Anwar angkat sumpah hari Khamis, BN makin gelabah

August 27, 2008

TERBARU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh hari Selasa, akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, hari Khamis. Pandikar Amin umumkan perkara itu pada sidang dewan pagi Rabu.

————————————————————————————-

Fakta Pilihanraya Permatang Pauh

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348 undi
Majoriti: 13,398 undi

Hanafi Mamat (AKIM):                         92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) :       31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN):       15,524 undi

Jumlah mengundi:          47,258 pengundi
Keluar mengundi:                   81 peratus
Undi rosak:                         447 undi
Majoriti:                         15,671 undi

Parlimen bahagian Permatang Pauh terdiri daripada 58,459 pemilih iaitu 40,619 orang atau 69.49% merupakan pengundi Melayu, Cina (14,360; 24.56%), India (3,390; 5.79%) dan lain-lain (280; 0.13%).

————————————————————————————-

Respon Barisan Nasional

(1)  Najib menganggap kemenangan Anwar di Permatang Pauh sebagai membuktikan amalan demokrasi di Malaysia masih segar, dia berkata, kemenangan Anwar adalah seperti yang dijangka dan pertambahan undi kepada PKR tidak sampai 1000 tetapi penurunan undi kepada BN ialah hampir 1500 undi.

(2)  Mukhriz menyifatkan keputusan pilihanraya membuktikan rakyat menolak kepimpinan Pak Lah sekarang. Oleh itu proses peralihan kuasa harus dipercepatkan dan tidak menunggu sehingga 2010.

(3)  Dr Mahathir mengucapkan syabas kepada Anwar kerana menafikan kemenangan BN, tetapi beliau berkata hasrat Anwar untuk menjadi PM mungkin tidak kesampaian, kerana berpendapat hasrat Anwar untuk mendapatkan 30 MP sebagai tidak realistik.

Selain itu, beliau terus memberi tekanan kepada Pak Lah agar mempercepatkan peralihan kuasa, dan beliau menganggap BN akan kehilangan kuasa jika Pak Lah enggan meletak jawatan, jika berlaku lagi pilihanraya kecil akan datang dan dalam PRU 13 nanti.

————————————————————————————

Respon PKR dan Anwar

(1)  Anwar mengulangi kata-katanya untuk melangkah ke Parlimen secepat mungkin, dan bersedia untuk berhadapan dengan Pak Lah semasa pembentangan bajet 2009 ini nanti. Beliau menyifatkan kemenangan ini sebagai kemenangan rakyat.

(2)  PKR dan Anwar memuji pilihanraya Permatang Pauh kali ini adil, lancar dan telus.

(3)  Dr Jeffrey Kitingan bercadang untuk membuat peralihan kuasa kepada ‘orang baru’ agar PBS terus relevan dengan keadaan semasa.

————————————————————————————

Pendapat :

Seperti biasa, BN akan mencari ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan. Sekarang memang terbukti ada pergeseran sesama ahli UMNO dan Pak Lah harus memandang berat perkara ini. Namun, sebab utama BN gagal kerana BN mengulangi kesilapannya dengan memainkan isu perkauman dan menyerang peribadi Anwar secara keterlaluan. Nampaknya BN masih segar dengan budaya lamanya dan tidak mengakui realiti kehendak rakyat.

Pujian harus diberi kepada Najib kerana bersikap rasional dan realistik. Beliau sedar kemenangan ini adalah kerana beliau tahu mesej rakyat menolak kepimpinan Pak Lah sekarang, secara tidak langsung Najib mendapat momentum baru dari ahli BN untuk menguatkan pengaruhnya.

Yang paling tertekan dalam BN sekarang ialah Pak Lah, yang paling terasa bahang kepanasan ialah Khairy. KJ sedar masanya semakin hampir untuk berkubur kerana tekanan kepada Pak Lah. Nasib KJ seumpama ‘telur dihujung tanduk’.

Anwar dan PKR, seperti biasa, akan memuji jika keputusan memihak kepadanya. Jika kalah, akan dikutuknya agensi-agensi kerajaan kerana berkonspirasi dengan BN. Biasalah.. sikap pembangkang memang macam tu. Kalau BN jadi pembangkang pun, akan bersikap seperti itu juga.

Apapun, ahli-ahli yang berjawatan dalam PKR sudah terbayang-bayang untuk jadi pemerintah Malaysia. Tidur pun dalam keadaan tersengih aje, berkira-kira jawatan menteri mana yang boleh aku dapat. Boleh buat duit la aku.. kaya beb.

Apapun, sebenarnya kekalahan BN ini satu rahmat untuk rakyat. BN akan membuat apa sahaja agar dapat meraih populariti dari rakyat (itupun tekanan dari Anwar dan Pakatan Rakyat).. ganjaran segera ialah dalam bajet 2009 nanti. Kita tunggu dan lihat..

2 Responses to “Anwar angkat sumpah hari Khamis, BN makin gelabah”

  1. melayuangkat Says:

    Assalamualaikum,

    Ha ha akhirnya Anwar angkat sumpah jugak.

    Dont trust Politicians completely.

    p/s: salam melayu angkat,
    angkat.. jgn tak angkat.

  2. unlisted_one Says:

    Salam,…

    BN pun akan jadi mcm pembangkang kalau dia di tempat pembangkang, tapi rasa2 nya pembangkang akan jadi mcm BN tak kalau dapat jadi kerajaan nanti?

    P/S : Salam Unlisted_One,
    sekiranya Pakatan Rakyat menang, target utama PR ialah membongkar skandal dan salahlaku kerajaan sekarang. Itu yang pasti… selebihnya terpulang kepada Anwar. Jika Anwar ikhlas, maka kita akan dapat Malaysia yg lebih baik, jika tidak, kita akan dapat Malaysia yang lebih teruk. PKR akan bersama DAP, PAS akan bersama UMNO.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: