Di mana keadilan untuk Melayu dalam PKR?

September 4, 2008

Inikah yang kita mahu di Malaysia??

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand mengisytiharkan darurat di Bangkok semalam dengan memberikan kuasa kepada tentera untuk memulihkan semula ketenteraman selepas pertempuran tengah malam antara penyokong pembangkang dan kerajaan yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 43 yang lain cedera. Lihat berita penuh disini..

————————————————————————————–

Saya telah membaca komen-komen bloggers dalam artikel Susan Loone yang berbau perkauman dan anti-kerajaan, hasil dari komen Nadia Ismail yang menyatakan rasa gembiranya Malaysia tidak terjebak seperti rusuhan di Thailand.

Kita tahu kerajaan kita sekarang tidak betul.. tetapi perlukah kita merusuh?

Matlamat utama artikel Susan Loone ini ialah menunjukkan bahawa baiknya polis disana kerana tidak menggunakan kekerasan berbanding polis dan FRU di Malaysia. Polis di Malaysia ganas.. FRU di Malaysia takde hati perut .. polis Malaysia tak berlaku adil..

————————————————————————————-

Di mana suara Anwar sekarang dalam isu perkauman? .. sebagai seorang pemimpin kononnya, membiarkan isu ini berlarutan atau adakah sengaja ia dilarutkan? Demi mengejar pengaruh dari rakyat Cina dan India.. dibiarkan isu ini agar ramai lagi orang benci kepada BN.. dibiarkan DAP mengulang-ulang tayang isu perkauman agar lebih ramai orang Cina berpihak kepadanya.

Ini bukan sikap pemimpin yang berjiwa besar dan ini bukan sikap pemimipin berjiwa rakyat malaysia yang mahukan perpaduan.. Anwar adalah pemimpin politik, bukan pemimpin rakyat. Ini realiti orang-orang Pakatan Rakyat kena terima.. samada suka atau tidak.

Jika rakyat Melayu dan Muslim melenting, dia akan jadi juara untuk mereka.. jika rakyat Cina dan India melenting, dia juga akan jadi juara untuk mereka.. jika rakyat marah pasal bajet, dia akan bagi bajet yang lebih baik lagi.. mahu jadi juara dalam semua isu.

Benarlah kata orang.. Anwar macam sesumpah yang boleh bertukar kulit bila-bila masa.. dalam pepatah Melayu.. ‘Talam Dua Muka’.

Anwar cuma “menangguk di air keruh”.. Inilah Anwar. .. Saiful..

YB Lim Guan Eng, beliau lebih berpijak di bumi nyata.. Malaysia bukan negara untuk orang Cina dan India sahaja, orang Melayu pun ada juga. YB LGE cuma mahu menaik-taraf hak-hak orang bukan Melayu agar beroleh keadilan yang setara dengan orang-orang Melayu.

Oh ya.. mungkin Anwar terlupa, kerana terlalu sibuk mengejar MP-MP BN agar cepat-cepat melompat. Masalah kaum-kaum sedang kepanasan ini bukannya masalah besar sangat.. biar rakyat makin benci kepada BN dan mengundi dirinya.

Anda boleh mengatakan saya ini prejudis kepada Anwar.. tidak mengapa.  Saya tidak menyokong Pak Lah dan kroni-kroninya juga.. Masa akan membuktikan, siapa itu Anwar.. dan saya harap Malaysia ketika itu belum terlewat untuk kembali kepangkal jalan..

Sebagaimana impian Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambathan dulu..

————————————————————————————

Datuk Ahmad Ismail dan Naib Kanselor UiTM memang tidak bertanggung-jawab.. mengeluarkan kenyataan sesuka-hati tanpa mengira sensitiviti kaum lain. Inilah bahana jika ada ahli politik yang cuba mengampu pemimpin, mahu menjadi juara dalam isu kaum.. mahu ‘back-up’ Pak Lah kononnya.

Dalam DAP, Lim Kit Siang nampak agak radikal tentang isu perkauman. Lim Kit Siang suka memanaskan keadaan bukannya mengendurkan keadaan. Lim Kit Siang suka jadi ‘batu api’.. Batu api wajar dikenakan hukuman mengikut Akta Hasutan..

Sekiranya ada isu berbangkit tentang orang-orang Cina, Lim Kit Siang dan PKR cepat benar melatah.. Masalahnya.. adakah benar PKR ini mahu memperjuangkan hak-hak semua kaum di Malaysia? Kenapakah YB Zulkifli Nordin tidak dibela.. di mana haknya sebagai seorang Melayu yang beragama Islam? Adakah PKR ini hanya untuk orang Cina sahaja?

Pujian harus diberi kepada Najib dan MCA.. Najib memohon maaf bagi pihak UMNO selaku wakil Melayu, manakala MCA selaku wakil Cina boleh menerima pernyataan maaf Umno. Tidak cukup dengan itu, laporan polis telah dilakukan agar YB Ahmad Ismail beroleh hukuman sewajarnya. Terbaru, Gerakan mencadangkan agar diadakan kod etika ahli BN agar perkara ini tidak lagi berulang.. Inilah toleransi sesama kaum.

Tetapi .. dimana toleransi kaum dalam PKR? Hak-hak orang Cina mahu diperjuangkan.. hak-hak Zulkifli Nordin sebagai orang Melayu-Islam cuba dinafikan, malahan.. ada ura-ura yang mahu YB Zulkifli disingkirkan dari PKR. Di mana hak Zulkifli sebagai orang Melayu yang mahu mengamalkan kepercayaan agamanya di Malaysia.. kenapa haknya tidak boleh, tetapi hak orang cina dibolehkan. Tolerasi kaum apa yang PKR guna-pakai?

Benarlah.. kerana taksub kepada kebencian yang teramat-sangat kepada BN, keburukan dalam rumah sendiri pun tidak ambil peduli.. “Nyamuk seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak”. Tetapi begitulah lagak penyokong tegar PKR.. Anwar lain dari lain, Anwar juara rakyat, Anwar itu-dan-ini..

————————————————————————————-

Saya juga tidak suka dengan kepimpinan Pak Lah dan BN keseluruhannya, lebih-lebih lagi dalam hal korupsi.. saya percaya BN korup. Itu kenyataan.. Para pemimpin BN berselindung disebalik dasar-dasar membantu orang Melayu, dan mengkhianati orang Melayu sendiri.

Sekarang cuba menegakkan benang basah, agar terus-menerus mengaut kekayaan disebalik dasar-dasar menolong Melayu. Tidak hairanlah jika MCA,MIC dan Gerakan memendam rasa.. mahu dibantah, tidak boleh.. nanti pecah tembelang pula, MCA,MIC dan Gerakan pun mahu buat duit juga. Inilah yang membuatkan orang Cina dan India semakin menjauhkan diri..

Mahukah kita mengikut rentak-tari orang-orang politik yang mempermainkan fikiran dan nilai sentimental dalam diri kita, mengikut rentak mereka? Untuk kepentingan mereka?

Pada saya, nilai kemerdekaan sebenar bukannya pada 31 Ogos ataupun 16 Sept.. kemerdekaan sebenar ialah kebebasan diri sendiri dalam berfikir dan membuat keputusan untuk diri sendiri.

3 Responses to “Di mana keadilan untuk Melayu dalam PKR?”

  1. aberamly Says:

    MAILAH MASUK http://aberamly.wordpress.com UNTUK DAPATKAN ANUAR BERSUMPAH.

  2. Fazrul Says:

    Salam,

    Kita masih selamat di Malaysia ini, tapi entah sampai bila keharmonian ini akan dapat bertahan….

    Salam..

    ——————————————————————————————-
    p/s : relax bro.. rakyat malaysia skrg dah matang, buleh pilih yang baik dari yang buruk.


  3. Saudara,

    Saya nampak kejernihan fakta yang hendak disampaikan oleh penulis. Namun jangan terperangkap dengan situasi politik, jika anda tidak benar-benar matang di dalam arena politik. Politik Machieveli matlamat boleh menghalalkan cara. Namun Islam, semuanya berdasarkan peraturan, undang-undang, syariat, berakhlak, bermoral dan beretika. Dalam nisbah perkauman, ISLAM lebih tinggi dari kaum, malah ISLAM akan menjaga kemaslahatan semua kaum yang ingin tunduk kepada fakta kebenaran – the ultimate truth, dan bersandarkan ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi yang tidak dimanipulasikan.

    Oleh itu ada baiknya, bila kita menilai sesuatu isu dari sudut yang lebih “besar ruang lingkup”, tidak hanya terikat dengan fahaman sempit perkauman, keagamaan, kebudayaan, dan isu undang-undang sahaja. Pendekatan menyeluruh dan universal sangat membantu memahami polimek dan persengketaan atau dengan kata lain “MEMAHAMI KRISIS”.

    Arau

    PERLIS DARUS SUNNAH


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: