Jadi.. Peperangan sudah bermula

September 13, 2008

Setiap ahli politik samada Pak Lah, ..atau Dr Mahathir, ..atau Anwar Ibrahim, mahupun Hj Hadi dan Nik Aziz ada strategi tersendiri dan ego masing-masing. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara rakyat dan pemimpin sebenar.

Maka.. lagu “My Way” oleh Frank Sinatra ini saya tujukan khas buat mereka..

————————————————————————————

Jadi.. peperangan sudah bermula. Politik Malaysia sudah bercelaru tetapi semakin menarik..

Bermula dengan Pak Lah sebagai PM dan menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat kepadanya.. demi kuasa, setelah dinasihati Khairy, BN telah membebaskan Anwar Ibrahim.. dengan harapan dapat menekan pengaruh Najib dari terus merebak dalam UMNO.

Sayangnya.. hujan di tengahari..

Pak Lah berbuat demikian agar dilihat kerajaannya dilihat mengamalkan pentadbiran yang telus tetapi hakikatnya mempunyai motif tersembunyi. Disinilah bermulalah kemarahan Dr Mahathir.. yang menganggap Pak Lah telah melakukan satu kesalahan yang paling besar dan tersilap perhitungan. Kerana percaya kepada percaturan politik Khairy.. Pak Lah mula menerima musibah besar.

Anwar yang disangka rakan rupanya musuh yang bengis..

Anwar bukan mahu menjadi boneka, Anwar mahu lebih dari itu.. kelemahan Pak Lah ini sememangnya satu peluang Anwar untuk kembali ke pentas politik. Kerana itulah Anwar lebih suka jika Pak Lah lebih lama memerintah.. kerana BN akan semakin lemah.

Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU 12.. tetapi Anwar peka dengan situasi semasa. Pilihanraya di Ijok, Anwar nampak akan satu isu besar yang boleh dimainkan.. isu perkauman. Maka Hindraf sebagai mangsa pertama permainan orang politik.. kemudian Bersih.. kemudian Protes ..kemudian Bar Council ..kemudian Ahmad Ismail .. sekarang Anwar dilihat hero rakyat.

Malahan PAS dan DAP pun turut terperangkap.. padahal, merekalah yang paling lantang berdebat dan mengutuk Anwar habis-habisan ketika Anwar dalam UMNO dulu. Kerana politik.. musuh pun boleh menjadi kawan..

BN seperti biasa.. hilang punca, diturutnya strategi Anwar dengan mempertahankan isu Melayu. Tetapi BN lupa.. ini bukan tahun 1969 lagi. Melayu sudah berubah dan Malaysia sudah berubah..

Dr Mahathir sudah pening.. dari strategi awal.. mahu memerangkap Pak Lah dan Khairy. Tetapi dengan kehadiran Anwar, strategi awal terpaksa dirombak dan mengalami pengubah-suaian. Kali ini Dr Mahathir mahu membunuh karier politik musuhnya sekali gus.. “Killing Two Birds With One Stone”.

Yang nyata.. tentera Anwar sudah mara, tentera Mahathir sudah mula menyusup masuk dan tentera Pak Lah sedang bertahan. Kita boleh melihat perang tiga segi dalam masa terdekat ini..

Abdullah-Khairy vs Anwar Ibrahim vs Mahathir & The Geng

Harapnya.. gajah sama gajah berperang, pelanduk tidak tersepit. Biar gajah berperang dan habis pokok patah.. akhirnya pelanduk dapat makan pucuk daun yang baru dan segar.

MESEJ KEAMANAN : NO WAR PLEASE..

Dengarlah lagu anti-perang dari band Pakistan ini.. Cintailah Islam, agama keamanan..

4 Responses to “Jadi.. Peperangan sudah bermula”

  1. aberamly Says:

    CEKKA U GELIGA DAN BIJAK DEK. KAGUM ABE. LAGU MY WAY TU DR M PALING SUKA. DIA NYANYI DENGAN KAK HASMAH. TAPI BILA AMBIL TINDAKAN DIA BUAT SORANG. ABE BILA NYANYI KARAOKE LAGU NI… MENANGIS SEBAB SEBAK LIHAT ORANG ISLAM YANG TAK DAPAT ILHAM ALLAH SWT WAY. BANYAK WAY, BETUL TAPI ADA LEE KUAN YEW WAY YANG BELUM SELESAI. ADA YAHUDI WAY DAN IBLIS WAY… PILIHLAH DAN BERDOA SEMOGA ALLAH BAGI KITA TAUFIK DAN HIDAYAH. SEBAB SEMUANYA DEMI ISLAM DAN RAKYAT.MUNGKIN CARA BERBEZA. WALLALLAHUALAM


  2. […] aberamly Says: September 13, 2008 at 7:53 am […]

  3. cekka Says:

    Lagu My Way memang jadi favourite saya.. liriknya cukup memberi motivasi. Lagu ini elok untuk orang yang mengalami masalah rendah diri.. anda akan terkejut dengan hasil anda sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

  4. n u e x o Says:

    tp malangnye… politik melayu islam tidak pernah berubah …masih ditakuk lama …ditakuk “gadaikanlah apa sahaja asalkan dapat undi” …. dan orang melayu islam majoritinya masih kekal buta mata dan hati…berbunuhan sesama sendiri kaum mata sepet dan hitam pekat dapat habuan…both way….

    islam diinjak-injak…hak melayu dijolok-jolok ..dicungkil-cungkil…agaknya sampai bila kita akan terus begini ??? sampai tergadai semuanya ???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: