Mencari pegangan diri dalam kekalutan politik

August 31, 2008

Merenung kembali keadaan politik Malaysia, memang menyesakkan perasaan. Hati kita seolah-olah mahu menjerit untuk meluahkan kekecewaan, amarah dan penyesalan terhadap apa yang berlaku. Kita akan marah jika orang lain tidak sealiran atau tidak berfikir seperti kita..

Apakah dengan mencaci-maki, kutuk-mengutuk boleh menyelesaikan keadaan? ..Ini bukan akhlak seorang Islam.

Apakah dengan mengikut api kebencian boleh menyelesaikan keadaan? .. Ingatkah lagi kita akan makluk tuhan yang bernama syaitan yang suka memecah-belahkan umat manusia.

Apakah dengan mendabik diri kita berada dipihak yang benar boleh menyelesaikan keadaan? .. Sifat bangga diri, ego, riak dan takbur sememangnya bukan akhlak Islam dan Melayu.

————————————————————————————–

Islam dan Melayu adalah dua perkara yang berbeza..

Islam adalah pegangan kepercayaan kita kepada Allah sebagai Tuhan, dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penyampai utusannya. Agama lain mungkin berbeza siapa tuhan mereka .. dan kita kena hormati kepercayaan mereka. “Agamaku untuk ku, Agama mu untuk mu”

Melayu adalah susur-galur keturunan kita, budaya kita dan apa yang keluarga kita percaya. Budaya melayu tidak sama dengan budaya cina/ budaya india/ budaya eropah/ budaya afrika. “Keluargaku untuk ku, keluarga mu untuk mu”

Dengan kata lain, kita harus menghormati orang lain walaupun mereka itu beragama selain Islam atau mereka bukan dari keluarga besar kita. Dengan satu syarat : Jangan hina kami dan jangan hapuskan kami .. wajib kita bangun untuk mempertahankan maruah kita sendiri. Selagi seseorang itu manusia, dia wajib pertahankan maruah jika sempurna akalnya.

Perkara pokoknya .. Jaga diri sendiri dan keluarga, dan hormati orang lain.

————————————————————————————

Menjaga diri sendiri

Saya menyimpulkan, keadaan semasa ini kita dalam perbalahan.. kita berbalah pendapat dengan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan orang luar (terutamanya dalam internet).

Kita marah kalau orang tidak mahu dengar nasihat kita.. kita marah kalau orang perlecehkan pandangan kita.. kita marah kalau orang kutuk pemimpin idola kita.

Sebagai seorang Islam, kita kena bersabar dengan kutukan dan cacian.. kesabaran adalah separuh dari iman, bukankah itu seperti yang dikata orang?.. Sabar dari cacian bukan bermaksud kita penakut atau lemah, tapi ianya satu proses untuk muhasabah diri sendiri.

Apakah kita ini ada buat silap sehingga orang benci kepada kita? dan pernahkah kita menghormati orang lain? Hebat sangatkah ilmu agama/ilmu dunia kita untuk memperlecehkan ilmu orang lain?

Ada orang berpesan :

Jika orang itu jahil dan dia tidak sedar yang dirinya jahil.. maka ajarlah dia.

Tetapi jika orang jahil itu tidak mahu menerima ajaran, malahan dikutuknya pula kita ini .. maka orang itu bodoh sombong. Tetapi kita tetap kena menghormatinya dan jangan menghinanya.. lebih-lebih lagi jika orang itu rapat dengan kita sendiri. Jalan terbaik.. tinggalkan dia dengan dunianya. Hati tidak sakit, kita elakkan diri dari api benci yang boleh menjadi punca pergaduhan.

Dengan kata lain.. hormat dirinya sebagai manusia tetapi bukan sebagai sahabat. Hormati diri sendiri agar tidak membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah diri kita sendiri.

————————————————————————————-

Apa gunanya cakap berdegar-degar? Mahu tunjuk kepada orang kita ini marah? atau kita mahu orang lain itu sedar dirinya bodoh berbanding kita?

Saya kadang-kala rasa menyampah jika ada orang mengutuk kebodohan Anwar/ Dr Mahathir /Nik Aziz /Lim Kit Siang/ Samy Vellu/ mahu pun Pak Lah.. kalau mereka bodoh, tidaklah mereka jadi pemimpin politik. Kalau rasa diri sendiri cerdik dalam politik, daftar sebagai ahli parti dan cuba jadi menteri sendiri.. kalau benarlah diri sendiri bijak-pandai dalam politik.

Kita akui, setiap orang tidak sempurna.. kritikan bermaksud memberi teguran. Jika teguran kita tidak didengar, apa boleh dibuat? Kalau kita jadi PM, kan senang.. sebab ada kuasa, kita boleh pecat dia. Tapi kita ini rakyat biasa, kuasa kita hanyalah undi .. itupun jika orang lain bersependapat dengan kita.

Yang penting, jaga diri sendiri dan keluarga agar cukup makan.. bertukar-tukar pendapat untuk mencari betul atau tidak pemahaman politik kita dan hormati pandangan orang lain serta keluarganya. Jangan dekati virus yang merosakan yang boleh berjangkit kepada kita.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri .. apatah lagi dengan orang lain.

One Response to “Mencari pegangan diri dalam kekalutan politik”

  1. Fazrul Says:

    Hi,

    Salam merdeka dan selamat menyambut bulan ramadhan..

    Salam mesra,

    p/s: salam kembali fazrull..
    selamat menyambut ramadhan dan hari kemerdekaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: