Anwar selamat angkat sumpah, kini tunggu 16 September

August 28, 2008

sumber: Siasah,28.08.08

DS Anwar Ibrahim, selamat mengangkat sumpah selaku anggota Parlimen Permatang Pauh jam 10.00 pagi tadi selepas menang dalam pilihan raya kecil dua hari lalu. Ketibaan Anwar ke Parlimen di sambut oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat DAP Lim Kit Siang dan juga lain-lain anggota Parlimen.

Beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat dan sekaligus dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas Speaker mendapat surat sokongan PKR, DAP dan PAS.

Turut berada di Dewan Rakyat ketika itu adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar dijangka akan menyertai perbahasan Buget 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri esok.Parlimen akan bercuti sepanjang bulan Ramadhan dan perbahasan Buget akan bermula selepas hari raya Aidil Fitri.

Bagaimanapun, tarikh 16 September iaitu pertengahan puasa ini ditunggu oleh rakyat Malaysia kerana Anwar menjanjikan perubahan kerajaan pada tarikh itu. Anwar ketika bercakap kepada pemberita selepas itu bergurau dengan berkata, “semua orang suruh saya bersumpah, jadi sekarang saya telah tunaikan,” dengan diiringi gelak ketawa dari semua wartawan.

Anwar merujuk kepada sumpah yang dibuat oleh bekas pembancuh kopinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ekoran itu, ramai pemimpin Umno yang mendesak dia juga bersumpah. Jadi hari ini, sebagaimana kata Anwar, dia telah menunaikan desakan agar dia bersumpah itu tetapi dengan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

Anwar juga berkata, dengan kemenangan besar beliau di Permatang Pauh “jelas sekali Perdana Menteri telah kehilangan mandat dan timbalan perdana menteri yang mengepalai kempen BN di sana telah ditolak sepenuhnya.

“Bukan sahaja mereka berdua tetapi juga Umno dan juga kroni mereka yang menyalahgunakan wang rakyat,” tegas Anwar

4 Responses to “Anwar selamat angkat sumpah, kini tunggu 16 September”

  1. akih Says:

    Semoga hasrat melihat negara yang berdaulat serta bermaruah akan terlaksana sempena Ramadan Al-Mubarak

    P/S: Salam Akih,
    Amin..

  2. Fazrul Says:

    Salam,
    Akhirnya, apa yang diimpikan menjadi kenyataan….

    Tahniah dan syabas buat MP Permatang Pauh yang baru..

    salam mesra,

  3. cekka Says:

    Insya-Allah..
    sama-sama kita doakan.


  4. Kita tunggu dan lihat siapa yang kena tipu.

    p/s : mari kita tungguuuu..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: