Sekatan akses Malaysia Today ditarik balik..

September 12, 2008

” Kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk “Malaysia Today” berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya, beliau berkata langkah itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau laman web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Mengikut rekod Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sebanyak 126 lamanweb disekat sejak Januari sehingga kini kerana melanggar pelbagai peraturan termasuk menghina agama dan menipu pengguna.

Bagimanapun katanya, satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil SKMM, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri ditubuhkan bagi memantau laman-laman web dalam negara terutama yang keterlaluan, berunsur hasutan dan perkauman…” ikuti berita selanjutnya dalam Malaysiakini..

p/s : Mungkin BN sudah sedar cara mereka ini sebelum ini tidak demokratik dan tergesa-gesa.. berikutan dengan itu, media internet sepatutnya dibiarkan bebas. Sudah tentu media internet ada pro dan kontra.. contohnya laman web Playboy, pro untuk lelaki dewasa tetapi kontra kepada kanak-kanak kecil.

Bagaimanapun, saya bersetuju sekiranya media internet ini dipantau dan tindakan diambil kepada pengendali blog yang tidak bertanggungjawab.. yang cuba mengeruhkan isu perkauman dan isu keagamaan, terutamanya di Malaysia.

Sewajarnya.. BN harus bersedia dan berani untuk menongkah arus internet, bukannya menghalang kebebasan media. Tetapi.. untuk membuatkan orang percaya kepada sumber-sumber berita dari BN, .. BN harus muhasabah diri sendiri agar dapat diterima dan dipercayai rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: