Gelombang baru Dr Mahathir kepada UMNO

September 12, 2008

Dr Mahathir mahu masuk UMNO ??

Khabar angin ini bukan rekaan kerana ramai pihak yang rapat dengan Dr M mula memperkatakan, bahkan hal ini juga telah sampai kepada PM Malaysia, Pak Lah.. dan ternyata Pak Lah tidak senang duduk dengan perkembangan terbaru ini.

Manakala, TG Nik Aziz berasa gembira akan berita tersebut.. katanya, Dr M akan menambahkan lagi kacau-bilau dalam UMNO dan ini setentunya memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat..

Persoalannya.. adakah benar akan jadi begitu ? Adakah Pakatan Rakyat gembira atau sebenarnya menyembunyikan kebimbangan?

Tetapi.. yang nyata sekarang, ada dua pihak yang diam membisu.. satu dari kem-Pak Lah, dan satu lagi dari kem-Anwar+DAP. Pas tak perlu dikira lah.. sudah musuh tradisi UMNO sejak zaman purba lagi..

———————————————————————————-

Ramai rakyat yang benci kepada Dr Mahathir.. kerana dibawah pemerintahannya selama 22 tahun, UMNO telah mengalami kejatuhan populariti dikalangan rakyat. Di atas dasarnya yang autokratik, budaya ‘yes boss’ telah meresapi sehingga ke akar umbi.. ahli-ahli UMNO tidak berani bersuara kerana ketegasan beliau dalam sesuatu perkara dan krisis.

Kerana itulah, selepas peralihan kuasa.. BN menang besar dalam PRU 11, hampir 90%.. PAS hanya kekal di Kelantan, PKR cuma beroleh 1 kerusi.. padahal ketika itu, cerita Anwar semakin dilupai rakyat.

Walaupun beliau dibenci.. tetapi rata-rata rakyat mengakui kebijaksanaan beliau dalam menghadapi sesuatu krisis dan wawasannya.. malahan beliau juga dihormati oleh musuh-musuh politiknya. BN tidak pernah kalah teruk sebagaimana pemerintahan Pak Lah, BN tidah pernah mengalami masalah ketidak-percayaan kepada pucuk pimpinan, malahan kerana beliau jugalah.. dunia ‘celik mata’ kepada Malaysia.

Ketika Pak Lah mula-mula mengambil-alih pemerintahan.. sudah mula cakap-cakap rakyat tidak yakin kepada Pak Lah.. lembik bila berucap, suka tidur dalam perhimpunan, keputusan pemerintahan yang ‘flip-flop’ dan kerakusan anak-beranaknya dalam mengaut harta negara. Rakyat sudah mula terasa betapa berbezanya Abdullah dan Mahathir..

———————————————————————————–

Secara peribadi, saya kagum kepada beliau.. saya berpendapat.. Dr Mahathir wajar kembali kepada UMNO untuk menebus kesilapannya melantik Abdullah sebagai pengganti dirinya. Dia jugalah kena membaiki semula UMNO kerana dasar-dasarnya yang lalu..

1.  Sekiranya Dr Mahathir masuk kedalam UMNO semata-mata untuk bertanding melawan Pak Lah.. saya rasa Dr Mahathir tidak akan berbuat begitu. Beliau sedar bagaimana penerimaan rakyat dan musuh-musuh politik terhadapnya, ianya hanya akan dijadikan modal politik kepada Pakatan Rakyat untuk menghentam BN.. seterusnya menjadikan reputasi BN semakin teruk.

2.  Kesan lain sekiranya beliau bertanding ialah tentangan dari golongan elit dalam UMNO yang telah mendapat kebebasan dalam pentadbiran Abdullah, yang mana sebelum ini agak terkongkong semasa dibawah pemerintahannya. Ini akan menghasillkan lebih banyak puak dan kem penyokong dalam UMNO.

3.  Saya pasti.. kehadirannya dalam UMNO adalah untuk menguatkan sokongan kepada tiga serangkai.. Tengku Razaleigh, Tan Sri Muhyidin dan Mukhriz Mahathir. Lebih-lebih lagi Perhimpunan Agung UMNO menjelang tiba Disember ini.. satu-satunya platform dan peluang untuk menjatuhkan Abdullah-Najib dan Khairy Jamaluddin.

4.  Terdapat 3 kem dalam UMNO sekarang.. satu kem Abdullah-Khairy dan YB-YB BN yang korup dimana rahsia mereka berada dalam genggaman KJ (golongan yang dicucuk hidung dan berprinsip lalang), satu kem yang pro kepada Najib-Hishamudin (dulunya penyokong kuat Anwar Ibrahim) dan satu kem yang berkecuali (lebih pro kepada Dr Mahathir, kebanyakkannya golongan veteran).

5.  Tengku Razaleigh dilihat calon yang agak ideal untuk menentang Pak Lah.. sebagai kerabat diraja dan bekas Menteri Kewangan, keupayaannya untuk mentadbir tidaklah dipersoalkan sangat. Sekiranya Ku Li menang.. secara automatik, pengundi melayu tegar, golongan veteran dan institusi di-raja akan menyokong penuh dan berdiri teguh dibelakangnya.

6.  Kemenangan Ku Li boleh membantu meningkatkan sokongan Melayu dikawasan Pantai Timur .. malahan sebahagian besar penyokong Ku Li berada dalam PAS, hasil perpecahan UMNO dahulu dan bekas penyokong parti Semangat 46. Lebih-lebih lagi kepada rakyat Kelantan.. Ku Li mempunyai nilai ‘sentimental’ kepada rakyat Kelantan yang mempunyai semangat kenegerian yang menebal. Kuatnya PAS adalah kerana akarnya teguh di Kelantan..

7.  Muhyidin dilihat calon yang lebih ‘bersih’ berbanding Najib.. agak sukar bagi UMNO untuk mengembalikan reputasinya, sekiranya Najib menjadi pucuk pimpinan.. berdasarkan rekod-rekod salahlaku, rasuah dan skandal yang membebankan Najib. Malahan, Muhyidin dilihat agak ‘neutral’ berbanding Najib dan Hishamudin yang dilihat oleh bukan Melayu sebagai ‘racist’..

8.   Sokongan Mahathir kepada Muhyidin membolehkan sebahagian besar penyokong kem Najib-Hishamudin beralih-arah.. atas dasar protes keatas Pak Lah dan protes kepada Najib yang dilihat sebagai pengecut. Kekuatan kem ini boleh membantu sokongan kepada Ku Li dan Mukhriz.. kem ini akan memberi tekanan kepada kem Khairy..

9.  Mukhriz dilihat sebagai alternatif kepada Khairy Jamaluddin.. dan ahli UMNO sememangnya tidak suka kepada KJ tetapi kerana terpaksa. Dengan sokongan kem Hishamuddin dan kem Khir Toyo kepada Mukhriz.. Khairy hanya bergantung kepada kemenangan Abdullah untuk menyambung talian hayatnya.

10. Seterusnya, perkembangan ini akan mewujudkan 2 kem utama dalam UMNO.. satu kem yang anti-Abdullah dan satu lagi kem pro-Abdullah. Memandangkan UMNO menerima asakan hebat dari Pakatan Rakyat.. ahli-ahli BN secara majoritinya akan menyokong kem anti-Abdullah sekiranya mereka ingin terus kekal dalam UMNO.

11.  Secara keseluruhannya.. jumlah penyokong UMNO yang protes dan rakyat melayu yang berkecuali akan meningkat dengan mendadak kepada BN. Undi Melayu akan terpecah dua, tidak seperti sebelum ini yang majoritinya kepada PR.. Selebihnya, rakyat akan mengambil sikap tunggu dan lihat kepada perkembangan UMNO dan harapan yang boleh dijanjikan oleh 3 serangkai ini kepada rakyat.

12.  Momentum inilah yang digeruni oleh Anwar dan DAP sebenarnya.. momentum penerimaan kembali rakyat Melayu kepada UMNO. Kerana itulah, PR lebih suka jika BN diperintah lebih lama oleh Abdullah.. kerana BN dilihat lembik dan tidak berdaya. Suara baru dalam UMNO bermaksud tenaga baru dan sokongan baru..

13.  Anwar harus cepat bertindak atau impiannya untuk mengambil-alih pemerintahan, hanya tinggal impian. Sebagaimana bekas anak-murid Mahathir.. beliau tahu bagaimana hebatnya bekas gurunya itu dalam mengatur muslihat.. seperti mana dirinya. Tambahan pula.. kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.. mungkin sejarah 1998 akan berulang kembali, inilah yang amat ditakuti dan cuba dielak oleh Anwar..

14.  Anwar dan Lim Kit Siang tahu siapa Mahathir.. politikus yang penuh dengan kejutan dan strategi jangka panjangnya. Politikus yang berpengalaman dan tidak mudah hilang punca.. Politikus yang telah membantutkan usaha Lim Kit Siang selama ini untuk menguasai Malaysia..

15.  Bayangkan gelombang yang boleh dibawa Mahathir sekiranya besertakan kesedarannya kepada Islam dan pengukuhan bangsa Melayu.. Anwar dan Lim Kit Siang sedar akan kekuatan gelombang ini.. Selebihnya, bergantung kepada ahli-ahli UMNO itu sendiri samada berani atau bersedia untuk berubah.. Ini salah satu peluang-peluang terakhir UMNO untuk ‘survive’ atau kapal UMNO akan terus karam…

8 Responses to “Gelombang baru Dr Mahathir kepada UMNO”

  1. Fazrul Says:

    Salam bro,

    Hebat.. ni hang tulis sendiri ka atau amik dari mana2… Dasyat… apa pun terus menulis…

    Orait… salam…


  2. Salam Bro,

    Nice article. Keep on writting.

    Adios.

  3. aberamly Says:

    HEBAT ANALISIS U CEKKA, ABE TABIK SEPERING LAAAA…. NOTA YE… MAHATHIR SENTIASA MENANG DALAM PERLUMBAAN ATAU PERTANDINGAN SEBAB DIA FOKAS DAN MENGUASAI MASA DEPAN, BUKAN MASA CEMBURUI ATAU TAK DAK MASA, ATAU MASA YANG KONTROL DIA… DIA YANG KONTROL MASA. BANYAK BEZANYA… TAPI FAKTOR USIA LAH CEKKA. TAPI BE POSITIVE LAH! NASIB ORANG NI DENGAN KEIZINAN ALLAH CEKKA. ADA ORANG TU TERPAKSA BERMANDI DARAH UNTUK BERJAYA, TAPI ADA PULAK YANG PELOH PUN TAK KELUAR… BAJU PUN TAK KOTOR!

  4. cekka Says:

    Salam semua,
    Saya dengan rendah diri memohon maaflah sekiranya ada salah silap.. artikel ini hanya sekadar nukilan pemikiran saya. Jangan terima bulat-bulat kerana masa depan itu bukannya kita yang tentukan.

    Manusia cuma mampu merancang dan meramal.. ketentuannya datang dari Allah.


  5. Salam bro,

    Minta maaflah, apakah tidak ada pemimpin pelapis yang lebih baik dari Dr. Mahathir di dalam UMNO. Jika bawa masuk Dr. M, Pak Lah nak bawa diri ke mana?. Pakatan Rakyat memang menunggu saat-saat pertembungan DUA KUASA IDEA yang berbeza ini. Rentak Dr. M, tidak disukai Pak Lah sewaktu beliau berkuasa. Dulu suka, kerana terpaksa akur kepada apa jua keputusan Dr M buat wajib ikut. Jika tidak, tak merasa kerusi Perdana Menteri. Sekarang bila dah jadi PM, rentak dan sikap MESTILAH BERBEZA.

    Cara gaya Dr M, yang membunuh segala proses “PEMBENTUKAN BARISAN KEPIMPINAN MUDA AKAR UMBI TERBANTUT”. Itulah sebabnya bila kegawatan di dalam UMNO berlaku, ada suara-suara di dalam UMNO perlu panggil balik Dr M masuk untuk memulihkan UMNO. Nak Pulih macam mana, kerana dialah yang bertanggung jawab mencetuskan “BUDAYA ELITIS UMNO DAN KONSORTIUM” di dalam memilih kepimpinan di setiap kawasan dan bahagian. Budaya kerja UMNO bukan lagi siapa yang berkerja RAJIN DAN JUJUR, sebaliknya SIAPA ADA DUIT DAN KABEL BESAR YANG KUAT – strong connection with the most authorotative position.

    Wahai bangsaku, berpolitik biarlah ingat syurga nerakanya sebab kamu golongan Muslim. Jika akibat syurga dan Neraka tidak menjadi perhitungan, HANCURLAH BANGSA MELAYU, HILANGLAH NEGARA MALAYSIA TERCINTA DI TANGAN GOLONGAN YANG BERKEPENTINGAN DIRI DAN TAMAK MENGAUSAI DUNIAWI SEBANYAK MUNGKIN.

    Renunglah hadith Nabi Muhammad saw yang maksudnya:

    “Sekiranya bagi anak Adam itu ada dua perlembahan daripada emas, nescaya mereka akan mencari lembah yang ketiga, dan jika diberikan kepada mereka tiga lembah daripada emas nescaya mereka akan mencari yang keempat. Sehinggalah TANAH SAHAJA YANG BOLEH MENCUKUPKAN MEREKA. (Apabila mereka mati dan ditimbus dengan tanah, barulah ketamakan duniawi itu berhenti).”

    Marilah kita bermuahasabah diri. Insaf dengan ketelanjuran lalu, bertaubat dan susun strategi pemerintahan dan politik yang boleh MEMENANGKAN ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE, MEMENANGKAN NEGARA AGAR MENAJDI KAYA RAYA, RAKYAT AKAN BAHAGIA DAN SENANG LENANG. JANGAN BEBERAPA KERAT MANUSIA SAHAJA KAYA RAYA, RAKYAT MERANA DENGAN POLISI-POLISI PEMBANGUNAN MATERIALIS YANG TAK BERPENGHUJUNG.

    TERIMA KASIH

    Arau

    PERLIS DARUS SUNNAH

  6. maw Says:

    apa pun mahafiraun tetap mahafiraun.perosak agama bangsa dan daulah negara yang talah punah tergadai.tidak boleh lupa anak2 dan kroni2 mahafiraun menjadi jutawan dalam pemerintahanya.

  7. n u e x o Says:

    saye anti mahathir….sbb dasar sekularnya yang amat ketara….juga dialah yg menghancurkan hak melayu dan mara …melemahkah kuasa sultan dan raja2….menswastakan semuanya demi kroni…rasuah berleluasa diera pemerintahannya… walaupun begitu ketegasan dan disiplin kerjanya amat saye kagumi…

    pak lah pula….terlalu lembut..lemah tidak bermaya…tidak mempunyai perancangan masa panjang yg mantap…ketidakpetahan bercakap…dan yg paling mengejutkan dan memalukan …banyak kali tidur dalam mesyuarat…malu rakyat malaysia dan malu malaysia…satu-satunya di dunia pemimpin yg asik2 kantoi tertido dalam mesyuarat….kewibawaannya tercalar sama sekali…

    najib…mengundang masalah sendiri dgn isu tantuya dan penggunaan perbelanjaan melampau peruntukan bagi kementerian pertahanan … rejected !!!!

    ku-li…tokoh kelakar dalam umno…bercita2 jd PM dari dlu lg…tinggallaa dalam mimpi sendiri… orang tempat dier jek suke dier …rejected !!!!

    muhyiddin ??? beliau lebih berhati2 dalam statement yg dikeluarkan sehingga kita seakan lupa kewujudannya…cuma akhir2 ini ..menegur PM kerana bontotnya seakan panas gara2…ade ura2..kerusi PM/TPM akan cuba direbut ramai..termasuk ali rustam/rahimtamby chik/zahid/kuli/hishamuddin/khairy

    hamid albar…seorang yg berkarektor..fasih berkata2…BM & BI….tp malangnya ditentang ditempat sendiri…

    rais yatim…seorang yg juga berkarektor…berilmu tggi..fasih berkata2…BM & BI…tp malangnya isu “batu putih” akan membuatkan beliau tidak akan popular sampai mati …

    mukhriz….muke baru yang sama tamak dgn muka lama..

    khairy….sama mcm mukhriz..tp bijak dalam berdebat..

    pandangan saya …perlu diberi peluang ahli2 umno yg muda/intelek/islamik/semangat melayu yg kuat/sayangkan negara…muka2 baru perlu dicungkil keluar….

    dalam tempoh terdekat… zahid/nazri/hishamuddin antara mereka yg patut diberi peluang demi survival melayu dan islam…tunggu sehingga muka baru lain diberi peluang dan ruang…

    mereka2 yg se-era tun m patutnya berkorban…berundur diri…jgn tamak lg…demi survival umno dan org melayu dan islam keseluruhannya dalam jangkamasa yg amat panjang….

  8. n u e x o Says:

    pas pula …. mereka seakan semakin tidak konsisten…
    dulu “negara islam”…. kini bersama DAP… “negara kebajikan”….

    hilang pedoman dan arah tuju hanya kerana dalam tempoh masa yg singkat bercinta bersama DAP…

    kira macam mabuk cinta laa ni….buang agama…buang saudara….demi cinta DAP …pas turutkan…

    nik aziz- tokoh yang dulu saye kagumi ..tp akhir2 ini menunjukkan pemikiran politik yg sangat sempit…

    abdul hadi- tokoh yg mempunyai pandangan untuk islam dan bangsa melayu dan malaysia amnya secara luas dan jauh…mengjangkaui politik sempit umno/adil malahan pemimpin pas yg lain… tabek spring untuk beliau !!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: