16 Sept : Apabila Panglima ATM bersuara..

September 10, 2008

6 HARI LAGI..

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

“Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan. Secara realitinya, isu perkauman menjadi ancaman utama pada negara dan ia patut dielakkan,” tegas beliau dalam artikel mStar online.

—————————————————————————

Secara umumnya.. pihak tentera sudah mula memberi perhatian kepada senario semasa politik negara. Atau mungkinkah ini satu mesej dari Yang di-Pertuan Agong kepada parti-parti politik di Malaysia agar tidak memainkan isu perkauman?

Berita ini tentulah melegakan kerana sudah ada institusi yang ‘neutral’ dan berkuasa, memberi teguran secara terbuka.. yang sudah tentu boleh meredakan keresahan rakyat tentang polemik isu perkauman yang tidak nampak dimana kesudahannya..

Apapun.. cakap-cakap tidak puas hati akan kemungkinan campur-tangan tentera sudah mula kedengaran dari kem pro-Anwar. Salah seorang penyokong kuat DS Anwar, Din Merican, dengan artikel “Stay Out Of Politics : Malaysia is a Democracy, Not A Military State”.

Antaranya, beliau tidak mahu tentera campur-tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan tetapi mahu mereka menumpukan tugas mempertahankan kedaulatan negara dari musuh-musuh luar. Ada juga komentar yang tidak mahukan Malaysia menjadi seperti Thailand..

Pada pendapat saya.. pihak tentera wajar memberi nasihat berkenaan. Sekiranya keadaan semasa boleh menjadi semakin teruk, pihak berkuasa sepatutnya menegur terlebih dahulu.. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati? .. atau mahu tunggu rakyat Malaysia merusuh dulu baru hendak bertindak?

Sekiranya keadaan dalam negara kacau-bilau dengan rusuhan sesama kaum, musuh-musuh luar boleh mengambil kesempatan untuk menyerang Malaysia. Pertahanan dalam negara akan lemah.. mana nak jaga situasi dalam negara .. nak jaga sempadan lagi .. ini dari kacamata pihak tentera, dan kita kena hormati strategi mereka.

Kepentingan umum lebih penting dari kepentingan peribadi.. kalau nasihat itu baik, kita harus terima. Soal ianya berbau politik atau tidak, itu soal kedua.. yang penting maksud dan tujuan nasihat itu sendiri.

Ada juga yang berpendapat, ini konspirasi BN menggunakan tentera untuk menggagalkan peralihan kerajaan pada 16 Sept nanti..

Tak habis-habis dengan konspirasi.. kalaulah pihak tentera menyokong kerajaan Pakatan Rakyat agar mengambil-alih pemerintahan, adakah campur-tangan tentera ini dikatakan konspirasi? sudah tentu tidak.. malahan mereka pula yang mendabik dada, “tengok.. tentera pun sokong kami, tentera pun sokong reformasi..”

Pihak tentera juga ada protokol mereka sendiri.. mereka seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan dalam politik. Tetapi sekiranya melibatkan hal-hal keselamatan negara.. mereka harus bertindak. Kerana politik, negara boleh jadi huru-hara.

Tidakkah Pakistan juga huru-hara kerana politik? dan bukankah Thailand juga huru-hara kerana politik? dan bukankah kerana politik Bush, Iraq dan Afghanistan diserang? .. atas dasar ‘Pre-Emptive Strike’. Menyerang musuh dahulu di negara mereka, sebelum mereka datang berperang di Amerika.

Janganlah kerana kita sudah berasa pandai belajar dari ‘overseas’, dapat jawatan tinggi dan dapat kumpul  harta.. kita berasa lebih pandai dari Angkatan Tentera Malaysia. Jangan kerana terlampau bencikan BN dan sekutu-sekutunya, habis dikutuk orang-orang yang berada disekelilingnya.

—————————————————————————-

Adalah diakui.. BN harus berubah dan BN patut bersedia untuk berubah. Kita semua tahu apa sudah jadi kepada BN.. tetapi menyalahkan pihak tentera bersekongkol dengan BN adalah tuduhan yang tidak patriotik dan penuh dengan emosi.

Saya berpendapat.. ini adalah luahan kecewa seorang penyokong reformasi yang tidak sabar.. samada sudah tidak tertahan dengan keadaan semasa politik negara .. ataupun sudah tidak sabar menunggu habuan apabila kerajaan baru terbentuk.. atau yang tidak mahu mengakui, Allah bersama-sama orang yang sabar.

Kasihan kepada Angkatan Tentera Malaysia.. sudahlah rakyat Indonesia mengejek kita dengan meniru British, tidak pandai membeli senjata.. rakyat Malaysia sendiri pun pandang rendah kepada mereka. Mereka-mereka ini, kalau Malaysia diserang.. rasa-rasanya orang pertama yang ‘booking flight’ lari keluar negara.

Teruskan perjuangan kalian, wahai panglima-panglima negara.. membela negara dan agama. Menjaga Negara Malaysia yang berbilang-kaum dan menjaga agama Islam, agama yang cintakan kedamaian..

5 Responses to “16 Sept : Apabila Panglima ATM bersuara..”

  1. Sekolah Atap Says:

    Saya telah membaca komen-komen didalam Blog Din Merican, ternyata ulasan yang diberi amat panjang lebar, sedangkan Panglima Angkatan Tentera hanya meingatkan kepada semua supaya jangan membangkitkan isu-isu perkauman. Pantlima ATM tidak menujukan kepada mana-mana parti politik, nasihat beliau adalah secara umum, tapi lain pula yang ditafsirkan oleh pihak-pihak yang pro kepada pembakang. Itu adalah suatu nasihat yang amat baik untuk direnung bersama. Ingatan dari seorang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara. Perkara yang diingatkan itu adalah berpandukan kepada sejarah-sejarah yang pernah berlaku di luar negara. Contoh yang paling jelas yang mana ATM terlibat secara langsung adalah di Bornia Herzegovina.

  2. Fazrul Says:

    Salam,

    Adakah ini menunjukkan keadaan politik kita semakin tenat?????

    Salam,

  3. penulis_cyber Says:

    Gila Kuasa perangai macam tu lah…

    pengikut pula fanatik sangat. tentera nasihat sikit dah kata macam macam.

    Polis tak bertindak lagi skrg ini.

    Jika dah start nanti semua akan dikaut habis.

    Mungkinkah operasi lalang II akan diulang kembali bagi meredakan keadaan ?

    Mempolitikkan setiap inci perkara di negara kita adalah tindakan tidak matang.

    Kerana tidak memikirkan kesan di sebaliknya.

    salam.

    Penulis cyber

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  4. aberamly Says:

    TENTERA TU KETUANAN RAKYAT KE CEKKA? MEREKA NI SELAMATKAN RAKYAT DAN PEMERINTAH NEGARA SEJAK DULU KALAU ADA SESUATU KEGAGALAN DALAM SISTEM POLITIK KITA.SEBAB TU MAIN POLITIK JANGAN DOK KONSPIRASI SAJE… KENALAH IKHLAS BERITAHU PERKARA YANG SEBENAR. PENGIKUT MESTI DAPAT MAKLUMAT BETUL. INI SAYA NAMPAK PAKATAN RAKYAT HANYA PROPAGANDA YANG MISINFORMATION DAN DISIMFORMATION. MAKA PENGIKUT IKUT BUTA TULI DAN TAKSUB GILER.

  5. Leonardo Says:

    Tentera menjaga keselamatan negar …sekiranya negara ditadbir pembangkang pun tentera tetap menjaga keselamatan negara…tanpa rakyat tiadalah tentera…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: