16 Sept : Malaysia terus bergolak..

September 14, 2008

2 HARI + 4 HARI LAGI..

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng – salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi – telah dibebaskan petang tadi dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam. Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.30 petang dan kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya. [MalaysiaKini]

———————————————————————————–

Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur. Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik. [Malaysiakini]

————————————————————————————-

“Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) akan bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan status parti itu dalam Barisan Nasional. Ketika mengesahkannya, Setiausaha Agung SAPP, Richard Yong memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua 35 ahli MT dijangka hadir dan membuat keputusan mengenai keahlian parti itu dalam BN…” [Malaysiakini]

————————————————————————————-

“Sambil menolak penahanan tiga orang semalam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menggagalkan pelan 16 September Pakatan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri hari ini menegaskan, sama ada lebih ramai akan ditahan dalam waktu terdekat bergantung pada keadaan semasa negara. “Polis akan bertindak berdasarkan situasi semasa sama ada situasi berada dalam kedaaan baik ataupun tidak. Jika situasi OK, maka tiada sebab untuk menahan (lebih ramai lagi),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar…” [mStar]

————————————————————————————

Seperti biasa.. kerajaan akan menjustifikasikan tindakannya..

Wartawan Sin Chew Daily telahpun dibebaskan, tindakan tersebut dianggap kena dengan masanya kerana sebagai seorang pengamal media, ..tindakan ISA dilihat agak keterlaluan. Sebagai wartawan.. beliau hanya menjalankan tugasnya, yang lebih berkuasa dari beliau ialah editor ataupun ketua editor.. yang lebih berhak memberi pertimbangan terhadap laporannya.

Apa yang menarik.. reaksi Amerika terhadap perkembangan politik negara. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan minat AS yang keterlaluan kepada Malaysia.. seolah-olah ada niat tersembunyi disebalik isu kebebasan media dan demokrasi.

Tidak semua yang baik itu semestinya datang dari AS.. lagipun AS dilihat agak ‘memilih bulu’ dalam perkembangan semasa..

Dalam perkembangan yang lain.. SAPP bercadang mempertimbangkan kerjasamanya dengan BN. Saya tidak terkejut dengan hal ini.. kerana Datuk Yong Teck Lee ini sememangnya ‘pengipas di-raja’. Kalau BN kuat.. disokongnya BN. Kalau PKR semakin kuat.. dia pun nak sokong juga, malahan kalau PAS jadi kuat.. SAPP mungkin akan sokong PAS.

Orang-orang semacam ini seumpama lalang.. yang tiada prinsip. Kecuali satu prinsip sahaja.. bergayut pada dahan yang boleh memberikan kuasa dan kekayaan. Terpulanglah kepada Pakatan Rakyat untuk menerima orang-orang yang sebegini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: