Bukan dua.. tapi tiga puak dalam PAS !!

August 29, 2008

Sekarang dah heboh pula ada team ‘Erdogan’ dalam PAS. Erdogan ini merujuk kepada pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Tayyib Erdogan, yang berjaya mengambil-alih pemerintahan Turki. Sebelum itu, terdapat satu parti Islam yang berjaya memerintah Turki tetapi digulingkan oleh tentera. AKP ini merupakan serpihan dari parti Islam tersebut.

Pemimpin AKP, Tayyib Erdogan, dianggap sebagai pemimpin Islam yang liberal atau ‘moderate’. Beliau berjanji untuk mengasingkan agama dan politik, (yang menjadi keutamaan kepada kepimpinan tentera dan kepimpinan politik Turki). Di samping itu, parti AKP berjanji untuk memperjuangkan isu ketidakstabilan politik, mengusahakan kemasukan Turki kedalam EU, penghapusan gejala rasuah dan pembaharuan demokrasi.

Hasilnya, Parti AKP berjaya memperolehi mandat majoriti dari penduduk Turki yang pro-Islam dan pro-sekular. Bagi golongan yang pro-Islam secara radikal, Erdogan dianggap pengkhianat agama Islam. Boleh baca artikel tentang Tayyib Erdogan dan AKP, melalui artikel “Kekeliruan Dalam Memahami Perubahan Politik Turki” disini.

—————————————————————————————

Semasa Perang Dingin PAS-UMNO, Parti PAS kebanyakkannya diterajui oleh pemimpin pro-Islam yang pro pendidikan Islam di Asia Barat. Manakala, ustaz-ustaz lulusan pondok dan lulusan universiti Al-Azhar, menjadi YB dan Exco parti. Oleh itu, PAS amat dekat kepada Melayu yang tidak suka kepada UMNO yang agak sekular.

Bagaimanapun, PAS mula menerima golongan profesional yang tidak suka/kecewa/protes kepada pemerintahan UMNO. Kebanjiran golongan profesional ini memuncak semasa era pemerintahan Dr Mahathir, dan mereka ini tidak bersetuju dengan beberapa dasar atau tingkah-laku pemimpin veteran PAS yang agak radikal pemahaman Islamnya.

Sekarang sudah terdapat dua golongan dalam PAS – golongan yang pro -Islam radikal dan golongan yang pro-Islam ‘moderate’ @sederhana.

————————————————————————————-

Apabila PRU 12 tiba, tujuan PAS bergabung dengan PKR dan DAP ialah untuk menumbangkan BN, walaupun mereka ‘tidak sebulu’ dengan DAP .. Selepas berjaya menafikan kuasa majoriti BN, PAS kini sudah terbahagi kepada 3 aliran pemahaman/golongan ..

Apabila Anwar Ibrahim melancarkan propaganda Ketuanan Rakyat, yang dilihat agak liberal. Terdapat sebilangan ahli PAS yang terpesona dan terpukau dengan Anwar. Mereka ini terdiri dari golongan profesional yang ‘moderate’ dan protes kepada pemahaman Islam secara radikal oleh kepimpinan PAS. Mereka nampak Anwar boleh menjayakan acuan negara Islam idaman mereka. Mereka ini golongan pertama yang pro-Islam ‘moderate’.

Golongan kedua ialah segelintir ahli PAS yang radikal, yang tidak bersetuju PAS bersama dengan DAP, ada juga yang meragui kredibiliti peribadi Anwar. Pendapat mereka .. “dari aku berkongsi dengan kafir harbi, baik aku bersama UMNO.. sekurang-kurangnya mereka Melayu”.

Golongan ketiga ialah segelintir ahli PAS yang rasional. Mereka sedar PAS tidak boleh berdikari dengan sendiri untuk menawan Malaysia. Mereka sedar, kekal sebagai pembangkang tidak memberi apa-apa faedah kepada PAS.. mereka mesti jadi pemerintah dan menjadi penggubal dasar-dasar pemerintahan. Golongan ini sebenarnya merencanakan strategi politik jangka panjang.

————————————————————————————-

YB Husam Musa adalah salah seorang generasi baru dalam PAS yang mewakili golongan pro-Islam sederhana, begitu juga dgn YB Nasharudin, YB Salahudin Ayyub dan lain-lain. Manakala YB Hj Hadi, Datuk Nik Aziz, YB Mustapha Ali dan lain-lain mewakili golongan pro-Islam veteran.

Husam sebenarnya termasuk dalam kategori golongan pertama dan ketiga.. mendokong Islam yang ‘moderate’ dan berpegang kepada rasional. Dengan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat, akan menaikkan imej Pas dimata orang bukan Islam sebagai parti Islam yang tidak ekstremis. Mereka membina pengaruh PAS sebenarnya, yang selama ini dianggap sebagai parti yang jumud dan kolot pemikiran.

Anwar Ibrahim sedar akan kekuatan Husam … dalam diam-diam, Anwar mula membina pengaruh dalam PAS dan memukau ahli-ahli PAS yang berasa taksub kepadanya. Tidak mustahil, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah .. Konflik Anwar-Husam akan mula berbunga. Pada masa ini, ‘target’ utama Anwar ialah menjadi PM.. dan ‘target’ kedua ialah Husam yang bakal menjadi saingan utamanya untuk popular di mata Melayu.

4 Responses to “Bukan dua.. tapi tiga puak dalam PAS !!”

  1. penulis_cyber Says:

    jika lagi panjang artikel tuan lagi sodap !!

    P/S : Salam Penulis Cyber..
    Ngko ni bodek ko apo..

  2. Fazrul Says:

    Salam Bro..

    Betul ka.. ada puak2 Erdogan? hmm macam dalam citer “Lord of the Ring” lah pulak mean puak2 ni heee..

    Apa pun, teruskan melapor..

    Salam..

    P/S: Salam Fazrull,
    Ntah sapa yg letak nama Erdogan..

  3. ain Says:

    saya pun merasakan kalo lagi panjang penulisan berkaitan isu ni , lagi seronok utk terus membaca..

    p/s : salam ain,
    eh.. iyo ko? Malu den.. kena risik2 dululah kem PAS nih.

  4. rizuan mh Says:

    entry yang menarik tp sangat pendek..tambahkan lagi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: