Din Merican : Nyamuk seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak

September 18, 2008

MALAYSIAN STYLE : BLAME SOMEONE ELSE FOR YOUR INCOMPETENCE

“After 51 years of independence, we have reached a stage where we blame someone else when we are incompetent. The incumbent Prime Minister in his wisdom has decided to make Anwar Ibrahim in particular the scapegoat for all the problems he himself created for our country during nearly 5 years of his administration…” baca artikel [Din Merican] seterusnya.

Saya tergelak sendirian apabila membaca artikel dari beliau.. minta maaflah YB Din Merican, saya hormati dan kagumi kebijaksanaan YB.. tetapi saya rasa kenyataan tersebut sebenarnya tempiasnya juga terkena kepada tuan..

Merujuk kepada artikel itu.. YB Din Merican menyelar Pak Lah dan BN secara amnya kerana menuduh DS Anwar adalah punca kepada ketidak-stabilan politik dan ekonomi negara. Anwar Ibrahim dijadikan ‘kambing hitam’ oleh BN untuk menafikan kegagalan BN memerintah.

Kah..Kah..Kah.. Opps.. Saya ketawa lagi, maafkan saya YB..

Nampak gayanya.. tuduhan itu juga terpalit ke muka sendiri :

1)  Kenapa hendak menyalahkan kerajaan kerana gagal mengambil-alih pemerintahan pada 16 Sept.. kenapa hendak menyalahkan BN kerana membawa lari YB-YB mereka? BN dijadikan ‘kambing hitam’ kerana PR gagal mendapatkan MP-MP tersebut, yang dipercayai punca utama mereka gagal menepati ‘date line’.. walaupun telah diburu oleh 5 orang wakil PKR. Kalau mereka dah bersedia, tak perlulah lagi hendak menyalahkan BN.

2)  Kenapa pula hendak menyalahkan kerajaan sekiranya kes Anwar dibawa ke mahkamah? Kenapa BN pula jadi ‘kambing hitam’ gara-gara kes Anwar disebut ke mahkamah? Kenapa pula BN dituduh berkonspirasi dengan mahkamah? Kalau dah memang ada laporan polis.. kenalah siasat, BN pula yang dituduh..

3)  Kenapa pula hendak menyalahkan kerajaan kalau Panglima ATM memberi teguran? Kenapa pula BN jadi ‘kambing hitam’ gara-gara peristiwa itu.. padahal ATM dibawah kuasa YDP Agung? BN pula dituduh menggunakan tentera..

4)  Kenapa pula BN dituduh memainkan isu perkauman padahal Pakatan Rakyat sendiri yang menganjurkan pelbagai protes dan demonstrasi jalanan? Kenapa pula PR ‘menghalalkan’ protes Hindraf.. perhimpunan Bersih.. perhimpunan Protes.. perhimpunan Bar Council.. kenyataan perkauman Lim Kit Siang dan Teresa Kok? Kenapa pula BN perlu jadi ‘kambing hitam’ diatas huru-hara rakyat melalui perhimpunan tajaan Pakatan Rakyat..

5)  Lagi dan lagi…

p/s : Inilah cara Malaysia.. kata Din Merican. Barangkali beliau bukan orang Malaysia.. kalau beliau mengaku anak Malaysia, dia tidak berkata begitu.. beliau akan kata INILAH CARA BN. Opps.. saya terlupa anak beliau pun dihantar belajar ke luar negara, study di Malaysia ‘low-class’..

Din Merican orang kuat Anwar, Pengarah Program PKR.. mestilah sokong Anwar, kalau PR menang.. YB mesti jadi Menteri Kabinet. Memanglah rakyat Malaysia bodoh.. sebab YB banyak merantau diluar, pergi US.. Perancis.. dapat biasiswa Bank Negara untuk belajar di Washington, dapat pergi ke Perancis semasa bekerja dengan Sime Darby.. mana boleh nak hantuk dengan kami ini.. yang belajar kat kampung.

Benarlah kata orang.. kalau hati dah benci, tangan dihulur untuk bersalam ditepis begitu sahaja.. Diberi bunga, dibalasnya dengan tahi. YB janganlah kecewa.. masa masih ada lagi, berilah sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar.. “Usaha Tangga Kejayaan”.

Secara peribadi.. saya juga tidak bersetuju dengan BN dalam banyak hal, tetapi tidaklah sampai menuduh BN membabi-buta dan tenggelam dalam taksub kebencian kepada BN.. Sekurang-kurangnya saya berterima kasih kepada BN kerana saya masih berpeluang untuk mendapatkan ijazah walaupun saya miskin..

3 Responses to “Din Merican : Nyamuk seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak”

  1. Fazrul Says:

    Salam,

    Jangan salahkan sesiapa jiga kita gagal dalam sesuatu perkara.. salahkan diri sendiri hendaknya…

    Wasalam,


  2. Cekka,

    Inilah ciri-ciri orang yang tidak mengenang budi.

  3. eiz235 Says:

    Salam, apa beza parti politik dan kerajaan? Adakah kita yang rata rata miskin dapat melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar negeri patut berterimakasih kepada kerajaan atau parti pemerintah?

    Saya kesal saudara dan ramai masyarakat Malaysia yang menghina mereka mereka yang tidak menyokong BN seperti kufar.

    Kerajaan hari ini mestilah mantap untuk menerima sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya untuk menerajui negara. Jangan pula seperti setengah tengah kementerian yang jelas seperti menjadi cawangan UMNO seperti SPR, MACC, Polis dll.

    Kita perlu menjadi sebuah negara yang kuat dan bermaruah. Jika Demokrat menang, Republikan menggunakan masa tidak memerintah untuk mengkaji semula stategi mereka untuk pilihan raya presiden 4 tahun lagi.

    Malaysian seperti taksub dengan BN, sehingga tidak dapat membezakan basic fundamental di dalam politik. Kita masih tidak matang, jangan ingat setakat ada menara tertinggi, lubuk terdalam, kita maju.

    Din Merican kalau saudara tahu bukan lah YB, atau inginkan jawatan didalam usia menjangkau 70puluhan.

    Beliau dahulu pun taksub dengan Mahathir tetapi, dengan izin Allah, beliau melihat kepincangan didalam negara kita.

    Jika kita ingin maju, kita perlulah berhijrah “minda” dan bukan mengambil peluang mengata sepertimana i) tidak mengenang budi? budi siapa? jika sepanjang karier beliau dengan Wisma Putra, Bank Negara dan Sime Darby , Malaysia tidak pernah mempunyai pemimpin yang berani mengambil wang dari KWSP, Petronas dan melingkupkan bank bank seperti Bank Bumiputra dan Sime Bank sepeti ‘piggy bank’ mereka di dalam UMNO.

    Jika beliau hanya berduduk diam sahaja, saudara , kawan kawan saudara dan saya masih terbelenggu dengan dakyah karut. Kita perlu check n balance didalam menerajui negara. Pada kadar yang kita lalui SEKARANG, insyallah kita akan menjadi seperti negara Zimbabwe.

    Indonesia juga sudah jemu dengan pemimpin korup dan tidak boleh di persoalkan, mereka mungkin lebih maju dari kita dalam 20 tahun akan datang. 30 tahun lalu, Malaysia seiring dengan Korea Selatan , Singapura dan Taiwan… tetapi dimana kita sekarang??

    Saudara berasal dari negeri minyak , Terengganu, apa sudah jadi kepada duit minyak? Adakah Terengganu maju seperti Brunei atau Dubai? tahap kemiskinan di negeri saudara masih tinggi…. lihatlah dan pandanglah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: