Pak Lah dibenci kerana adanya Khairy..

September 17, 2008

Kepada blogawan yang sentiasa melayari Malaysia Today.. anda tentu masih ingat “Hikayat Khairy Jamaluddin”, Bil 1-33..

Secara ringkasnya.. hikayat ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang lebih dikenali sebagai Khairy Jamaludin atau KJ, yang menceritakan pembabitan Khairy dalam politik dan sepak-terajang politik Khairy dalam UMNO.

Khairy dihikayatkan bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri sebelum usianya mencapai umur 40 tahun..

Hikayat ini telah menjadi satu cerita yang amat dipercayai dikalangan blogawan, .. kemudian hikayat ini diceritakan semula oleh anak-anak kepada ibu-bapa dan keluarga mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet..

Sudah tentu cerita anak-anak mereka yang berada diperantauan lebih dipercayai dari akhbar, takkan lah darah-daging mereka sendiri mahu menipu.. lebih-lebih lagi jika melihat ahli-ahli BN dikawasan mereka, yang seakan-akan sama perangainya dengan bos mereka di Kuala Lumpur.

Ini merupakan salah satu punca utama penolakkan rakyat kepada BN dalam pilihanraya umum 2008..

Pak Lah ini.. sebenarnya seorang yang berjiwa lembut dan penyayang. Malahan beliau bersikap lebih terbuka dari Dr Mahathir yang lebih bersikap suka mengongkong.. dan beliau juga dilihat agak alim berbanding menteri-menteri UMNO yang lain-lainnya.

Pilihanraya 2004 telah membuktikan bahawa Pak Lah sebenarnya diterima oleh rakyat.. tetapi kegagalannya selepas itu berpunca dari silap beliau sendiri juga, hanya kerana 2 perkara.. Pak Lah terus-menerus ditolak rakyat..

1.  Pak Lah gagal menunjukkan dirinya sebagai seorang ketua negara yang berwibawa.. dengan tabiat suka tidurnya, dan keputusan flip-flopnya.. disamping imej pemimpin lembik.

2.  Pak Lah gagal mengawal tingkah-laku anak menantunya dalam politik dan urusan kerajaan. Lebih-lebih lagi Khairy yang dilihat agak bernafsu besar dalam politik dan tamak dalam perniagaan. Lebih banyak perniagaan dapat diperolehi.. lagi besarlah modal yang ada untuk berjuang dalam politik.

Malangnya, Pak Lah turut memberi kepercayaan kepada menantunya, Khairy, untuk merencanakan strategi politik.. sudah tentu sebagai ahli politik, cantas-mencantas kroni dan proksi-proksi musuh politik satu perkara biasa.. agar dapat kuasa.

Hal ini juga berlaku dalam mana-mana parti samada DAP, PKR mahupun PAS.. tetapi ianya tidak nampak kepada rakyat, kerana fokus rakyat lebih tertumpu kepada parti yang memerintah.. keburukan mereka hanya terserlah apabila dapat memerintah. Apabila dapat memerintah.. secara automatik menjadi fokus rakyat.

Dalam politik yang mengamalkan hukum rimba.. siapa kuat, dialah yang berkuasa.. Pak Lah dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin negara, lebih-lebih lagi menghadapi Anwar yang ganas dan buas.. pembangkang semacam ini kena dihadapi oleh pemimpin yang ganas dan buas juga..

Lembik Pak Lah bukan bermaksud dirinya bodoh.. beliau seorang cerdik, tetapi orang tidak takut kepadanya. Itulah masalahnya.. Saya teringat kepada kata-kata seorang kawan saya :

“Aku tidak takut kepada bini.. masalahnya bini yang tidak takut kepada aku..” Hal yang sama yang terpakai kepada Pak Lah sekarang..

Selagi Pak Lah terus-menerus membiarkan Khairy menjadi perencana utama politik BN.. maka semakin cepatlah masa Pak Lah untuk berundur akan tiba. Khairy telah mengundang rasa benci dari ahli BN itu sendiri dan rakyat secara keseluruhannya..

Kerana itulah, Pak Lah hanya mempunyai 3 pilihan.. samada mahu digulingkan oleh ahli BN dalam rumahnya sendiri, atau diguling oleh rakyat yang memberi kepercayaan kepada pembangkang dari luar rumahnya, atau mengubah diri-sendiri agar dapat mempertahankan rumahnya dari dalam dan luar..

Alangkah malangnya kalau nasib seorang Perdana Menteri yang digulingkan rakyat, gara-gara perangai menantunya..

5 Responses to “Pak Lah dibenci kerana adanya Khairy..”

  1. khairul Says:

    pak lah sudah menetapkan untuk dia berundur, tapi yang hairan kenapa pemimpin lain tidak mahu bersatu pada ketika ini untuk membina semula kekukuhan bn, sabarlah, pak lah dah bersetuju untuk berundur.. pak lah mahu kita bersatu dan menumpu pada kerja bukan menumpu pada omong-omong politik yang tak sudah. sebab tu paklah kata kita ni dah banyak buang masa.. tak sedar lagi ke?

  2. nuexo Says:

    saye setuju…pak lah dah bagi tetapkan masa nak berundur …nape sibuk2 lagi ??? nape dengki2 lagi ??? kalau x puas hati tggu paaa PRU13…saba jee laa….jgn khianat negara….nak ikut style anwar ??? dari abim sampai sekang ni …jenis SABOTAJ ORANG 24 JAM…. tp xde buat kebaikan tuk orang lain…ape anwar buat untuk ISLAM ??? selain nak hilangkan azan (teresa kok)…. ape anwar buat utk melayu dan bumiputera sabah sarawak ??? selain nak hancurkan uitm dan mara !!!! … buat kebaikan xde …tp kehancuran ajee …anwar giler !!!

  3. angguk-geleng Says:

    menantu dia ni memang dah satu hal….tapi macamane pulak dgn anak sendiri yg khabarnye selepas GE12 yg lalu, warning bapaknye supaya JANGAN LETAK JAWATAN?

  4. robin hood melayu Says:

    Saya merayu Pak Lah tolonglah , jangan undur dan bagi jawatan PM ini pada Najib. Hancur Malaysia nanti. Tolonglah Pak Lah. Sebaiknya , sekarang ini sementara berkuasa , Pak Lah rombak cabinet dan anounce cabinet baru dan dengan hak kuasa istimewa (prerogative)
    Pak Lah announce your new deputy,new Education Minister and new Minister of International Trade. I think there are crooks hiding in your cabinet. Please Pak Lah I beg you don’t quit. Perform solat hajat and tahajud. InsyaAllah Yang Maha Esa shall asist you. And one more thing, do not , I repeat do not take your son in-law to be your advisor , neither promote him. I pray for your health and live longer.

  5. webm Says:

    robin ni bukan blog pak lah… ni blog pak cekka… dahh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: