Rasuah : Jangan ada ‘double-standard’

September 1, 2008

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.

Menurut sumber, ADUN berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.

Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.- BERNAMA

Harap-harap, kerajaan dan media bersikap adil dalam hal ini. Membanteras rasuah usaha yang sangat terpuji.. tetapi jika kes pembangkang lebih diwar-warkan, tentulah rakyat curiga dan meluat dengan kerajaan. Dalam kes 2 Adun PKR baru-baru ni.. media suka mengulang-tayang cerita tersebut berhari-hari..

Mungkin masa itu dekat piliharaya kot?

Orang-orang BN pun kenalah muhasabah diri sendiri.. janganlah salahkan pemimpin saja yang tidak betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: