Tuduhan Najib sebagai Hindu, konspirasi Anwar-Raja Petra?

August 26, 2008

image by Zorro

Dalam Malaysia-Today pada 23 Ogos 2008, Raja Petra (RPK) mendedahkan akuan bersumpah Thagarajoo a/l Thangavelu bahawa Najib ada mengadakan upacara Hindu di rumahnya setiap bulan. Thagarajoo adalah bekas  pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran, seorang rakan rapat kepada Datuk Najib Tun Razak.

Mengikut sumpah Thagarajoo, Datuk Kenneth telah memperkenalkan bomoh Hindu, yang dikenali sebagai Mr Ji, kepada Datuk Najib untuk menjalankan upacara ‘membuang sial’ mengikut ajaran Hindu, di rumahnya di Jalan Duta dan kediaman rasminya di Putrajaya dan upacara itu berlangsung setiap bulan.

Antara lain, Thagarajoo mendakwa dia mengetahui bahawa laporan perubatan keatas Razak Baginda adalah palsu. Selain itu, beliau mendakwa Datin Rosmah pernah meminta Mr Ji menjalankan upacara agar perkahwinan di antara Pak Lah dan Jeane itu tidak akan berlaku.

Boleh lihat salinan akuan sumpah Thagarajoo disini.

————————————————————————————

Hendak dikata tidak percaya tidak boleh juga, hendak percaya bulat-bulat pun tak boleh juga. Awal tahun lepas, seorang ‘client’ saya yang berbangsa Melayu ada juga menjalankan upacara sebegini.

Setelah didakwa oleh seorang bomoh bahawa rumahnya terkena santau orang, dia telah mengambil pelbagai cara untuk menghilangkannya. Apabila usaha bomoh dan ustaz tidak berhasil, dia meminta pertolongan bomoh Siam pula.

Suatu hari, saya pergi melawatnya.. alangkah terkejutnya saya melihat patung ‘tokong’ siap dengan colok-coloknya sekali berada di penjuru rumah, diatas pintu utamanya diletak cermin dan simbol ‘yin-yang’. Menurutnya, itu adalah arahan bomoh Cina agar ‘sial’ dapat dihalau.. tambahnya lagi, gangguan sudah mula berkurangan hasil usaha bomoh itu.

Selepas meminta izin untuk beredar, saya berlalu pergi dengan rasa agak kesal terhadap perbuatan ‘client’ dan juga kawan saya itu. Ada juga nasihatkan agar beliau berusaha dengan cara Islam tetapi dia mengatakan telah habis ikhtiar untuk mengatasinya.

————————————————————————————

Jika saya pro-Anwar :

Inilah dia rupa Najib sebenar, cakap tentang Islam tetapi dia sendiri ikut Hindu. Tak hairanlah dia berkonspirasi dengan Saiful pasal sumpah.

Jika saya pro-Najib :

Ini adalah satu cara untuk menjatuhkan imej Najib. Anwar telah berpakat dengan Thagarajoo dan Raja Petra untuk mengenakan Najib. Ini juga helah Anwar untuk mengelak dari isu sumpah.

————————————————————————————-

Pendapat saya, Najib mungkin melakukannya. Meminta pertolongan bomoh-bomoh agar dapat membuang ‘sial’ dan memberi daya penarik bukan perkara baru kepada ahli-ahli politik Malaysia. Sebelum inipun ada terdengar ahli politik berjumpa bomoh untuk menyerikan wajah, memakai susuk, mahu cepat kaya dan lain-lain lagi. Setiap ahli politik ada bomoh peribadi masing-masing tidak kira Melayu, Cina atau India. Mungkin juga Anwar ada bomoh peribadinya sendiri.. bomoh dari AS kot?

Tetapi.. mungkin ini juga satu konspirasi Anwar-Raja Petra, kerana diketahui umum hubungan baik mereka sebelum ini. Kesemua akuan sumpah dari kem pro-Anwar melibatkan orang India (sorry Indian guys, not to provoke u all), dari sumpah Bala dan sekarang sumpah Thagarajoo.. barisan peguam pun India.. Pesuruhjaya Sumpah pun India juga.

Lagipun Anwar ramai kawan-kawan India, kalau dulu dalam BN, Nallakarupan.. teman baik main tenis. Sekarang Anwar anda Dr Xavier, Charles Santiago dan lain-lain dalam DAP dan PKR. Hubungan Anwar-India amat rapat, dan menurut blogger GAP, Anwar pernah meminta Dr Xavier membawa samseng-samseng India ke Permatang Pauh untuk membuat kacau dan ugutan. Ini kerana Anwar berasa tertekan dengan pendedahan Nallakarupan bersama 5 rakaman salah laku Anwar semasa mereka berkawan baik.

Boleh lihat artikel GAP disini , dan disini…, dan kalau nak lihat serba-sikit tentang Hindu, boleh tengok sini.

————————————————————————————-

Seperkara lagi, sumpah Thagarajoo mungkin ‘tidak valid’ kepada orang-orang Melayu-Islam kerana berlainan fahaman agama. Jadi, Thagarajoo takut apa kepada Allah kerana dia bukannya beragama Islam punnn…

Akuan Sumpah sebenarnya perkara perundangan yang berbayar. Kita boleh bayar Pesuruhjaya Sumpah (PS) dengan harga 4 ringgit sahaja sebagai saksi akuan kita. Kita buat akuan sumpah dalam hal-hal pusaka, jual-beli tanah misalnya. Memandangkan ianya upacara keagamaan, apa salahnya dengan sistem perundangan Malaysia yang berlandaskan sistem sekular British. Lagi elok kalau Thagarajoo bawa akuannya itu ke Mahkamah Syariah, mungkin lebih tepat kerana Najib itu Melayu-Islam.

————————————————————————————-

Berkenaan Raja Petra, satu ketika dahulu saya cukup mengagumi beliau kerana bersuara tentang hak-hak asasi, penindasan dan salah-laku pemerintahan. Tapi saya kurang bersetuju dengan artikel-artikelnya mengenai Islam kerana saya nampak ayat-ayat Quran yang digunakan sebagai penyokong fakta sekadar ‘tangkap muat’.., yang menyokong ditimbulkan dan sesetengahnya didiamkan. Sekarang dah jadi 50-50.. neutral.

Pada saya, Raja Petra sekarang agak terpesong, berdasarkan reputasinya sekarang yang suka mencari isu-isu kontroversi untuk ‘cari makan’. Malahan gaya hidupnya suka kepada gaya hidup Barat, mungkin orang-orang KL yang biasa pergi pub boleh cerita.

Apapun, saya berterima kasih juga kepada Raja Petra keatas usahanya itu.. Sekurang-kurangnya, bolehlah juga kita tahu serba-sedikit tentang skandal yang berlaku disekeliling kita..

Jika anda mahu melihat gambar-gambar RPK semasa zaman mudanya, atau latar belakangnya, atau hubungannya dengan Anwar.. anda boleh sini, disini dan disiniiii

3 Responses to “Tuduhan Najib sebagai Hindu, konspirasi Anwar-Raja Petra?”

  1. Bell Says:

    Saya tak rasa awak bersikap adil dalam perkara ini. Seperkara yang saya nampak adalah awak cuba untuk tidak berpihak pada mana2 pihak namun awak lebih banyak mengutuk DSAI berbanding Najib. Sudah jelas komen awak tentang DSAI tidak lain tidak bukan hanyalah satu komen yang entah ke mana asasnya. Yes, mungkin hanya sebagai satu pendapat, namun nampak macam ke arah nak mengutuk je…?

    Maaf, saya mungkin penyokong DSAI namun saya tidak mahu memberi komen ke atas topik ini sebelum kebenaran terjawab….

    p/s :okay Belladiana,
    Saya nak berkonspirasi macam BN dan nak cakap belit-belit macam Anwar.

  2. penulis_cyber Says:

    salam…

    terima kasih selalu jenguk blog ANA.

    ENTA memang rajin juga nooo ziarah menziarahi.

    salam ukhwah…

    penulis_cyber

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

    p/s: salam kembali penulis cyber.
    t.kasih pada anta kerana sudi jengok blog ana..

  3. ammar Says:

    susah gak nak percaya certa ni. dulu masa Dr. M jd PM pon ada cerita yg sama. jadi pd sy 50:50 kt sini.
    tp kalau tgk gambar tu, xkn sami tu lg putih dr najib kot.?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: