16 Sept : Kerajaan baru perlu restu Yang di-Pertuan Agong

September 6, 2008

10 HARI LAGI..

1.  Tarikh 16 September 2008 ini sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.. begitu juga dengan ‘mata-mata’ diluar negara yang sentiasa memerhati perkembangan semasa politik Malaysia. Sekarang hanya tinggal 10 hari dari tarikh yang diwar-warkan itu.

2.  Perkembangan ini hasil lanjutan dari ‘tsunami politik’ PRU 13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN, dimana BN memperolehi 141 kerusi (64%) dan PR memperolehi 81 kerusi (36%).

3.  Hasil kejayaan tersebut, terdapat ura-ura agar Pakatan Rakyat meneruskan momentum penolakkan rakyat terhadap BN melalui ‘jalan belakang’, ianya selaras dengan kepercayaan agar BN tidak diberi ruang untuk membina kekuatannya semula sebelum PRU 14. Matlamat ini hanya berjaya sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 31 YB BN ‘melompat’ kepada Pakatan Rakyat.

4.  Natijahnya, BN berada dalam keadaan yang cemas dan huru-hara .. samada cemas kerana takut kehilangan kuasa ataupun cemas akan diheret ke mahkamah diatas salah-laku mereka selama ini.

5.  Ini dapat diperhatikan dari usaha-usaha BN yang cuba mengekalkan pengaruh dengan parti-parti komponennya, terutama dari Sabah dan Sarawak.. sehinggakan terdapat usaha-usaha terdesak seperti menandatangani surat ikrar taat setia dan peruntukkan bajet yang besar kepada Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2009 baru-baru ini.

6.  Setakat ini, terdapat satu protes terang-terangan dari parti komponen BN iaitu SAPP, yang diterajui oleh Datuk Yong Teck Lee. Malahan parti tersebut berura-ura mahu membawa usul tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah tetapi senyap begitu sahaja.

7.  Perkembangan terbaru, parti MCA dan Gerakan sudah menunjukkan protes keatas kenyataan YB BN Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang memainkan isu perkauman. Bagaimanapun.. situasi tersebut dikendurkan dengan pernyataan maaf dari DS Najib dan tindakan susulan akan dikenakan.

8.  Keadaan BN lebih cemas apabila DS Anwar berulang-kali dengan konsistennya, menyatakan matlamat itu akan tercapai TETAPI terdapat beberapa perkara yang perlu dihalusi dan melibatkan hal-hal teknikal.

9.  Jika melihat kepada bilangan kerusi dalam Pakatan Rakyat .yang berjumlah 81 kerusi. PKR=31 kerusi (38%), DAP=28 kerusi (35%) dan PAS=22 kerusi (27%). Oleh itu, YB-YB BN yang melompat perlu  memilih untuk menyertai mana-mana parti samada PKR, DAP atau PAS.

10.  Memandangkan PKR dan DAP menjadi pilihan utama kepada YB BN yang bukan Melayu-Muslim, dianggarkan jumlah peratusan kerusi untuk PKR dan DAP akan bertambah berbanding PAS. Bagaimana pun, DS Anwar masih memerlukan peranan PAS sebagai tangan kanannya untuk mendapat pengundi Melayu-Islam, manakala DAP sebagai tangan kirinya untuk meraih pengundi dari Cina dan India.

11.  Memandangkan aliran PKR dan DAP yang agak senada, iaitu memperjuangkan konsep ‘Malaysia n-Malaysia’. Terdapat beberapa halangan yang perlu diambil kira oleh DS Anwar berkenaan dengan kerajaan Pakatan Rakyat itu nanti :

11 (a).  Pendirian tegas PAS untuk terlibat aktif dalam penggubal dasar pemerintahan, yang bermaksud mahu menegakkan syiar Islam di Malaysia .. perkara ini amat bertentangan dengan prinsip DAP yang mahu kesama-rataan agama dan Islam tidak dijadikan agama rasmi Malaysia.

11 (b).  Pembahagian jawatan Menteri sesama parti komponen dan juga tawaran yang telah dijanjikan kepada YB-YB BN yang mahu melompat. Sekiranya tidak berjaya ditangani dengan bijak, boleh menimbulkan ‘conflict of interest’ diantara YB Pakatan Rakyat yang setia kepada DS Anwar selama ini dan YB Pakatan yang baru melompat.

11 (c).  Memandangkan objektif DS Anwar dan DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.. maka, hal-hal ini melibatkan perkara-perkara teknikal yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di mana, Malaysia masih mengekalkan Raja sebagai institusi yang penting dan Yang di- Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menjaga kedaulatan Agama Islam dan kuasa kepada Rejimen Askar Melayu Di-Raja (RAMD).

12.  Dengan kata lain, YDP Agong boleh mengarahkan tentera mengambil-alih pemerintahan sekiranya terdapat usaha-usaha untuk mencemarkan Islam dan kedaulatan Malaysia. Ini bermakna, Malaysia akan diisytiharkan darurat..

13.  Dengan kesedaran dan pengetahuan Raja-Raja Melayu terhadap politik Malaysia, adalah diakui terdapat kesukaran untuk melaksanakan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah republik. Ini dibuktikan dengan penglibatan Raja Nazrin dalam kes perlantikan MB Perak, campur-tangan Istana dalam kes MB Terengganu dan pesanan Raja Muda Kelantan berkaitan isu-isu orang Melayu.

14.  Sekiranya Pakatan Rakyat mahu membuang status Islam sebagai agama rasmi Malaysia atau menyentuh hal-hal sensitiviti Institusi Di-Raja, amat diyakini rakyat Melayu-Islam akan bangkit memberontak dan PAS akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat.

15.  Untuk mengimbangi keadaan ini.. DS Anwar harus mencari 53 YB baru sekarang, yang bukan beragama Islam, (sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat) untuk menjayakan agenda Republik Malaysia, sebagaimana yang dimahukan oleh DAP.

16.  Dan halangan kedua beliau ialah YDP Agong, Raja-Raja Melayu, Tentera dan Rakyat Malaysia.. berdasarkan artikel 153 dan artikel 160 Perlembagaan Malaysia.

16(a)- Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

16(b)- Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

17.  Keadaan semasa ialah .. rakyat bersatu memberi restu kepada DS Anwar untuk menolak BN yang dianggap korup dan khianat kepada rakyat sendiri. Tidak mustahil rakyat juga akan bersatu sekiranya terdapat usaha kerajaan baru untuk mengganggu status Islam sebagai agama rasmi dan kuasa orang-orang Melayu..

18.  Institusi Di-Raja dan Tentera hanya memantau keadaan politik semasa dari jauh, dan akan campur-tangan sekiranya keadaan tersebut benar-benar berlaku.. Wallahualam.

2 Responses to “16 Sept : Kerajaan baru perlu restu Yang di-Pertuan Agong”


  1. You are tagged.
    They are tagged.

  2. 6kyAngel Says:

    i don’t new government… which i think.. is more useless…
    ————————————————————–
    p/s : 6ky Angel,
    glad to hear your comment.. however, wind of change can’t be denied. It is on-going process applicable to universe.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: