Rakyat Sabah, Sarawak kata Anwar bohong !!

September 17, 2008

Umum mengetahui bahawa YB Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan Anwar, agar melompat masuk kedalam PKR..

Tetapi hakikatnya, rakyat Sabah dan Sarawak bukan bodoh..

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan kepada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung dan rakyat pribumi Sabah dan Sarawak. Orang Asli dan rakyat Sabah serta Sarawak lebih dikenali sebagai bumiputera.

Dengan perjuangan Anwar untuk memberi taraf hak sama rata kepada semua kaum, adakah mereka fikir Anwar tidak akan menggangu gugat kepentingan mereka di negeri Sabah dan Sarawak?

Kerana itulah rakyat Sabah, Sarawak sudah mengatakan Anwar sememangnya kaki temberang..

BOHONG !

1.  Apa yang rakyat Malaysia Timur mahukan ialah pengiktirafan terhadap Sabah dan Sarawak, yang bersatu dengan Tanah Melayu membentuk negara Malaysia pada tahun 1963.

2.  Mereka juga tidak mahu BN (yang dimonopoli oleh Melayu) cuba menjadi tuan dinegeri mereka. Kaum Kadazan bukan kaum Melayu.. Kaum Iban bukan kaum Melayu.. Inilah beza bumiputera antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak. Sama tapi tidak serupa..

Perlembagaan Malaysia telah memberi kuasa kepada YDP Agung untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera Sabah, Sarawak. Sebarang perubahan dalam perlembagaan hendaklah dipersetujui oleh YDP Agung terlebih dahulu, itupun selepas menerima nasihat dari Ketua Hakim Negara dan PM terlebih dahulu..

Pokok perjuangan Anwar ialah memperjuangkan negara demokrasi secara total.. demokrasi secara total bermaksud negara itu harus menjadi negara republik dimana raja-raja tidak mempunyai apa-apa fungsi dalam negara. Contoh negara demokrasi total yang terbaik ialah Amerika.. Amerika mana ada raja? ..yang ada hanyalah Presiden.

Adakah Raja-Raja mahu menyokong sebarang perubahan keatas status-quo mereka? Adakah raja-raja yang berketurunan Cina dan India di Malaysia? Adakah Yang di-Pertua Sabah, Sarawak berketurunan Cina dan India?

Yang mahukan Anwar ialah rakyat Cina dan India (yang berasa menerima layanan tidak adil),  Melayu yang berpaksikan Amerika (kononnya sudah berasa cerdik) dan Melayu yang tidak mahu menerima institusi di-raja..

Kalau anda sememangnya Melayu yang suka cara hidup Amerika.. mohon sajalah jadi warganegara Amerika, kerana anda malu untuk mengaku anda anak Malaysia. Perkara yang sama juga terpakai kepada Melayu yang tidak suka kepada raja-raja dan YDP Agung..

Kaum Cina dan India, walaupun bukan rakyat pribumi.. diberikan taraf kewarganegaraan. Mengikut Perlembagaan, mereka bebas menganuti agama masing-masing.. bebas bertutur bahasa masing-masing.. bebas mencari duit sebagaimana orang lain..

Dasar negara yang sedia ada sudah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk mengamalkan budaya mereka.. tetapi, yang menjadi masalahnya ialah orang-orang politik yang mengaut untung peribadi dengan berselindung disebalik dasar-dasar ini..

Ini salah satu punca utama pemimpin-pemimpin UMNO dibenci rakyat secara keseluruhannya.. Secara peribadi, UMNO harus dijenamakan semula.. atau UMNO harus lebih menghayati Islam. Dasar negara tidak bersalah.. yang bersalah ialah tangan-tangan kotor yang memegang dasar itu.

Dan bagaimana hendak menyokong Anwar sekiranya pokok perjuangan beliau dari awal lagi sudah tersasar dari Perlembagaan Malaysia?

Yang menyokong Anwar disana ialah YB Sabah,Sarawak yang mewakili kaum Cina, kaum India, warganegara Sabah, Sarawak yang ada pertalian keturunan dengan Kalimantan, Indonesia dan Filipina.. yang bukan rakyat pribumi Sabah dan Sarawak. Berapakah nisbah mereka ini berbanding penduduk pribumi Sabah dan Sarawak?

Rakyat Sabah dan Sarawak akan jadi anti-BN sekiranya Melayu mahu menjadi tuan dinegeri mereka.. Dan adakah mereka mahu Anwar menjadi tuan di negeri mereka? ..atau membiarkan menteri-menteri proksi Anwar yang bukan rakyat pribumi menjadi tuan mereka?

Jadi, apa bezanya UMNO dan Anwar?.. UMNO parti melayu dan Anwar juga melayu, opps.. melayu muallaf barangkali..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: