Khairy mahu kawal Petronas?

September 2, 2008

Awal bulan lepas, kami sekeluarga ‘makan angin’ kat Kedah.. bukannya kerana mahu pergi sangat, tetapi kerana terpaksa pergi. Kami mahu merisik anak perempuan orang untuk dijadikan isteri kepada adik saya.. Rumah ‘bakal’ pengantin perempuan terletak di Alor Star, jadi malam sebelumnya kami berkampung di rumah pak sedara di Pendang.

Esoknya, yang paling sibuk tentulah geng-geng perempuan.. pelbagai barangan yang perlu dibawa sebagai hantaran atau buah-tangan. Saya? .. cuma jadi driver sahaja.

Inilah salah satu budaya orang Melayu yang masih berkekalan, terutamanya di kampung-kampung. Kalau di bandar besar semacam Kuala Lumpur.. mungkin lebih selesa bersanding di hotel kot.

Kebetulannya, hari merisik tersebut awal sehari dari hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh .. maka ramailah orang yang bertandang ke Pulau Pinang. Banyak kereta atas jalan-raya menghala ke Permatang Pauh, tetapi kami tidak hiraukan sangat kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan..

————————————————————————————-

Alhamdulillah.. pihak perempuan tidak meletakkan syarat yang keterlaluan, cukuplah sekadar mas kahwin sebanyak RM 3,500 dan sebentuk cincin. Belanja hantaran terpulanglah kepada pihak lelaki sebanyak mana.. setakat yang ikhlas. Setelah berbincang, maka pihak lelaki bersetuju memberi belanja sebanyak 3 ribu. Jadi, kesemuanya RM 6,500 dan sebentuk cincin..

Itulah manisnya budaya Melayu.. hormat-menghormati kepada yang tua dan mempermudahkan urusan yang baik.

Saya teringat kepada sepupu saya yang berkahwin baru-baru ini di Terengganu, yang tinggal dalam Felda. Belanja hantarannya sahaja sudah RM 8 ribu ‘serba-satu’, samalah juga halnya dengan adik perempuan kawan saya yang tinggal dalam kebun durian di Raub, Pahang.. belanja hantarannya sahaja mahu 10 ribu..

Nampak gayanya.. orang lelaki kena fikir dua kali kalau mahu kahwin dengan perempuan yang tinggal jauh di pendalaman.. mak-ayah nak jual anak ke apa?

————————————————————————————-

Berbalik di Kedah, setelah selesai urusan merisik.. saya mula lah menggatal nak pergi makan angin ke Pulau Pinang. Tapi bukannya ke Permatang Pauh.. ke Georgetown.

Disana, saya berjumpa dengan pak saudara kepada isteri adik saya, yang bekerja di Petronas Dagangan Bhd. Setelah bersalam-salaman, saya cuba mengusik beliau dengan isu kenaikan minyak baru-baru ini.

Pak saudara saya itu menjelaskan, orang Petronas sekarang bimbang dan letih dengan permainan orang politik sekarang. Baru-baru ini, jelasnya, ada staf Petronas kena pukul dalam LRT di Kuala Lumpur.. puncanya kerana terdapat sekumpulan pemuda yang bengang dengan kenalannya itu yang memakai baju Petronas.

Mereka mendakwa, orang Petronas bersekongkol dengan kerajaan untuk menaikkan harga minyak. (Mengeluh..) Saya nampak mereka mungkin pemuda-pemuda pro-PKR yang bengang. Inilah hasilnya jika emosi orang muda dipermainkan.. mereka ini tidak fikir panjang, cuma ikut hentam saja.

Tambahnya lagi.. staf Petronas bimbang kerana Khairy sekarang sudah muncul di Petronas. Khairy cuba melemahkan kuasa Tan Sri Hasan Merican dalam Petronas. Sebagai CEO, Tan Sri sudah tentulah memegang pelbagai jawatan dalam anak-anak syarikat Petronas.

Setakat ini, satu jawatan Pengerusi telah berjaya dilucutkan dan telah diganti dengan orang Khairy. Saya cuba merisik namanya, tetapi beliau enggan beritahu.. rahsia dalaman Petronas katanya. Beliau tidak sanggup mendedahkannya kerana takut kehilangan kerja. Ya tak ya juga.. Petronas gajinya mahal.

Menurutnya lagi, Khairy sedang berusaha untuk mengaut seberapa banyak jawatan Pengerusi dalam anak-anak syarikat Petronas.. dan jawatan-jawatan ini akan diserahkan kepada proksi-proksinya. Tan Sri Hasan sekarang sudah pening kepala kerana Petronas sekarang sudah ada campur-tangan dari orang politik. Hendak dibantah tidak boleh, kerana Petronas adalah GLC (Government-Link Company) .. yang mana kerajaan sebagai pemegang saham majoriti.

Orang Petronas bimbang kes Pertamina, iaitu syarikat minyak hasil kongsi Petronas-Indonesia akan berulang.. sebelum itu, Pertamina mula menampakkan kejayaan hasil kendalian 100% bawah Petronas. Tetapi setelah ada campur-tangan kerajaan (orang politik), Pertamina mula mencatatkan kerugian demi kerugian. Sekarang, isu Pertamina senyap begitu sahaja..

Inilah yang dibimbangkan oleh staf Petronas sekarang, mungkin selepas ini gaji dan elaun tidak semewah sekarang.. mahu tidaknya, hasil Petronas disalurkan ke lain.

————————————————————————————

Kenyataan ini memang tidak bercanggah dengan pak saudara saya yang berjawatan eksekutif di KLCC dan adik ipar saya di Kertih, Terengganu. Mereka tahu campur-tangan orang politik dalam Petronas, semuanya ada direkodkan.. tetapi terpaksa mengunci mulut jika mahu terus dikekalkan dalam Petronas.

Menurut mereka, hampir 80% staf Petronas menyokong Anwar-PAS.. Mereka tidak menyokong PKR. Mereka juga tidak mahu kepada Anwar juga sebenarnya.. sebab Anwar juga ada ‘track-record’ yang tidak baik dengan Petronas.

Tetapi, mereka terpaksa menyokong Anwar sekarang kerana Khairy sudah dilihat keterlaluan.. Soal Anwar meliwat atau tidak, itu kena fikir kemudian.. BN sudah makin mengarut, kata mereka. Rata-rata dari mereka (staf Petronas) juga menolak Anwar kerana dasar luarnya dengan AS. Tetapi apakah pilihan yang mereka ada selain Anwar?

5 Responses to “Khairy mahu kawal Petronas?”

  1. penulis_cyber Says:

    hmmmm….satu lagi cerita yg sukar ditolak atau diterima…

    kita kena pastikan….

    tp seronok membaca artikel ini..

    tq

  2. yg_x_terpikir Says:

    aik….anwar pon ada org benci,khairy pon ada org benci…
    serupa je mereka neh…
    owh lupe…
    khairy bekas anak buah anwar…x kan xde yg same kot…
    silap2 khairy tu successor anwar utk org benci UMNO…
    probability tggi gak tu…

  3. parchy Says:

    things are better left unspoken. it is the small potatoes to compare serving for the nation. be a strategic observer than a follower huh
    ————————————————-
    p/s : Hi Parchy,
    Yup.. sometimes be a observer better than follower.

  4. skoolgurl Says:

    per nk jd..silap ari bulan negara mlsia jd negara termiskin..xde saper nk pndg lg..huh..united la sikt..


  5. Hey: Love the blog, I found it in bing. I will check back often to see how it evolves


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: