Anwar menang : Lanskap baru politik Malaysia?

August 28, 2008

Semasa Anwar diumumkan sebagai pemenang pilihanraya, perasaan saya bercampur-baur … antara gembira, bimbang dan kesal. Saya gembira kerana Anwar menang, saya bimbang jika Anwar menjadi PM dan saya kesal kerana Anwar sudah menjadi idola.

Pendirian saya tentang Anwar :

Saya suka Anwar jadi pemenang, tetapi saya tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia

Konsep Ketuanan Rakyat yang dilaung-laungkan Anwar sememangnya menjadi keutamaan saya, dan saya juga lihat tidak ada kekurangan dasar yang diamalkan oleh kerajaan sekarang. Perosak dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah sebelum ini ialah orang UMNO sendiri. Kehadiran Anwar pula akan ‘merojakkan’ dasar-dasar itu.

————————————————————————————

Mengikut sejarah politik Malaysia, dasar pemerintahan sememangnya ditetapkan oleh Raja-Raja Melayu. Sejak dahulu lagi, raja dan kerabatnya menjadi golongan yang amat berkuasa dalam politik. Malahan, UMNO yang terdiri dari anak-anak kerabat di-raja telah dihantar ke luar negara untuk menerima pendidikan Barat. Pendidikan Barat bermaksud penerimaan idea-idea sekularisme, liberalisme, sosialisme dan lain-lain lagi.

Manakala bagi rakyat pertengahan dan bawahan, lebih terdedah kepada ajaran ustaz dan alim-ulama. Mereka tidak mampu untuk belajar keluar negara, tetapi kerana asuhan Islam, semangat untuk pergi menunaikan haji dan umrah lebih menebal berbanding melanjutkan pelajaran keluar negara. Kerana itulah mereka yang balik dari Mekah dihormati dalam masyarakat, mereka yang mendapat pangkat ‘haji’ seolah-olah mendapat pangkat “Datuk/Tan Sri”.

Hasil dari itu, berlakulah pertembungan mereka yang berfahaman Barat dan Islam. Dan mereka bersatu dibawah satu parti iaitu UMNO yang memperjuangkan ketuanan Melayu akibat usaha-usaha British mahu mencabar kedaulatan Melayu keatas Tanah Melayu.

Malangnya, setelah mendapat kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang berfahaman liberal meluluskan lesen perjudian sebagai salah satu cara untuk mengumpul dana pilihanraya dan selebihnya untuk pembangunan negara. Hal ini mendapat tentangan hebat dari biro agama UMNO dan mereka yang pro kepada pendidikan Islam. Akhirnya mereka keluar dari UMNO dan terhasillah parti PAS sebagaimana yang ada sekarang.

Dengan lain perkataan, apabila Melayu diancam anasir luar, mereka bersatu. Tetapi setelah mereka menjadi tuan, mereka bercakaran sesama sendiri. Cuba lihat sikap patriotik dan penyatuan pelajar Melayu diluar negara, dan bandingkan percakaran sesama mereka apabila menetap di Malaysia.

______________________________

Ada orang kata (Hishamudin Rais), Cina pada zaman Perang Jepun dulu berjuang untuk kemerdekaan Malaysia dalam hutan. Fakta ini silap sama sekali, orang-orang Cina lari kedalam hutan kerana mereka takut kepada Jepun. Pada masa itu, Jepun amat anti kepada orang Cina hasil dari perang Jepun-China.

Jika mereka berjuang untuk Malaysia, kenapakah polis-polis Melayu diserang dan dibunuh oleh komunis (kebanyakkannya Cina)? Mereka bunuh rakyat Malaysia kerana Parti Komunis beranggapan pentadbir Melayu dalam kerajaan bersekongkol dengan Jepun. Inilah yang menyebabkan timbul rasa prejudis orang-orang Melayu kepada orang Cina sehingga sekarang. Punca inilah yang menghasilkan tragedi 1969.

Sekarang, orang Cina sudah berbeda sama sekali. Mereka telah bergenerasi hidup di Malaysia, dan mereka patriotik kepada negara kelahiran mereka. Orang-orang Cina amat fleksibel tentang kehidupan dan ‘survival’, mereka bangga dengan Negeri China kerana disanalah akar budaya mereka tetapi mereka sayangkan Malaysia kerana disinilah tanah kelahiran mereka.

————————————————————————————

Sekarang, anak Melayu adalah anak Malaysia … anak Cina adalah anak Malaysia … anak India adalah anak Malaysia. Apa yang membezakan mereka ialah fahaman agama, ‘nasionalisme’nya sama.

————————————————————————————

Dasar-dasar BN adalah baik sama sekali, dan inilah yang kita kecapi selama ini. Hasil dasar-dasar inilah kita beroleh pendidikan dan rezeki yang tidak seberapa sekarang. Kita telah hidup aman-damai selama berpuluh-puluh tahun tanpa campur-tangan kuasa asing.

Bagaimanapun, matlamat politik UMNO telah menghalalkan cara. Mereka berjuang dalam politik untuk berkuasa, bukan kuasa untuk menolong rakyat tetapi kuasa untuk mendapat kekayaan. Mereka berselindung disebalik dasar kebajikan kerajaan, kononnya ‘tolong mengurus wang kerajaan untuk rakyat’. Kerajaan beri 10 kampit baja kepada petani, yang sampai hanya 5 kampit .. selebihnya dijual untuk duit poket.

Kerajaan sedar Melayu lemah dan perlu dibantu, dibuatnya dasar DEB. Setiap projek mesti ada kuota untuk Melayu kerana kerajaan sedar Melayu agak lembap dan tidak berani berisiko. Malangnya, pemimpin UMNO ambil kesempatan dasar ini untuk tolong kroni, sebenarnya tolong diri sendiri hasil komisen pemberian kroni.

Kerana itulah, UMNO lantang memainkan isu ketuanan Melayu untuk terus berselindung disebalik dasar-dasar ini. Mereka menakut-nakutkan Melayu kepada kaum lain agar mereka boleh terus-menerus mengambil kesempatan ‘buat duit poket’ melalui dasar-dasar kerajaan. Itulah yang rakyat cukup marah, itulah sebab kaum Cina dan India sangat marah kepada UMNO.

————————————————————————————

Kehadiran Anwar Ibrahim sebenarnya cukup baik untuk rakyat Malaysia, kuasa monopoli BN akan diseimbangkan. Sekarang, BN tidak boleh berbuat sesuka hati atau menganggap rakyat bodoh, atau rakyat tidak tahu apa-apa, atau rakyat tidak boleh buat apa-apa.. Anwar mahu kesaksamaan kaum, gender, ketelusan pemerintahan dan Islam yang liberal. Ini baik untuk rakyat dan Malaysia.

Masalahnya sedikit berbeza, dasar luar Anwar yang memandang ke AS sebenarnya amat merbahaya kepada Malaysia. Anwar bersahabat dengan ulama-ulama Islam beraliran sekularisme, liberalisme dan orientalis.. Anwar bersahabat baik dengan pihak yang selalu anti kepada kerajaan pro-Islam. Kenapa AS mesti pertahankan Anwar? Kenapa AS tidak sahaja pertahankan Nik Aziz (PAS) atau Lim Kit Siang (DAP)? Kedua-dua mereka ini juga lantang menentang kerajaan, malahan anak-anak mereka juga dikenakan ISA … Kenapa AS tidak menyokong mereka?..

Islam amat menghormati hak-hak orang bukan Islam, tetapi kedaulatan Islam mestilah dipertahankan dan diutamakan. Jangan terkejut sekiranya perkahwinan sesama jenis, gay atau lesbian dibolehkan di Malaysia .. atas dasar hak asasi manusia. Jangan terkejut sekiranya azan tidak dibenarkan guna speaker .. juga atas dasar hak asasi manusia. Sesiapa yang azan akan dikenakan saman kerana mengganggu ketenteraman awam..

Ada orang berkata, ini adalah perang saraf/ siber UMNO kepada Anwar, itu saya cukup sedar … kerajaan sudah sedar tentang siber apabila Raja Petra mula melontarkan idea-ideanya. Kerana kerajaan  sedar akan kepentingan siber, diambilnya anak Malaysia diluar negara untuk bekerja sebagai arkitek siber Malaysia. Maka terhasillah portal pertama Malaysia.. Jaring.net, niat kerajaan ketika itu untuk memodenkan Malaysia, perang siber UMNO hanya bermula selepas PRU 12, hasil post-mortem pilihanraya. Cerita Anwar dengan AS sudah ada sebelum itu ..

Kerana itulah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia dengan skuad sibernya.. sebelum Anwar dilepaskan dari penjara pun lagi … Tetapi dasar ATM adalah tidak bercerita seperti bloggers’ kerana ini adalah rahsia ketenteraan.

Yang pasti, rakyat akan menilai hasil kerja Anwar selepas ini.. rakyat Malaysia boleh menilai Anwar samada beliau betul atau salah. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat sebenarnya, adakah Anwar yang disokong ini masih sama seperti Anwar tahun 1998 dulu atau Anwar sekarang sudah jadi Anwar pro-AS. Saya masih bersyukur kerana Malaysia masih mempunyai Agong, inilah benteng terakhir kedaulatan Islam dan Malaysia dan selebihnya saya bertawakal kepada Allah.

One Response to “Anwar menang : Lanskap baru politik Malaysia?”


  1. This kind of design is stunning! A person clearly discover how to have a viewer amused. Between your humor as well as your movies, I was nearly gone to live in commence my personal website (effectively, almost…HaHa!) Fantastic task. I must say i adored whatever you needed to point out, and most that will, how you presented the idea. Also awesome!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: