Pak Lah beri amaran kepada Anwar..

September 18, 2008

Hari ini kita dikejutkan pula dengan pertukaran jawatan diantara Pak Lah dan DS Najib.. Pak Lah telah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan manakala Kementerian Kewangan telah berada dibawah kuasa DS Najib. Pertukaran jawatan tersebut berkuat-kuasa serta merta.

Ada dua persoalan yang menarik disini berhubung peristiwa tersebut..

Mengapa pertukaran jawatan itu berlaku secara tergesa-gesa? ..dan kenapa Pak Lah mahu jawatan Menteri Pertahanan?

Pada pendapat saya..

1.  Pak Lah berkemungkinan besar mahu bersara awal.. tetapi dengan cara yang terhormat dan mahu dilihat berundur bukan kerana tekanan dari orang politik dan rakyat. Adakah Pak Lah mahu dilihat sebagai pemimpin yang gagal? ..dan apakah Pak Lah mahu dilihat sebagai PM pertama yang berjaya digulingkan? .. sudah tentu tidak ! Pak Lah pun mahu jaga ‘air muka’nya..

2.  Jawatan Menteri Kewangan adalah satu jawatan yang amat berpengaruh dalam kerajaan dan menjadi idaman politikus, ini merupakan ‘gula-gula’ kepada DS Najib agar tidak terus-menerus bersubahat dengan kem Dr Mahathir dalam memberi tekanan kepada beliau.

3.  Sekiranya DS Najib berjaya ‘dineutralkan’ dengan jawatan tersebut, tekanan dari kem Najib kepada dirinya akan berkurangan.. seterusnya memberi ruang kepada Khairy untuk menempatkan dirinya dalam persada politik.

4.  Adalah diakui, terdapat dua kem utama dalam politik UMNO.. iaitu ahli politik yang pro kepada Khairy dan ahli politik yang cenderung kepada Najib. Sekiranya DS Najib memberi ruang kepada Khairy, secara timbal-baliknya.. Khairy akan menolong DS Najib dalam peralihan kuasa nanti. Ini akan mewujudkan situasi ‘menang-menang’ sesama mereka, seterusnya berjaya menyerap tekanan dari kem Dr Mahathir.

5.  Secara tidak langsung.. beban persoalan ekonomi berjaya dialihkan kepada DS Najib. Sekiranya BN dilihat gagal menguruskan ekonomi negara, rakyat akan menuding jari kepada DS Najib dan Pak Lah berjaya mengalihkan perhatian rakyat di atas kelemahannya sebelum ini. Sekiranya DS Najib gagal.. beliau akan menjadi ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan.

6.  Rakyat mengakui.. Anwar dibebaskan atas ihsan Pak Lah setelah diyakinkan oleh Khairy akan kelebihan politik yang akan memihak kepada Pak Lah. Bagaimana pun.. Anwar telah mengkhianati pertolongan dari Pak Lah, malahan mengigit pula betis Pak Lah. Seolah-olah melepaskan ‘anjing yang tersepit’.. Hal ini benar-benar mengecewakan Pak Lah.

7.  Sekiranya diamati pandangan Pak Lah terhadap Anwar.. yang dianggap punca ketidak-stabilan politik dan ekonomi, Anwar boleh dikenakan tindakan ISA ataupun didakwa dibawah Akta Hasutan. Dengan kapasitinya sebagai PM dan Menteri Pertahanan.. Pak Lah boleh menasihati YDP Agung, bersandarkan maklumat risikan pihak tentera, agar Anwar wajar dikenakan tindakan.

8.  Dengan memegang portfolio Menteri Pertahanan, secara tidak langsung Pak Lah mempunyai lebih akses kepada agensi-agensi keselamatan negara terutamanya pihak tentera. Pak Lah boleh mengagalkan rancangan Anwar untuk mengambil-alih kuasa dengan menasihati YDP Agung agar parlimen dibubarkan atau perintah darurat dikeluarkan. Sekurang-kurangnya Malaysia perlu mengadakan semula pilihanraya umum..

9.  Dengan kata lain, Pak Lah sedaya-upaya akan menyekat impian Anwar.. yang banyak menyusahkannya. Pak Lah boleh membalas kembali perbuatan Anwar yang khianat kepada dirinya sebelum ini.

10. Sekiranya tangkapan terhadap Anwar dibuat secara tergesa-gesa.. di atas kapasitinya sebagai ahli parlimen pembangkang, Malaysia mungkin menerima ancaman dan kecaman dari Amerika, yang sememangnya menyokong Anwar. Perkara ini boleh menjadi alasan kepada Amerika untuk campur-tangan dan ini boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia.

11.  Paling tidak.. Anwar harus disabitkan kesalahan mengikut undang-undang dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Melalui cara ini, Anwar akan dihukum mengikut lunas-lunas perundangan antarabangsa.. seterusnya mematikan hujah negara asing untuk cuba campur-tangan dalam hal dalaman Malaysia. Paling hampir ialah 24 Sept ini.. dimana kes liwat Anwar akan dibicarakan.

12.  Sekiranya diperhatikan arahan terhadap tentera.. yang membekukan cuti dan diarahkan ‘stand-by’ dalam kem, kemungkinan besar Anwar akan disabitkan kesalahan oleh mahkamah sekali lagi, dan pihak tentera akan bersiap sedia sekiranya berlaku rusuhan atau huru-hara dalam negara kesan dari proses mahkamah tersebut.

13.  Sekiranya Anwar terus berdegil.. Anwar akan mengalami nasib yang sama seperti tahun 1998, terpulanglah kepada dirinya samada mahu dipenjarakan sekali lagi atau masih mahu dengan sikap besar kepalanya..

14.  Oleh itu.. pada pandangan saya, lebih elok kalau Anwar lupakan saja hasratnya itu. Lebih baik sekiranya beliau memperkuatkan ikatan sesama parti dalam Pakatan Rakyat, ..menjadi pembangkang yang berkesan dan menerima mandat rakyat secara ‘gentleman’ dalam PRU 13. Pepatah melayu ada mengatakan.. “Orang tamak selalu rugi”.

2 Responses to “Pak Lah beri amaran kepada Anwar..”

  1. Fazrul Says:

    Salam Tuan,

    Apa motif sebalik simbolik penukaran ini..?

    salam mesra,

  2. cekka Says:

    Salam Fazrul,
    Pada pandangan saya.. tindakan ini mempunyai 3 objektif :

    1) Berundur secara terhormat secara beransur-ansur, dengan memberi lebih beban pemerintahan kepada DS Najib.

    2) Mengekang asakan Dr Mahathir & The Gang

    3) Mengajar Anwar yang kurang ajar.. Walaupun Pak Lah ini lembik, beliau tidak bodoh dan mempunyai prinsip dan maruah diri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: