Pilihanraya : Apakah BN benar-benar ditolak rakyat?

August 29, 2008

Sekarang di kem PKR sudah ada karnival ‘jom heboh’.. ada yang mahu ‘yamseng time’, ada yang solat syukur, ada yang dah botakkan kepala .. pendek kata kem PKR cukup “happening” dah la ni. Syabas lah diucapkan, usaha selama ini dah berbaloi, saya cukup kesian tengok blogger2 pro-Anwar bersungguh-sungguh berkempen untuk memenangkan Anwar.

Tapi, belum tentu Anwar akan ingat jasa-jasa mereka…

Apa yang dapat saya lihat sepanjang bulan lepas, blogger pro-Anwar mengharapkan Anwar akan memberi nafas baru kepada Malaysia. Cahaya keadilan selepas sekian lama tertindas dengan monopoli kuasa BN. Begitu juga pakcik-makcik yang tak tahu apa-apa tentang internet .. nampak sangat rakyat sudah lama memendam rasa kepada BN.

Kepada mereka yang berjawatan dalam PKR, saya tidak heran jika mereka mahu Anwar menang. Dengan melobi Anwar sekarang, memperolehi keuntungan dalam politik dan bisnes sudah ada didepan mata. Saya yakin .. saham-saham di Bursa Malaysia yang melibatkan Anwar sudah bergerak ‘upwards’ sekarang. Bagaimana saham Abrar Group agaknya sekarang? …

————————————————————————————-

Realitinya .. rakyat tiada pilihan lain selain Anwar.

Apa pilihan yang rakyat ada? PAS.. tidak cukup meyakinkan rakyat dengan istilah-istilah Arabnya, dasar Islam yang ekstrem membuatkan rakyat semakin menjauhkan diri. DAP.. adalah saluran untuk bukan Melayu, tetapi masih gagal menambat pengundi Melayu.

Pengalaman Anwar sebagai salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan, pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan dan pengalaman Anwar sebagai Timbalan PM sememangnya memberi keyakinan kepada rakyat, PAS dan DAP, mereka mempunyai persepsi .. Anwar boleh memimpin kerajaan.

PAS dan DAP, walaupun menjadi pembangkang .. masih ragu-ragu dengan keupayaan mereka sendiri untuk memimpin negara. Ini terbukti dengan kata-kata MB Kedah ;

“Rupa-rupanya, memimpin negeri tidak semudah yang disangka. Apabila kita mengetahui berapa bajet kerajaan yang ada, ada sesetengah projek yang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa ..” (Sinar Harian, 27 Ogos 2008)

PAS Kelantan misalnya, mengambil masa selama 18 tahun untuk menstabilkan pemerintahan. PAS Terengganu hanya cukup sepenggal.. kerana terlampau kuat membangkang, terlupa akan diri sendiri jahil ilmu pentadbiran. Nasib baiklah PAS sekarang sudah ada golongan profesional, ok lah sikit..

————————————————————————————

Sebenarnya, punca undi rakyat beralih-arah kepada Anwar ialah kerana rakyat sudah beri undi tidak percaya kepada Pak Lah dan BN. Bukan kerana karisma Anwar .. orang-orang lama dalam politik sudah kenal siapa Anwar, PAS dan DAP pun dah kenal siapa Anwar dalam UMNO dulu. Orang-orang ABIM sudah kenal siapa Anwar semasa dalam ABIM dan siapa Anwar selepas ABIM..

Rentetan BN tidak disukai rakyat adalah hasil pemerintahan era Dr Mahathir lagi, rakyat tidak suka kepada Rafidah Aziz.. rakyat tidak suka Samy Vellu.. rakyat tidak suka Najib.. rakyat tidak suka Tamby Chik.. dan paling besar, rakyat tidak suka Dr Mahathir. Sebab itu, apabila Pak Lah mengambil-alih pemerintahan, BN menang besar.. menang hampir 100%, dan Kelantan nyaris-nyaris beroleh kemenangan, kerana persepsi rakyat kepada Pak Lah ialah ‘Mr Clean’. Ketika ini soal Anwar sudah hampir dilupakan orang..

Rupa-rupanya, Pak Lah ‘Not Clean’ tapi ‘Flip-Flop’. Rakyat menyangka sudah terlepas dari mulut buaya, tapi termasuk pula kedalam mulut harimau. Ditambah pula dengan kebebasan yang diberi Pak Lah kepada menteri kabinetnya, maka bersorak-sakan lah menteri-menteri ini bermaharajalela dan buat duit. Pak Lah tidak mempunyai karisma seorang pemikir, cuma karisma seorang pentabir. Itu sahaja..

———————————————————————————–

Ketika Anwar dalam UMNO, BN pun tidaklah sekuat mana.. PAS tetap dengan ahli setianya, DAP tetap dengan kepala batunya. Rasuah masih sama, Kronisme masih sama, Isu Kaum tetap dimainkan.. kebencian meluap-luap rakyat terhadap Mahathir telah membuatkan Anwar kelihatan suci dan tidak berdosa apa-apa. Terus-terang saya katakan, jikalau tidak kerana Wan Azizah.. tiada orang simpati kepada Anwar.

Rakyat bersimpati dengan Wan Azizah, seorang wanita yang lemah tapi terpaksa menjadi waja dan kental demi mempertahankan maruah suaminya, ketabahan seorang wanita untuk berhadapan dengan ratusan lelaki-lelaki dalam BN yang cukup berkuasa, tamak dan rakus. Bukan bersimpati dengan Anwar.. ahli politik datang dan pergi.

———————————————————————————–

Pak Lah sedar akan hal ini.. tetapi masih bersikap degil dan bodoh sombong. Sekarang, dia cuba menutup kelemahannya dengan melontarkan segala permasalahan BN kepada Najib. Pak Lah cuba membuat Najib menjadi ‘kambing hitam’nya, Najib dalam dilema .. ingin mendapatkan jawatan PM, berdepan konspirasi Pak Lah kepadanya, berdepan cabaran Dr Mahathir dan ancaman Anwar Ibrahim.

Pak Lah kena terima hakikat, dia sudah TIDAK DIPERCAYAI. Menantu dan anak lelakinya makin menambahkan rasa benci rakyat kepadanya. Adalah diakui, Pak Lah mempunyai reputasi terburuk dalam sejarah kepimpinan UMNO. Tetapi ahli UMNO tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana mereka sayangkan gaji mereka dan jawatan mereka. Itu sahaja .. mereka biarkan Pak Lah sekeluarga bermaharajalela, dan mereka bermaharajalela dalam kementerian masing-masing.

Buktinya.. ramai bloggers’ pun akui hakikat ini. Mereka telah menolak BN secara total tapi jauh dalam sudut hati, mereka masih ragu-ragu dan masih kurang percaya kepada Anwar. Kenapa? Kerana Anwar juga bekas ahli UMNO, yang sudah terasuh dengan budaya BN berbelas-belas tahun lamanya. Tetapi rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain Anwar Ibrahim. Janji-janji Anwar telah membuatkan rakyat terpukau.. kerana inilah harapan mereka selama ini kepada UMNO, yang tidak kesampaian.

BN harus berubah jika mahu menang .. harus berani dan berjiwa besar untuk berubah .. dan rakyat tidak nampak BN boleh berubah dalam masa terdekat. Jika tidak, Malaysia akan menerima pemerintahan baru selewat-lewatnya PRU 13 jika BN kekal dalam keadaan sebegini. Jika tidak, dinasti BN akan menjadi sejarah dalam politik Malaysia. Jawapan kepada permasalahan BN ialah, kembali ke pangkal jalan, kembali kepada sejarah dan kembali kepada Islam.

2 Responses to “Pilihanraya : Apakah BN benar-benar ditolak rakyat?”


  1. “Tapi, belum tentu Anwar akan ingat jasa-jasa mereka…”

    Ungkapan Sdr yang ini, saya setuju sangat.

    Satira + Kacau

    P/S:Salam Lone Ranger,
    Satira Kacau ngko tu best gak.. suka juga aku baca.

  2. vira Says:

    apa saudara tulis ada benarnye..
    hakikatnye rakyat tak punya pilihan yg banyak..

    p/s: salam vira, samalah kite..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: