Perlukah moral untuk menjatuhkan kerajaan yang tiada moral?

August 30, 2008

Saya tergelak sendirian apabila melihat ahli-ahli BN Sabah dan Sarawak ‘dipaksa’ menandatangani surat akujanji dan ikrar taat setia kepada Pak Lah. Ketua Pengawasnya ialah Datuk Shafie Afdal..

Dalam Pak Lah dan BN ‘control macho’ mengatakan tiada MP Sabah/Sarawak akan melompat.. kejadian tersebut menceritakan sebaliknya. Seolah-olah Pak Lah sudah berasa gerun akan ancaman Anwar Ibrahim, tambahan lagi, Tan Sri Muhyidin berpesan agar ancaman Anwar tersebut jangan dipandang ringan.

Pembentangan Akta DNA yang kelihatan agak tergesa-gesa, juga menampakkan ada usaha BN untuk mengheret Anwar ke mahkamah secepat mungkin.

Peruntukan bajet yang besar (40 bilion) kepada Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2009, menjelaskan usaha kerajaan (klon kepada BN) untuk memancing kesetiaan orang Malaysia Timur. Persoalannya, adakah ia mencukupi bagi mereka?

—————————————————————————————

Kesimpulan mudah terhadap Bajet 2009 ialah ‘Bajet Untuk Popular’.. Hanya ada sikit bajet untuk pertumbuhan ekonomi yang mapan, selebihnya banyak gula-gula untuk rakyat miskin dan pekerja sektor awam. Yang paling ketara ialah, pengecualian bayaran kepada bil elektrik kurang dari RM 20 sebulan.

Berapa banyakkah rumah yang guna elektrik kurang dari RM 20 sebulan di Malaysia? Tidak sampai 10% pun isirumah Malaysia.. Sah !! Memang kerajaan nak bodohkan rakyat. Kenapa kerajaan tak turunkan tarif elektrik? Padahal kaedah itu lebih menyeluruh kepada rakyat.. samada golongan miskin, pertengahan dan atasan.

Ironinya, terdapat bajet yang besar (38 bilion) untuk kecekapan pengangkutan awam. Aii.. mahu kasi Scomi untung lebih ke?

—————————————————————————————

Selepas dibidas oleh Pak Lah dalam sidang Dewan, Anwar dilaporkan ada berjumpa dengan MP dari Sarawak di luar dewan. Mungkin ada perbincangan tentang lompat-melompat nanti ..

Ada juga dengar ura-ura ahli Parti Gerakan (komponen BN) mahu masuk Pakatan Rakyat..

Yang pasti, kehadiran Anwar dalam Parlimen semakin memudahkan usahanya untuk melobi orang-orang BN. Desas-desus terbaru, ahli-ahli BN semakin kerap diekori oleh SB-SB atau ‘mata-mata gelap’ BN untuk memastikan tiada katak yang mahu melompat. Kesian katak.. ular dah ‘usha’.

Katak merujuk kepada YB BN yang mahu melompat kedalam Pakatan Rakyat, itu gelaran yang diberi oleh Najib kepada mereka. Usaha Anwar untuk memerintah kerajaan melalui ‘pintu belakang’ ini dianggap sangat tidak bermoral dan mengkhianati mandat rakyat kepada Pak Lah dan BN dalam PRU 12. Ini dianggap usaha yang mencemarkan sistem demokrasi Malaysia.

Soalnya ialah, adakah Pak Lah dan BN selama ini mempunyai moral yang tinggi, atau tidak mengkhianati mandat rakyat kepada mereka? Pak Lah sudah khianati rakyat sebenarnya.. dengan mengkayakan anak-menantu Pak Lah dengan merompak kekayaan negara untuk kepentingan keluarga.

Dan begitu jugalah dengan orang-orang BN selama ini.. sama macam Pak Lah juga. Zaman Dr Mahathir dah cukup teruk, tapi zaman Pak Lah ini makin parah.. Ini realiti orang BN kena terima. Rakyat tidak kisah sangat jika menteri mahu berniaga, tetapi jika keterlaluan.. rakyat akan marah dan benci.

————————————————————————————

Secara peribadi.. usaha Anwar untuk memerintah guna ‘pintu belakang’ memang tidak bermoral. Anwar boleh tunggu PRU 13 nanti, lawan secara ‘gentlemen’.. Soalnya, perlukah moral untuk berhadapan dengan kerajaan yang tidak bermoral?

Soal Anwar dengan sumpahnya memang diragui.. hubungan Anwar dengan AS juga diragui. Apa bezanya gelagat YB BN dengan skandal seksnya.. apa bezanya hubungan Khairy Jamaludin dengan Singapura (proksi AS). Inilah dilema rakyat.. pihak mana yang betul? Dua-dua pun tak betul..

Bezanya.. skandal YB BN dah terbukti dan ada ‘track record’, skandal Anwar masih kabur.. Jadi tidak hairanlah rakyat lebih cenderung untuk memilih Anwar. Kenapa mahu pilih Anwar? .. adakah pilihan lain selain Anwar?

Pada saya, keraguan dan kesangsian terhadap Anwar memang tinggi.. Anwar juga ada ‘track record’ yang tidak baik. Tetapi saya amat percaya jika BN tidak betul dan tidak bermoral.. lebih-lebih lagi dalam soal untuk kaya dan berkuasa.

Sebagai insan yang kerdil dan lemah.. saya hanya mampu bertempik dari jauh, seumpama ‘anjing menyalak bukit’. Merenung gelagat ahli-ahli politik Malaysia.. hati saya amat tersentuh dan mahu menangis apabila melihat anak-anak saya. Apakah nasib mereka dikemudian hari.. sedangkan ayahnya tidak mampu berbuat apa-apa. Bagaimanakah nasib mereka jika Malaysia terus diliwat oleh pemimpin yang zalim dan tamak?

Kepada Allah jualah tempat saya menyandarkan harapan dan tawakkal.. Doa saya, “Semoga Allah selamatkan Malaysia dan rakyatnya dari pemerintah yang zalim dan buruk budi-pekerti.” Amin..

One Response to “Perlukah moral untuk menjatuhkan kerajaan yang tiada moral?”

  1. tengah posa Says:

    sekarang ni rakyat kena tunggu anwar bertanding secara gentleman ( tunggu PRU mendatang ) sambil menderita atas kezaliman BN ATAU biar kerajaan baru ditubuhkan pada 16 sEPTEMBER ni ??? Tolong jawab sat…yang mana satu lagi penting.
    ———————————————————————————————

    p/s : pada saya.. ramai orang dah ghairah sebab BN hampir tumbang, sejajar dengan aspirasi mahukan keadilan dan pemimpin yang baik. Tarikh 16 Sept ditunggu-tunggu.. BN dibenci bukan kerana pemimpin yang zalim tetapi dibenci kerana tamak harta dan kuasa. Adakah 16 Sept berjaya atau tidak.. itu kerja Allah taala. Manusia boleh berusaha.. Allah yang menentukannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: