16 Sept : Cakap tak serupa bikin..

September 16, 2008

Yang nyata.. Hari ini 16 September, rakyat Malaysia melalui hari seperti hari-hari sebelumnya. Apa kejadah nak jumpa Pak Lah kalau MP dah cukup? Anwar ingat Pak Lah nak serah Malaysia semacam tukar buah mempelam kat pasar..

Woit brader ! Malaysia ini bukan Pak Lah punya.. kalau Pak Lah setuju sekalipun, kena jumpa YDP Agung.. dengan perkembangan sekarang, brader ingat YDP Agung dah naik naik syok kat ngko? Hari ini maruah mu sedikit tercalar.. ambil lah masa sebanyak mana lagi yang perlu, sebelum Allah tarik baik.

Ini lah dia Anwar Ibrahim yang banyak mulut dan janji..

  • Hari ini kita tukar kerajaan, esok minyak turun..
  • Hari ini kita tukar kerajaan, esok pemimpin Hindraf kita bebaskan..
  • Hari ini tukar kerajaan, esok bajet lebih baik..
  • Hari ini tukar kerajaan, esok tahanan ISA kita bebaskan..
  • Hari ini tukar kerajaan, esok Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kita martabatkan..

Yang nyata aku dah menyampah sama brader Anwar.. ngko bawaklah janji-janji ngko pada anak-buah Darwin, biar mereka terkinja-kinja dan angguk-mengangguk.. last sekali terhantuk.

One Response to “16 Sept : Cakap tak serupa bikin..”

  1. penulis_cyber Says:

    1. AKHIRNYA, rakyat Malaysia menang. Anwar Ibrahim kalah dan tewas dengan permainan ciptaannya sendiri. Allah SWT sudah berfirman ” manusia hanya bisa merancang Allah juga yang menentukannya”, kita boleh berdakwah namun hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan membuka hati seseorang, jangan jadi macam Anwar dia sendiri menentukan dirinya jadi PM pada 16 September 2008! Allah SWT sangat Murka kepada orang yang Takbur dan Sombong.

    2. Namun manusia kalau sombong dan ego tetap juga keras hatinya, semalam dalam ucapannya yang Hanya dihadiri 10,000 orang ( sasaran 30,000 ) , beliau berkata dengan nada marah dan benci, memberi ugutan kepada Perdana Menteri Malaysia, katanya “…”Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.”Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik,”

    3. Yang teramat malang ialah PAS kini berpecah dua dan bercelaru angkara Anwar, kata MSO seorang penulis ahli PAS yang berpengaruh, katanya, “…Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas..”

    4. Kumpulan PAS yang menyokong Anwar diketuai oleh Ketua Erdogan PAS, “…Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali keduanya AJK Pas Pusat…

    5. Kumpulan “Kepimpinan Ulama” yang tidak bersetuju dengan Anwar tetapi bersetuju bersatu dengan Perdana Menteri Malaysia ialah, :…Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain..

    6. Tak kanlah Husam Musa Lebih Baik daripada Kumpulan Ulama. Husam hanya punya dua pilihan keluar PAS sertai PKR atau utamakan Presiden PAS daripada berusaha jadikan Anwar PMtidak sah. Sangat malang apabila Husam berusaha memperbodohkan Tuan Guru Nik Aziz. Kata MSO…Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu…

    7. Kesimpulannya, katanya lagi..”Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!..

    7b. Penulis tidak terkejut dengan analisa MSO itu, dengan bantuan Anwar dan Lim Kit Siang tiada mustahil Husam akan menjatuhkan Hj Hadi, kerana Hj Hadi dikatakan penghalang utama Anwar jadi PM ( Mat Jenin ). Bukankah sekarang ini pun Husam sedang bekerjasama dengan Anwar dan Lim Kit Siang!

    http://jentayuabaka.blogspot.com/

    dibawa oleh :

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: