Kenapa Yahudi-Amerika suka Anwar?

September 7, 2008

Saya percaya kepada momentum rakyat yang mahukan perubahan seberapa segera.. dan saya juga begitu. Kalau boleh, mahu saja hari ini terus diadakan perubahan.. tanpa perlu menunggu 16 September. Pada pendapat saya, BN sukar untuk belajar jika tidak pernah jatuh..

Saya percaya kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cita-cita murni untuk mencari dan mendapatkan sebuah kerajaan pemerintah yang adil, prihatin, berwawasan dan bijaksana. Saya percaya kepada pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS..

Pada saya, YB Lim Guan Eng dan DAP amat fokus kepada prinsip perjuangan ‘Malaysian-Malaysia’ dari dulu sampai sekarang.. DAP dan LGE membangkang kerajaan sejak era Dr Mahathir lagi. Begitu juga dengan PAS, yang fokus kepada ‘Kepimpinan Ulama’.. dan mereka juga membangkang sejak era Tunku Abdul Rahman lagi..

Hairannya.. Amerika tidak menyokong mereka pun !!

Malahan, Lim Guan Eng dan anak kepada TG Nik Aziz juga pernah ditahan dibawah Akta ISA.. tetapi Amerika tidak pernah mengutuk dan mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia tersebut..

Hairannya.. Kenapa Amerika beria-ria membela dan mempersoalkan kewajaran DS Anwar Ibrahim dikenakan tuduhan salahlaku oleh Kerajaan Malaysia.. Tahun 1998, Anwar disokong oleh Naib Presiden AS, Al-Gore .. Tahun 2008, Anwar disokong oleh Condolezza Rice..

Kenapa Amerika sahaja yang menyokong Anwar? .. dimana suara bantahan dari Rusia? .. dimana suara bantahan dari China? Kenapa hanya Amerika???.. padahal ekonomi Malaysia hanya berada pada tangga ke 16 sebagai rakan dagang AS.

Sebabnya.. DS Anwar adalah orang penting dalam organisasi Foundation of the Future .. Orang-orang yang pro-Anwar mestilah tahu dan sentiasa merujuk blog DS Anwar untuk berita-berita terkini, dan mereka sentiasa mendapat makluman terkini aktiviti DS Anwar dalam organisasi ini.. berikut adalah maklumat dalam Wikipedia..

In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [13]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz’s resignation as president of the organization.[14] He was one of the signatories of A Common Word Between Us and You in 2007, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding.”

———————————————————————————-

Saya rasa.. semua orang sudah sedia maklum akan peranan ‘disebalik tabir’ Yahudi dalam pentadbiran Amerika, malahan calon Presiden mesti mendapat sokongan dan lobi Persatuan Yahudi Amerika untuk mencerahkan lagi peluang calon-calon tersebut.

Dan rakyat Malaysia pun sedar akan hal ini sudah sekian lamanya .. sejak DS Anwar berada dalam UMNO lagi..

Semasa Perang Dingin Amerika-Russia, terdapat satu penerimaan pemikiran kepada ‘Teori Domino’.. dimana kepercayaan fahaman komunisme akan berjangkit kepada negara-negara yang berdekatan dengan kuasa besar Komunis seperti Rusia. Dari Rusia-China-Vietnam-Burma-Thailand-Malaysia-Singapura-dll. (seperti alat permainan blok Domino).

Kerana itu Amerika mengambil langkah pro-aktif dengan menyekat fahaman ini dari terus tersebar dengan memperkenalkan idea ‘Demokrasi’ sebagai alternatif kepada idea ‘Komunisme’..

Bagaimanapun, setelah kejatuhan Rusia dibawah Mikhail Gorbachev.. Islam mula dilihat sebagai musuh utama kepada peradaban Amerika-Yahudi, oleh itu Amerika telah melancarkan pelbagai ideologi seperti ‘Liberalisme’, ‘Globabalisme’, ‘Human Rights’, ‘Terrorisme’ dan lain-lain untuk menyekat pengaruh Islamisasi dari terus berkembang..

Pentadbiran Amerika-Yahudi percaya.. Serangan melulu terhadap Islam akan menghasilkan lebih ramai pengganas baru dan bilangannya amat cepat berkembang sebelum mereka sempat membendungnya, kaedah menggunakan orang Islam sendiri sebagai ‘neutralise’ kepada umat Islam lebih praktikal dan berkesan walaupun memerlukan sedikit bantuan masa.

Seolah-olah anai-anai yang memakan kayu dari dalam.. akhirnya rumah tersebut akan roboh dengan sendirinya..

Dan inilah fungsi-fungsi utama Foundation For The Future, yang dibiayai oleh tabung Amerika untuk membantu NGO dan parti berhaluan kiri sesebuah kerajaan yang tidak sealiran dengan dasar Amerika.

Dan kenapa Foundation For The Future yang berpusat di Washington, dan dilancarkan oleh Condolezza Rice pada 12 November 2005 di Bahrain ini boleh menglibatkan DS Anwar bersama-sama mereka? Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi hubungan Anwar-FFTF ini, anda boleh merujuk artikel AIDC dan Minda Cergas..

———————————————————————————–

Berbalik kepada politik Malaysia.. semasa era pemerintahan Dr Mahathir, orang-orang Yahudi tidak gemar kepada beliau kerana dasarnya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat hasil krisis Israel-Palestin, malahan Dr Mahathir juga menuduh Yahudi memainkan peranan dalam krisis ekonomi 1997 dan mendakwa Yahudi mengawal dunia ini melalui proksi-proksinya.

Usaha Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Malaysia sebenarnya bermula dari tahun 1956 lagi, tetapi sentiasa menemui jalan buntu.. Semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman dan dua PM yang berikutnya, usaha Israel tidak berjaya dan ini diburukkan lagi dengan pendirian keras Dr Mahathir terhadap Yahudi.. sehingga dirinya digelar Anti-Yahudi.

Bagaimanapun, pada tahun 1994, Malaysia mula berlembut dengan Israel dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk berurusan dengan Israel atas hal-hal perniagaan. Pada tahun 1996, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia telah memberi kebenaran kepada bank Malaysia untuk membuat kerjasama dengan bank Israel.

Pada tahun 1997, semasa krisis mata wang.. DS Anwar cenderung kepada pendekatan pasaran bebas, pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan, manakala Dr Mahathir cenderung kepada pengawalan matawang dan pengawalan pelaburan asing, disamping menuduh Gerog Soros sebagai dalang krisis tersebut. Hal ini mencetuskan pertembungan pendapat sesama mereka..

Anehnya.. pada tahun 1998, DS Anwar telah dinobatkan ‘Asian of the Year’ oleh majalah Newsweek..

Anda boleh ikuti artikel “Jewish Political Studies Review-Malaysia : Anti-Semitism without Jews” untuk mengetahui sejarah politik Israel-Malaysia..

————————————————————————————

Oleh itu.. berdasarkan kepada pembacaan dan kajian saya yang tidak seberapa ini, dapatlah saya merumuskan bahwa :

1.  Yahudi-Amerika mula memberi perhatian kepada Anwar, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada Tahun 1994, .. membuka lembaran baru hubungan Israel-Malaysia dengan kelonggaran dasar Malaysia membenarkan hubungan dagang dengan Israel. Ianya seolah-olah menolong usaha Israel sejak tahun 1956 lagi untuk berurusan dengan Malaysia.

2.  Yahudi-Amerika semakin tertarik kepada Anwar semasa krisis mata-wang 1997 diatas kepercayaannya kepada prinsip pasaran bebas, pelaburan asing tanpa had, liberalisasi perdagangan .. yang lebih menepati cita-cita Yahudi-Amerika terhadap pasaran ekonomi dunia sejagat. Dan Amerika tidak suka kepada Dr-Mahathir yang dianggap ultra-Melayu, anti-semitik dan campur-tangan kerajaan dalam ekonomi.

3.  Prinsip demokrasi dan liberalisasi yang didokong oleh Anwar boleh menolong matlamat Yahudi-Amerika untuk meneutralkan orang-orang Islam yang ortodoks dan radikal, seterusnya .. menolong matlamat global Yahudi-Amerika untuk menyekat fahaman Islam yang radikal dari terus merebak.

4.  Dengan gabungan fahaman Islam yang liberal dan kepercayaan kepada pasaran bebas, DS Anwar dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai pakej lengkap agenda globalisasi Yahudi-Amerika .. sejajar dengan penghormatan negara-negara Asia dan Arab terhadap reputasi baik Malaysia sebagai model negara membangun yang berjaya.

5.  Dengan memberi sokongan padu kepada DS Anwar, secara tidak langsung negara-negara Asia dan Arab yang kagum akan kejayaan Malaysia sebelum ini.. akan lebih menghormati DS Anwar dan mudah menerima buah fikiran beliau. Ini akan menolong mempercepatkan agenda Yahudi-Amerika untuk meneutralkan pemimpin-pemimpin negara lain.

Samada Anwar Ibrahim sememangnya proksi Amerika ..

atau beliau sedar tentangnya tetapi sengaja buat-buat tidak tahu ..

atau beliau tidak sedar bahawa dirinya dijadikan kuda tunggangan Yahudi-Amerika ..

terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. Hanya Allah yang Maha Tahu.

19 Responses to “Kenapa Yahudi-Amerika suka Anwar?”

  1. aberamly Says:

    itulah cekka, anuar bijak marketing… itu namanya positioning…. kalau tak silap abe. silap positioning kita jadi apa? tulis cekka. tulis tetap tulis, bongkar tetap bongkar
    —————————————————————————————
    p/s : salam abe ramly,
    saya cuba mengawal diri saya agar tidak ‘bias’ kepada mana-mana ahli politik, kerana saya lebih pentingkan kedaulatan Malaysia dan Islam.. agama yang adil, bukan agama keganasan sebagaimana yang difahami oleh Barat. Harap dapat tunjuk-ajar abe ramly atas kekurangan saya.

  2. nazmi Says:

    bro…
    kalau anwar tul agen yahudi..

    bodohla yahudi bairkan anwar dipenjara 1998…
    lu ingat yahudi bodohka..
    kalau anwar boneka yahudi…
    masa tu la amerika leh guna peluang nak jajah malaysia sbb anwar ditahan tanpa bukti yg kukuh, dipenjara tanpa bukti yg mantap…

    tuduhan rasuah tp hg skrg x terbukti anwar rasuah…
    tuduhan liwat tp logik ka kes liwat berlaku di bangunan yg lum siap dan wujud…
    bawa tilam last2 kantoi sbb nampak sgt rekaan bukti…
    hapuskan bukti tilam….

    lu tengok la ngan mata lu…
    sapa olang kaya dlm mesia…
    itu anak tun M…
    mana dia ambik duit byk2 ada company besar…
    itu mirzan itu dulu tauke MISC, skrg da jd sykt kapal pengangkut gas terbesar dunia lepas petronas beli nak cover hutang…
    itu anak dia sowang lagi itu tauke Kencana Petroleum, dpt AP itu import byk keta mewah masuk malaysia…
    penah jd antara 40 plg kaya…. itu mokhzani la..
    lu x da tau ke…

    itu mukhriz pun pengerusi itu sykt di Mesdaq, Opcom holding…

    lu kata mahathir anti yahudi…
    kepala otak lu…
    itu zaman siapa pemain kriket yahudi dibenar masuk malaysia…
    itu sapa yg jumpa george soros kalau bukan org tua zalim tu…..

    ckp jgn men tuduh but dgn fakla la bro…

    itu anwar lu tengok hidup dia…
    ada senang mcm itu ahli parlimen bn ka..
    itu gua punya ahli parlimen ( bekas ahli parlimen )
    lg senang dr itu anwar…
    dia dah ada harta rm100 juta lebih…
    lu x caya lu pegi la bukak laman web kurnia berhad…
    lu kira share itu othman abdul…
    lu darab ngan harga skrg…
    itu ahli parlimen x da famous dtg dari pedalaman leh kaya…
    x kan yg lain x kaya kot….

    kalau anwar agen yahudi,
    dia x da la bodo2 mau kutip derma mau cari duit biaya kempen pru12,
    mau tumpang itu premis pas dan dap,
    mau sewa itu pejabat keadilan pusat…

    kalau yahudi support,
    lebih baik la dia beli aja itu menara ibu pejabat,
    dia guna duit utk kempen,
    dan dia ada tan sri mb selangor yg bijak mengambil alih itu sykt,
    baik dia guna duit itu yahudi ambil alih itu media prima,

    wa yakin dia gerenti da menang besar kalau dia byk duit…
    x usah susah2 mcm skrg….
    itu parlimen kulim.
    hanya dibekal 500 poster dan banner utk pilihanraya juga hanya beberapa ribu utk election…

    lu tengok election di kem umno…
    duit poster saja ratusan juta…

    kalau lu mau tuduh sapa org yahudi..
    wa rasa lu silap tuduh la
    itu anwar bukan aja rapat ngan amerika…
    itu anwar kawan ulama tersohor dunia,
    prof dr yusof qardawi yg dimusuhi amaerika dan yahudi,

    masa anwar ditangkap…
    bukan amerika ja bersuara…
    indonesia, singapura dll semua bersuara…
    lu jgn men hentam ja…

    kalau betul la anwar agen amerika,
    bodo la yahudi mau biarkan anwar masuk penjara…
    nanti bocor la dia punya lahsia…

    wa mau tanya lu,
    bukanka najib benarkan rakyat yahudi masuk malaysia main bola… tu pemain chelsea tu…

    lu baca skrip najib..
    ucapan dia terang2 puji yahudi dan amerika…
    kerjasama pertahanan lebih byk membantu amaerika..

    wa rasa lu da kena tipu sama itu tv3/4, utusan meloya dan itu belita hairan…

    ha3…
    ha3
    ha3…

  3. nazmi Says:

    lu mau kata anwar agen yahudi…

    wa mau tanya lu…

    bukankah singapura anak angkat yahudi…

    itu temasek holding milik itu singapura kan…

    LU BUKAK LA PAPER…

    1) sapa jual itu Pantai Holding pd itu temasek hoding

    2) sapa gadai itu pulau batu puteh..
    kepala otak win2…

    3) sapa benarkan singapura sertai pihak berkuasa memajukan wpi…

    4) sapa yg hapuskan itu kuota itu utk bumi di dlm wpi

    5) itu sapa punya PM yang jd pengerusi OIC tapi takut mau tlg itu iraq, itu afghanistan…

    6) itu sapa punya keja yg bawa masuk itu dell ( dimiliki yahudi amerika )bukak kilang di penang

    7) kenapa pm itu pak lah flip flop benarkan sykt pembekal senjata kepada amerika utk perang iraq beropresi dlm WPI

    kalau lu kata anwar agen yahudi, amerika

    Asal la bila anwar dan ketua amk suh lu putus hubungan ngan amerika lu x berani…
    lu jd pengecut…

    sapa yg x benarkan menteri dr iran dtg hny kerana iran bermusuh dgn yahudi dan amerika…

    lagi…

    wa mau tanya lu…

    1) itu semua negara terima imf itu negara pro yahudi ka..

    lu tuduh indonesia, thailand, korea dan itu singapura …

    asal time itu wang,

    itu negara yahudi…

    itu maybe kesilapan anwar…

    TAPI…

    korea dan singapura juga menerima bantuan IMF,
    knp boleh stabil ekonomi?

    itu thailand ekonomi skrg lebih baik dr itu malaysia…

    itu dasar mahathir ikat mata wang…

    lu rasa itu bijak ka…

    kenapa sebaik ja diapungkan,

    mata wang naik mendadak nilainya…

    wa rasa kalau x ditambat pd dolar us,

    wa rasa ekonomi kita akan lebih baik…

    DAN YANG PLG PENTING…

    kenapa kita sandarkan ekonomi kita pd dolar amerika…

    bukan euro…

    LU PIKIR LA SAPA PRO YAHUDI DAN AMERIKA…

    LU LUPA KA bagaimana rafidah punya perjanjian dengan amerika ( perjanjian perdagangan amerika – malaysia ) lebih utg kan amaerika atau malayasia?

    anwar masa tu dlm penjara…

    so…

    lu piki la ngan kepala lu sapa pro amerika…

    wa caya anwar sbb dia bukan saja faham agama,

    tapi dia selalu minta nasihat ulama2…

    dan wa rasa itu pemimpin yg kita prlukan..

    letakkan ulama di tempat sepatutnya…

    BUKAN MACAM ITU TUN M
    hina wa punya agama islam..
    wa punya hukum islam hukum hudud….
    hina wa punya nabi…

  4. cekka Says:

    Orang tua berpesan :
    Jangan diganggu orang yang tengah bercinta, kentut kekasihnya pun berbau wangi.. apatah lagi jika mahu mengutuk peribadinya.

    Kita tidak boleh menuduh Anwar bulat-bulat, dan kita juga tidak boleh percaya Anwar bulat-bulat.. Jika kita berada diatas pagar, kita sendiri boleh menilainya. Dan penilaian kita tidak semestinya sama dengan orang lain.

    Kerana itulah orang Melayu-Islam benci kepada BN, kerana bisnes.. mereka berbaik-baik dengan Israel. Dan adakah rakyat tidak akan marah jika Anwar selepas ini akan berbaik-baik dengan Israel?

    Jika BN baik dengan Israel, dikatanya BN khianat kepada bangsa dan agama.. Jika Anwar baik dengan Israel, dikatanya Anwar berdakwah dan memperjuangkan Islam..

    Ini sikap pemikiran kita yang ‘double-standard’ kepada Anwar dan BN..

  5. cekka Says:

    Seperkara lagi..

    Dibawah pentadbiran BN, Israel berjaya menerobos masuk melalui jalan bisnes..

    Dibawah pentadbiran Anwar nanti, Israel berjaya adakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.. kalau anda tidak percaya, anda kena tunggulah Anwar jadi PM dulu.

    Belajar dari sejarah.. kerana sejarah adalah fakta. Saya tidak kisah jika kenyataan saya tidak popular..

  6. hamba allah Says:

    bulan banyak berkat ni jangan dicemari gan kata2 kotor…hilang pahala puasa…tak baik tuduh menuduh…tapi,buet po dok bela sangat anwar 2 dapat apa?kembali pada ajaran isla,i2 lebih baik..salam

  7. lompiang Says:

    problem terbesar polimik melayu sekarang ni adalah munculnya Fanatik Fanatik Politik, sedangkan kita sepatutnya mempunyai daya pemikirang yang lebih baik dari zaman sebelum tetapi fanatik politik masih berleluasa dan semakin menjadi norma dalam masyarakat. Saya bukan menyokong artikel artikel cekka tapi perbincangan dan penulisan seperti inilah yang patut di baca dan di fikirkan.

    jangan kerana sikap marah, islam digadaikan.

    Sayabas kepada Cekka…

  8. cody34a Says:

    Hi I am new to these site I hope this was the right place to introduce myself.
    so yeah I wanted to say hi [url=http://www.homeinternetjobs.com.au][img]http://www.homeinternetjobs.com.au/laptops2009.gif[/img][/url]

  9. Anonymous Says:

    sudala korg dok gaduh backup anwar la najib la mahathir la sampai sggup mati tok dorg..
    dorg ad bg korg benefit ke??
    korg gaduh2 cina ngan india suke..senang cite baik berdoa kat tuhan selamatkan negara ni lagi baik…
    sape2 memerintah pun takpe


  10. Many pilots have a preferred brand or model of headset they wouldn’t consider flying without. Play catch with your son, weed the garden with your wife. Ten to 15 minutes of laughter could increase energy expenditure by 10 to 40 calories per day, which could translate into about four pounds a year.

  11. linux server Says:

    Pick your wireless network from the list and fill in
    the detail for you security encryption. if you are not an Internet Service Provider providing e-mail addresses to
    your customers or a web hosting company setting up e-mail
    accounts for your clients, then collaboration software will be a better fit for your company.

    Many are wondering if they should jump ship to transition to a
    Windows virtual server or Linux virtual server as more and more solution for online server technologies become available.


  12. You actually make it seem really easy along with your presentation but I in finding
    this matter to be actually one thing that I
    think I would never understand. It seems too complicated and extremely huge for me.
    I’m having a look ahead in your subsequent publish, I will try to get the
    hang of it!


  13. If you would like to increase your know-how simply keep visiting this web
    page and be updated with the latest news posted
    here.


  14. I really like your blog.. very nice colors & theme.
    Did you make this website yourself or did
    you hire someone to do it for you? Plz answer back as
    I’m looking to construct my own blog and would like to know where u got this from.

    kudos

  15. ln-s.net Says:

    Hi, Neat post. There is a problem together with your site in
    internet explorer, would test this? IE still is the
    market chief and a big component of other folks will miss your
    wonderful writing because of this problem.


  16. Ahaa, its good conversation about this piece of writing at this place
    at this web site, I have read all that, so now me also commenting at this place.

  17. B Baldinger Says:

    There is nothing on blogs more enlightening tthan
    a fabulous post like this one. I know I appreciate it it

    it normally takes to do. I appreciate stopping by wordpress.com frequently to
    see more about
    my study about Morrisstown Attorney.


  18. As teenagers and young grownups, the sexually abused feminine might develop a destructive lifestyle and self-detest.

    There may also be an appearance of whitish or
    grayish patches, all over the nail.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: