. Peluangnya lebih cerah sekiranya menunggu pilihanraya umum yang berikutnya.

11.  Lebih lama Anwar menjadi pembangkang.. maka lebih banyaklah keuntungan kepada rakyat. Sudah tentu BN akan menabur pelbagai ‘gula-gula’ kepada rakyat agar kembali menyokong mereka. Rakyat akan dapat menilai prestasi beliau sebagai ahli politik yang berkaliber ataupun kerajaan kah yang lebih berkaliber.. Tidak tahulah.. kalau-kalau Anwar sudah dijanjikan ‘gula-gula’ oleh pihak tertentu di luar dari Malaysia sekiranya menjadi PM seberapa cepat yang boleh..

6 Responses to “Anwar Ibrahim menipu lagi..”

  1. Zahar Says:

    Ya tetapi ingat. Walaupun dia dituduh pembohong, dia tak gila!

    Kenapa belum ada T-shirt dengan ungkapan hikmah itu, ya? Kalau ada, saya nak beli tujuh. Keluarga besar lah katakan.

    Agar dapat menunjukkan semangat solidariti bersama Brother Anwar yang kami juga tidak gila.

  2. Fazrul Says:

    Salam,

    Entah lah apa nak jadi sekarang ni.. lepas satu-satu.. hee…

    Salam mesra….

  3. SRI JAL Says:

    AKU SERONOK DENGAR AL HIKAYAT SI ANUAR NIE. SEKURANG-KURANGNYA ADALAH BENDA YANG HANGAT YANG NAK DIBACA DI LAMAN-LAMAN BLOG YG PRO OR ANTI DIA. APA PUN DIA MEMANG TAK LAYAK NAK JADI PM.AKU SANGAT YAKIN PASAL NIE…KALAU DIA JADI PM JUGA….AKU LARI BAWA BENDERA PKR SEKELILING KAMPUNG….SEBAB ORANG KAT KAMPUNG AKU SEMUA TAKSUB DENGAN DIA…AKU DAN BEBERAPA AHLI KELUARGA AKU. AKU PUN KENA BELAKON JUGALAA, NANTI JALAN DEPAN RUMAH AKU TAK BERTURAP PULAK, TIANG LEKTRIK TAK ADA LAMPU LAK, DUIT BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN TAK DAPAT PULAK, SUBSIDI AIR TAK DAPAT JUJAK…NAK HIDUP KENALA A BERLAKON……KALAU DIA JADI PM INGAT DIA TAKPILIH BULU JUGA KE ….ENTAH-ENTAH LEBIH TERUNK LAGI…..AKU YANG TAK SETUJU DENGAN DIA SEBAB……DIA PEROSAK BANGSA, BERSEKONGKOL DENGAN AMERIKA/YAHUDI YANG DAH BANYAK MENYUSAHKAN ORANG ISLAM….TAPI ORANG KG AKU , MACAM AMAN JUGA, MEREKA TAK KISAH…..APA NUAR BUAT SEMUANYA BETUL…KERAJAAN SEMUANYA TAK BETUL….KALAU TUHAN TURUN BALA KAT MALAYSIA NIE MACAM NASIB ORG BOSNIA, IRAQ BARU LAH AGAKNYA PENYOKONG ANUAR NIE KISAH…..ALKISAHNYA……

  4. webm Says:

    dia tak gilee tp bikin kami semua jd giler dan papa kedanee…

  5. wmz Says:

    hahaha..memang kepala hotak hang lah anwar…hantar surat mcm surat mak bapak taip untuk anak dia buat apa2 alsan bagi kat cikgu kelas….pengkhianat bangsa nih x reti dok diam ke???dok diam lah kat umah jaga jijah tuh jaga anak2 lagi elok dari dok berkokok menipu sana sini…manjang je nak menipu…nak gak jadi pm tuh..weiii anwar,ko sedarlah sapa diri ko tuh..layak ke pengkhianat mcm ko nak jadi pemimpin???sekrang kalau ko ckp ko ramai penyokong,ok fine tp seberapa ramai pon yg menjilat pungkoq hang tuh blom tentu hang dpt pegang malaysia lagi.Kenapalh makhluk mcm nih x reti2 nak insaf??tak takut balasan Allah ker?

  6. Fisabilillah Says:

    Assalamualaikum wbt,

    Pertama sekali saya merasa orang-orang yang menyokong Anwar ni terlampau taksub. Soal bangsa saya tidak kisah tapi kalau melibatkan kesucian agama Islam saya sanggup berjuang dan mati syahid. Ingatlah saudara-saudara sekalian terutama ahli-ahli PAS amnya dan pemimpin2 PAS khususnya. Ingat semula perjuangan asal kita di dunia ini. Perjuangan kita menegakkan agama Allah. Ingat dari mana kita datang dan kemana kita akan kembali. Allah tak akan tanya parti politik mana yang kita sertai. Daripada mengagungkan Anwar Ibrahim baiklah saudara-saudara berselawat ke atas Nabi SAW yang akan memberikan syafaat kepada kita umatnya. Anwar Ibrahim tak dapat berikan syafaat di akhirat. Jangan agungkan dunia kerna dunia sementara saja. PAS boleh berdiri sendiri tanpa Anwar Ibrahim yang parti keadilannya hanya bersifat sementara. Ingat saudara-saudaraku pesanan Nabi SAW.

    Bacalah sirah Nabi betapa pentingnya umat Islam mempunyai dan memrintah negara sendiri. Jika umat Islam tidak menjadi kerajaan, bagaimana kita hendak menjalankan perintah Allah, undang-undang Allah dengan sebenar-benarnya.

    Ingat dulu Raja Habshah pernah menawarkan kepada Nabi SAW untuk tinggal di Habsyah namun ditolak Nabi SAW kerana jika setakat menumpang di sebuah negara yang rajanya kristian bagaimana Nabi SAW hendak menjalankan kerja-kerja dakwah dengan sepenuhnya. Sebab itu dengan usaha Nabi SAW dan sahabat akhirnya Baginda berjaya menubuhkan Madinah dan ianya negara berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Saudara-saudara seagamaku, ingatlah kita ini di akhir zaman. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bersama kita menuju ke arah negara Islam. Ianya tidak mustahil kerana di Madinah ketika zaman Nabi SAW juga terdapat orang kafir yang hidup di bawah pemerintahan Islam.

    Jadilah orang Islam yang beriman dan bertakwa. Jadilah contoh teladan yang baik. Terangkan dan tunjukkan keindahan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Berusahalah sedaya upaya kerana bila kita sudah dikafankan ianya sudah terlamabat untuk membetulkan keadaan.

    Bersatu di bawah panji-panji “Lailahailallah Muhammad Rasulullah”

    Assalamualaikum wbt
    (alqudz9@yahoo.com)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: