16 Sept : Kenapa Anwar berdolak-dalik?

September 18, 2008

Sepatutnya.. 2 hari yang lepas, iaitu pada 16 Sept, rakyat Malaysia telahpun mendapat kerajaan baru. Tetapi, impian tersebut nampaknya masih belum kesampaian..

Saya bersimpati dengan Anwar Ibrahim, Din Merican, Harris Ibrahim dan Susan Loone.. mereka-mereka ini bekerja keras kearah reformasi, nampaknya.. rezeki belum memihak kepada mereka. Bagaimana pun.. pujian harus diberikan kepada mereka kerana tidak kenal erti putus asa.

Kalau dihitung.. pada malam 16 Sept itu, dalam majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya.. Anwar sepatutnya telah mengumumkan kerajaan barunya dan penyokong-penyokongnya sudah boleh berpesta sampai kepagi hari.

Alangkah hampanya harapan rakyat dipersia-siakan pada malam itu.. dan mereka diajak pula dalam keghairahan untuk mendengar pengumuman Anwar dalam sidang media pada keesokkan harinya. Tetapi jawapan yang sama diperolehi.. masih belum ada kerajaan baru.

Secara logiknya.. sekiranya jumlah MP yang melompat sudah mencukupi, barisan pemimpin pembangkang sudah tentu akan berbaris panjang di belakang Anwar sebagai tanda meraikan kemenangan mereka.. begitu juga dalam sidang media pada hari berikutnya.

Sepatutnya TG Nik Aziz sudah berada disisi Anwar pada malam itu.. kerana TG Nik Aziz lah orang yang paling membenci BN, tetapi hanya kelibat Husam Musa yang kelihatan.. mana perginya Hj Hadi dan Nik Aziz?

Atau.. adakah mereka mengarahkan MP-MP yang melompat ini agar menyokong Pakatan Rakyat sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang parlimen oktober nanti? ..atau adakah doa TG Nik Aziz sudah tidak mustajab lagi?

Tidakkah realiti ini telah membenarkan analisa YB Dato’ Mustafa Ali ? ..yang mengatakan kerajaan baru perlu melibatkan soal-soal teknikal terlebih dahulu sebelum menjadi kenyataan? Siapakah sepatutnya yang malu sekarang? Yang nyata.. muka Anwar, TG Nik Aziz dan Husam Musa sudah kelihatan merah-merah, tersenyum tawar-hambar dan mata kelihatan berpinar-pinar..

Sekiranya masih memerlukan sidang parlimen.. nampak gayanya jalan masih berliku dan panjang untuk rakyat memperolehi kerajaan baru..

—————————————————————————–

Anwar tidak menunggu lama sekiranya keadaan sudah memihak kepadanya.. bukankah Anwar seorang yang cergas dan bersegera dalam tindakannya? ..Anwar tidak boleh menunggu lama-lama..

Surat kepada PM hanya sebagai menutup malunya.. alangkah kelakarnya alasan Anwar mahu perubahan pemerintahan secara aman dan tidak huru-hara. Alangkah lucunya Anwar mahu mengertak Pak Lah.. MP yang melompat adalah sah disisi undang-undang walaupun tidak bermoral. Sekiranya Sidang Parlimen tidak diperlukan, Pakatan Rakyat boleh memaksa Pak Lah untuk turun serta-merta.

YDP Agung hanya boleh menerima nasihat PM yang ‘sah’.. Anwar tidak perlu lagi meminta persetujuan Pak Lah, Anwar boleh terus sahaja menghadap YDP Agung.. Kalau tidak, Sidang Parlimen diperlukan untuk menerima PM baru yang ‘sah’ .. seterusnya menasihati YDP Agung keatas apa-apa tindakan seterusnya.

Sekiranya Pak Lah sudah digulingkan.. apa perlunya lagi Pak Lah? Kalau sudah jadi PM yang ‘sah’.. tidak perlu lagi 2 minggu, esok harinya PM yang baru sudah mempunyai kuasa keatas polis dan tentera.. PM baru ini boleh mengarahkan mereka agar mengawal keadaan agar tidak huru-hara..

——————————————————————————–

Sebenarnya.. Anwar cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan keadaan Pak Lah yang tersepit dengan asakan Dr Mahathir dan desakan ahli-ahli UMNO. Adakah Pak Lah mahu memberi peluang pemerintahan secara mudah kepada Anwar?

Anwar sengaja melanjutkan tempoh masa, kerana MP ini sebenarnya belum cukup.. kalau tidak, mengapa SAPP tidak masuk terus dalam PKR walaupun sudah keluar BN? Nampak sangat SAPP sendiri masih ragu-ragu dengan PR dengan ‘berdiri diatas pagar’ dan mahu melihat perkembangan semasa terlebih dahulu..

Malahan Anwar sendiri tidak yakin bilangan MP yang ada pada Pakatan Rakyat, setelah mengambil kira situasi semasa Teresa Kok, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan sebilangan YB PAS yang mengambil sikap berhati-hati kepada beliau.. berkemungkinan besar Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan YB-YB PAS sebaliknya akan melompat pula kepada BN..

Anwar menimbulkan ‘chaos’ agar satu perasaan gundah-gulana dapat diterapkan kedalam sanubari YB-YB BN.. ‘chaos’ ini diadakan agar YB-YB BN beranggapan BN sudah ditolak, dan melompat masuk kepada PR untuk bergayut pada dahan yang baru.. lebih masa yang diberikan kepada strategi ‘chaos’, lebih besarlah peluang YB-YB BN untuk tidak tetap pendirian dan teragak-agak.

Sebenarnya.. lebih masa Anwar gunakan untuk ‘chaos’, lebih besarlah peluang untuk BN untuk bersatu dan menyerang balik Anwar.. lebih besar peluang rakyat untuk menilai kredibiliti Anwar itu sendiri.

——————————————————————————

Samada Anwar memerlukan lebih masa sementara menunggu sidang parlimen atau memerlukan lebih masa untuk memujuk YB-YB BN.. terpulanglah kepada pandangan masing-masing..

Dengan kes liwatnya yang akan disebut dalam mahkamah pada 24 Sept ini.. Anwar sebenarnya tiada masa untuk bermain-main lagi, Anwar kena bertindak sekarang atau lebih banyak masa akan dihabiskan dalam mahkamah nanti.. Anwar sudah nampak situasinya kearah itu, Anwar mengheret masa agar bersesuaian dengan tarikh beliau akan dibicarakan.

Sekiranya disabitkan salah oleh mahkamah nanti.. alasannya mudah, ini konspirasi kerajaan untuk menghalang beliau dari menjadi PM.. kerana telah mendapat mandat dari MP yang melompat dan rakyat.. Seterusnya beliau berharap agar rakyat merusuh dan campur-tangan dari Amerika.. sudah tentu Amerika akan mengecam tindakan mahkamah ini nanti.

Terpulanglah kepada pandangan dan analisa masing-masing.. ini hanyalah pandangan diri saya yang jahil dan cacar-merba.

4 Responses to “16 Sept : Kenapa Anwar berdolak-dalik?”

  1. Piggy Singh Says:

    Salam Cekka,

    Nuar punya pasal, haru-biru PAS dibuatnya. Ahli PAS yang berkiblatkan Anwar mula menghina dan mencaci pandangan Mustapha Ali, walaupun pada hakikat itulah sebenarnya realiti. Mereka lebih rela berilusi daripada berdepan dengan kebenaran hakiki. Dek Nuar punya pukulan PAS pun jadi hilang punca dan haluan.

    Kini perpecahan dalam PAS is an open secret. Team Ardogan yang diterajui Husam Musa, Kamaruddin Jaafar dan Hatta Ramli adalah pendokong misi Anwar untuk mengambil alih kerajaan, walaupun terpaksa menggadai perjuangan parti setelah mereka termakan janji. Team pro ulamak pula meragui kesungguhan Anwar dalam menegakkan perjuangan yang PAS anjurkan.

    Pendek kata, bila masuk je Nuar, huru-hara la jadinya.

    Wassalam.

  2. ijam Says:

    aper ko merepek ni haaaaaaaaa.

    Semoga perjuangan DSAI dan PR diberkati Allah swt.
    Amin.

  3. khair Says:

    kepada ijam,
    ko tau kata org merepek, tapi anuar merepek sampai haru biru ko tak nampak,, jgn nanti dah hangus semua baru nak menyesal.. tak ada guna dah..

  4. FXSpec Says:

    Hahahah….daripada merepek-repek, baik makan kerepek…Selamat hari raya!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: