Penyakit PAS sudah berpindah ke dalam PKR

August 26, 2008

Saya teringat pada awal tahun 90-an dulu.. Pada era Mahathir-Anwar, segala kritikan kepada PAS  oleh UMNO ( termasuklah bekas ahli UMNO dulu, yang kini ‘kembang lubang hidung’ jadi ahli PKR ) mestilah disambut dengan kata nista dan caci-maki penyokong PAS. Kalau Hj Hadi kata UMNO kafir, maka seluruh ahli-ahlinya, pakat-pakat mengkafirkan UMNO. Padahal orang-orang UMNO takdelah menyembah berhala, cuma penghayatan Islam dalam politik sedikit kurang.. bukan semualah.

Sekarang ni, era tahun 20-an, apa Anwar kata, semua jadi ‘pak angguk’.. Kritik sikit Anwar, marah bukan main. Seolah-olah Anwar itu nabi baru. Janganlah kita percaya orang membuta-tuli.. dalam realiti kehidupan kita sekalipun, kawan yang tidur sebantal pun boleh mengkhianati kita. Ini kan pula orang politik..

Orang-orang UMNO pun satu.. tak suka pemimpin, terus sabotaj dan kutuk-mengutuk. Tapi esoknya, tersenyum-simpul minta PM ‘sign’ surat kelulusan projek. Bukan taksub kepada kepada pemimpin, tapi taksub pada projek. Di kedai kopi, boleh join orang PAS kutuk Pak Lah.. tapi masuk mesyuarat cawangan dia lah hero yang kutuk PAS.

Setengah orang kata, PAS itu kuda tunggangan UMNO.. PKR itu kuda tunggangan DAP, maka.. kita ini,rakyat biasa, kuda tunggangan Orang-Orang Politik adanya..  “Don’t trust politician completely”

2 Responses to “Penyakit PAS sudah berpindah ke dalam PKR”

  1. fazrulls Says:

    Salam Tuan,

    Mana berita terkini tentang Permatang Pauh,… dok tunggu dan gian nak membaca tulisan Tuan…

    Salam mesra,’

    Fazrulls

    p/s: t.kasih fazrul kerana sudi menjenguk-jenguk blog saya yg tak seberapa ni.

  2. Ruslie Says:

    Salam Sdra,

    Saya drp belum kahwin sampai 4 org anak, drp rambut hitam dan lebat sampai dah berwarna putih dan nipis memang saya tak percayakan orang politik.

    Tak payahlah saya elaborate secara details, rasanya saudara dan kawan-kawan tentu faham.

    Anyway, saya tertunggu-tunggu juga latest up-date dari Permatang Pauh.

    Salam dari saya,

    Ruslie


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: