Quran jadi mainan BN, PAS dan PKR

August 24, 2008

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mula-mula sekali menerima wahyu, ayat pertama yang terpacul dari Jibrail ialah ayat “Iqra”, bermaksud “bacalah..” Ayat Al-Quran diturunkan secara berperingkat mengikut kesesuaian masa dan keadaan dan ianya diturunkan dalam bahasa Arab.

Kenapa bahasa Arab?

Pada waktu itu, Tamadun Arab (hasil ajaran nabi-nabi terdahulu) agak moden berbanding dengan tamadun Eropah, Asia dan Afrika disamping hasilan pengaruh Romawi dan Parsi. Walapun bangsa Arab berada keterhadapan berbanding bangsa lain, perangai dan mentaliti mereka seumpama orang yang tidak bertamadun, dan mereka tidak boleh menerima ajaran bangsa lain selain mereka.

————————————————————————————-

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah berjaya menarik minat orang-orang Melayu untuk memeluknya, hasil dari dakwah pedagang-pedagang kapal. Sebelum itu, rakyat Tanah Melayu berpaksikan kepada ajaran Hindu dan ‘ateisme’ (tiada tuhan).

Pada waktu itu, tiada suratkhabar atau internet, oleh itu Quran menjadi rujukan utama untuk membaca. Memandangkan Quran itu ayat-ayat Allah kepada manusia, orang-orang Islam di Tanah Melayu amat memandang tinggi kepada Al-Quran dan kesuciannya.Quran menjadi sumber utama pembacaan dan rujukan untuk mengenali Allah, mengambil iktibar dari sejarah umat lampau, peraturan dan lain-lain.

Orang Melayu memandang Al-Quran tidak sama seperti Kitab Tajul Muluk, karya Zaaba dan lain-lain hasil sastera.

Jika terdapat perselisihan faham atau skandal, pada waktu itu, orang-orang Melayu akan menjunjung Quran di atas kepalanya dan bersumpah. Hakikatnya, Islam tidak menyuruh bersumpah menggunakan Quran.. Islam suruh kita bersumpah dengan bersaksikan Allah. Sebab itu kita bersumpah..

“Demi Allah, aku bersumpah…” atau “Lillahita’ala aku..” atau “Wallahi, Wabillahi, Wataalahi..”

Dengan kata lain, budaya bersumpah orang Melayu ialah dengan memegang Al-Quran, Orang Kristian bersumpah dengan menyentuh Bible, budaya Cina lain dan budaya India lain.. Islam tidak menyuruh memegang Quran, tetapi menyuruh kita berikrar@bersumpah dengan Allah sebagai saksinya.

————————————————————————————-

Ayat-ayat Quran digunakan untuk kepentingan peribadi bukanlah perkara baru, kaum lelaki sudah lama memanipulasikan ayat Quran untuk berpoligami. Sebagai contohnya, lelaki suka mengulang-tayang ayat;

“Islam membenarkan lelaki kahwin sehingga 4 orang…” padahal ayat tersebut belum lengkap. Ayat yang lengkap ialah “Islam membenarkan lelaki kahwin sehingga empat orang, tetapi jika kamu tidak yakin boleh berlaku adil, maka cukup dengan seorang sahaja”

Demi kepentingan peribadi, ayat-ayat Quran yang menyokong ditimbulkan dan ayat yang tidak menyokong disenyapkan/disembunyikan.

Kerana manipulasi inilah, Quran telah di ubah-suai dan ditokok tambah oleh paderi Kristian dan Nasrani zaman dahulu kala kerana bimbangkan pengaruh mereka akan pudar dimata masyarakat. Hasilnya, terdapat 4-5 versi Bible sekarang..

————————————————————————————-

Orang-orang BN atau pro-BN mungkin bersumpah atas motif politik. Samada jahil dengan hukum bersumpah ataupun sanggup ‘pejam sebelah mata’ kesucian Quran demi keuntungan dunia. Untuk menafikan bulat-bulat sumpah itu, tidak boleh juga.. Kejahilan orang-orang BN tidak bermaksud mereka ‘murtad’ atau kafir, kerana mereka masih mengaku Allah itu tuhan mereka, cuma penghayatan Islam dalam kehidupan sedikit kurang.. demi wang dan kuasa, Quran diletakkan belakang.

Orang-orang PAS pula suka berhujah dengan separuh ayat Quran dan istilah-istilah Arab. Salah satu dakwah yang berkesan ialah menyampaikan pesanan mengikut tahap kecerdikan seseorang atau budaya sesuatu kaum selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jauh disudut hati.. orang PAS mengakui kesahihan sumpah Saiful dan Najib, tapi demi politik dipertikaikan kaedah bersumpahnya. Demi kuasa, Quran diolah dengan kurang sempurna.

Orang-orang PKR pula, hanya mengambil Quran mengikut kepentingan peribadi sahaja. Jika ayat Quran/Hadis/Kisah Sahabat Nabi boleh menyokong perjuangan mereka, diulang tayang/cakap sampai kiamat.. kalau tak, didiamkan sahaja. Contoh yang paling nyata ialah isu sumpah Saiful, jika Anwar benar-benar ingin mendaulatkan Islam.. tidak timbul sumpah BN itu bermotif politik atau tidak, Anwar mesti berikrar dengan bersaksikan Allah.. kemudian keadilan dunia dibuktikan di mahkamah syariah.

Mungkin juga isu sumpah tidak memihak Anwar, dimainkan pula kisah Aisyah (isteri nabi Muhammad) yang tidak bersumpah walaupun kena fitnah. Demi kuasa dan wang, Islam ‘dirojakkan’ agar pengaruh tidak luntur.

————————————————————————————-

Dalam Quran terdapat pelbagai sejarah untuk menjadi iktibar umat masa kini. Kisah politik Anwar dalam UMNO, Mahathir-UMNO dan Allayarham Hj Fadzil-PAS pada tahun 80 an, 90 an telah menjadi sejarah kepada kita masa ini. Itulah yang boleh kita ambil iktibar untuk melayari kehidupan politik, politik tidak terpisah dengan agama tetapi politik mesti dibimbing dengan agama.

Sejarah tidak menipu kerana ianya berbentuk fakta..

“Kenapa Sumpah-Anwar penting?”

4 Responses to “Quran jadi mainan BN, PAS dan PKR”

  1. TOK JANGGUT Says:

    kALAU BENCI pPAK lAH SEKALI PUN TAK YAHLAH TERBALIKKAN GAMBARNYA. nAMPAK SANGAT YANG PENULIS KURANG MATANG. bOIKOTLAH DALAM KEADAAN LAIN.

  2. cekka Says:

    maaf Tuk Janggut,

    drpd terbalikkan bendera, baik kita terbalikkan gambar Pak Lah. Bukannya tidak hormat, protes sikit-sikit adalah..

    Pak Lah tidak tegas memperbetulkan keadaan. Sebab itu orang boleh kesempatan atas baik hatinya.

  3. cekka Says:

    thanks Tuk Janggut,
    Sedara telah beri peringatan kpd saya. Sebenci mana kepada sesiapapun, kita tidak harus menghinanya.

  4. canmasagi Says:

    Kutip: “Sebenci mana kepada sesiapapun, kita tidak harus menghinanya.”

    I Agree With That!

    p/s: Hi, canmasagi..
    Yup, kite semua sama. Takde yang sempurna.. seorang kawan yang baik ialah boleh menerima kelemahan kawannya itu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: