16 Sept : Blogger dan media diserang !!

September 13, 2008

3 HARI + 4 HARI LAGI..

“Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi. Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu…” [mStar]

————————————————————————————-

“Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan orang kedua ditahan hari ini di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.Difahamkan, Tan telah dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang…” [Pink Turtle]

————————————————————————————

“Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini…” [MalaysiaKini]

————————————————————————————-

“Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang ke Taiwan untuk mempelajari kemajuan bidang pertanian di sana mengakhiri lawatannya hari ini dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka berlepas balik dalam masa beberapa hari akan datang. Pengerusi BNBBC Datuk Seri Tiong King Sing berkata lawatan itu yang bermula Selasa lepas, telah menamatkannya “Saya tidak pasti jika anggota Parlimen pulang esok.” “Hari ini, kita habiskan semua jadual lawatan rasmi…”[Bernama]

————————————————————————————-

p/s : Habiss..  habis punah-ranah Malaysia ku..

Secara peribadi.. saya menganggap kerajaan bersikap ‘double-standard’ dalam hal ini. Saya bersetuju sekiranya tindakan diambil kepada pihak-pihak yang cuba mencetuskan api perkauman dan isu keagamaan, yang sememangnya sensitif dalam negara kita..

Tetapi tindakan ini TIDAK ADIL kerana Datuk Ahmad Ismail hanya dikenakan hukuman digantung keahlian parti selama 3 tahun, sepatutnya beliau juga harus dikenakan ISA.. setidak-tidaknya 3 orang yang ditahan polis tadi, patutlah dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum dibuktikan bersalah.

Sementara itu.. tindakan YB BNBBC yang berpindah kelokasi lain adalah dipercayai merujuk kepada pemergian 4 orang wakil PKR ke Taiwan.

Saya berpendapat.. BN sengaja mencari nahas dalam hal ini, sudah tentu ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat bukan melayu kerana bersikap tidak adil. Keadaan ini menambah rasa benci dan tidak percaya kepada BN.. oleh itu saya rasa agak sukar untuk BN memenangi hati rakyat bukan melayu selepas ini.

2 Responses to “16 Sept : Blogger dan media diserang !!”

  1. Fazrul Says:

    Salam bro..

    Gerun gua baca lu tulis.. apa pun keep up writing..

    Best baca tulisan kooo..

    Orait..

  2. khair Says:

    saya cadangkan blogger kena beri alternatif bagaimana untuk memulihkan keadaan,kita jgn membuat tafsiran tapi tak ada alternatif yg nak diberi, supaya masyarakat bleh bersatu..kita kena main pernan menyatukan umat..org politik dah tak mampu nampaknya…luahkan lah pendapat dan cadangan yang bernas untuk semua org.. buat2lah pahala sekarang ni.. zaman provokasi biarkan dulu.. selamatkan negara kita dulu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: