31 Ogos atau 16 September?

September 3, 2008

Heboh pulak pasal Hari Kemerdekaan tidak betul.. bermacam-macam andaian dan telahan yang dibuat. Ada yang kata UMNO cuba memutar-belit fakta hari kemerdekaan, ada yang kata ianya bermotifkan politik, ada yang setuju dan ada yang marah-marah.. sebab buku teks sejarah SPM tak betul.

Hakikatnya.. dua-dua betul. Bergantung kepada interprasi masing-masing..

31 Ogos 1957 adalah tarikh dimana penjajah British telah ‘surrender’ kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara.. British dah letak senjata, malas dah nak layan orang Tanah Melayu.

16 September 1963 ialah tarikh penyatuan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk persekutuan negeri yang diberi nama Malaysia.

————————————————————————————–

Semuanya bermula apabila DS Anwar memberi komen, 16 September sebagai tarikh keramat untuk penduduk Malaysia yang lebih menepati maksud BANGSA MALAYSIA.

Wah.. apa sahaja yang keluar dari mulut DS Anwar, mesti jadi isu..

Bahkan, kerajaan Pakatan Rakyat di kelima-lima negeri bawah jajahannya berura-ura hendak menjadikan 16 September sebagai hari cuti umum.. bermula dengan negeri Pulau Pinang, dibawah kuasa YB Lim Guan Eng. Manakala Kelantan dan Perak sudah bersetuju pada dasarnya, dan dijangka Kedah dan Selangor akan mengikuti langkah kroni-kroni mereka..

Kebetulannya, tarikh 16 September bersamaan dengan janji-janji DS Anwar untuk menukar kerajaan.. apa pun, ianya mungkin ada motif politik.. tetapi hal itu tidak penting sangat.

————————————————————————————–

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, tentulah berita ini amat menggembirakan mereka. Ye lah.. mereka juga sebahagian dari Malaysia.. bukan begitu? Pada mereka, tarikh 16 Sept lebih bererti dan bermakna kerana ianya menepati dengan sejarah negeri-negeri mereka..

Tetapi, kepada orang-orang di Semenanjung Malaysia.. tarikh 31 Ogos 1957 lebih bererti, kerana perjuangan mereka terhadap British berjaya mencapai maksudnya. Rentetan dari itu.. hasil dari pengunduran British, usaha-usaha tersebut dipanjangkan lagi dengan penyatuan Sabah dan Sarawak.

Bagi saya.. 31 Ogos lebih menepati maksud kemerdekaan, manakala 16 Sept lebih menepati maksud penyatuan dan perpaduan. Oleh itu.. untuk berlaku adil, Malaysia kenalah menyambut kedua-dua hari bersejarah tersebut.

31 Ogos sebagai tanda penguasaan penjajah sudah berakhir, dan 16 September sebagai tanda rakyat Malaysia bersatu. Mungkin kerajaan boleh memilih tema ‘Hari Penyatuan Malaysia Tahun ke 45’ pada 16 September dan ‘Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51’ pada 31 Ogos setiap tahun.

————————————————————————————

Timbul pula isu Malaysia terlampau banyak hari cuti.. takut pelabur lari pula. Soal itu tidak menjadi keutamaan sangat, jika dasar-dasar ekonomi Malaysia kukuh.. pelabur tetap datang juga.

Seperkara lagi, tokoh-tokoh kemerdekaan hendaklah dipanjangkan senarainya.. bukan penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman sahaja, bagaimana dengan Dr Burhanudin Helmi, Tuk Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain lagi? Mereka juga memainkan peranan penting kearah mencetuskan kesedaran rakyat untuk bangun menentang penjajahan.

Oleh itu, lebih baik kerajaan dapat mengumpul pakar-pakar sejarah dalam negara, agar satu kajian lengkap dapat dibuat dan seterusnya diperbukukan untuk generasi akan datang.

Semoga perbezaan pendapat dan khilaf rakyat Malaysia dalam hal ini dapat membantu ke arah sejarah Malaysia yang lebih sempurna..

Berikut adalah cadangan (proposal) bendera-bendera Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.. lihat sini untuk mengetahui sejarahnya dengan lanjut..

Tahun 1947

Tahun 1949

Tahun 1949

Tahun 1950

Tahun 1950

4 Responses to “31 Ogos atau 16 September?”

  1. Fazrul Says:

    Salam cekka,

    Ya, betul kedua2nya merupakan tarikh penting dalam catatan sejarah tanah melayu, yng penting kemerdekaan perlu bermula dari tarikh mula2 kita bebas dari belengu penjajah…

    salam mesra,
    ———————————————————————————————–

    salam fazrul,
    harap-harapnya kita tidak terkeliru dengan kedua-dua fakta ini.

  2. Norhafiz Haron Says:

    Salam,

    Saya juga bersetuju dengan kedua-dua tarikh keramat tu… Cuma saya rasa tarikh 16 Sept tu telah dipolitikkan. Sepatutnya perbincangan dibuat dengan ikhlas tapi bukan dengan emosi oleh pencadang.

    p.s: Sokong jika kedua-dua tarikh disambut sama adil….

  3. Teng Kong Leong Says:

    Why not Penang declare Independence on Sept 16th?
    —————————————————————————————
    p/s : welcome Teng Kong Leong,
    Is it National Celebration’s Day enough already? For 31 Aug and 16 Sept.

  4. Red Says:

    Janji negara kita sambut Merdeka dan bebas dari penjajah sudah….Syukur kerana negara kita tidak dijajah lagi…Boleh hidup dengan aman damai…

    Opsss, skrg dh mcm x damai, sbb puak Hindraf asyik dok cari pasal dgn orang melayu…Diulangi, cari pasal dengan orang melayu, bukan Kerajaan…Hehehehe
    ————————————————————————————————
    p/s : Janganlah kita terikut-ikut dengan orang yang memainkan api perkauman..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: