Khalid Ibrahim dan idea kilang babinya..

August 24, 2008

Sebelum ini, MB Selangor berura-ura hendak melaksanakan pusat ternakan babi di negerinya. Jika dibaca sepintas lalu, memanglah orang Islam marah.. tapi umat Islam pun kena fikirkan kepada orang lain juga yang suka makan ‘pork’..

Idea tersebut tidak boleh ditolak mentah-mentah juga, tetapi ada beberapa pra-syarat yang harus dipenuhi terlebih dahulu. Pusat setempat ini membolehkan kerajaan Selangor memantau pengeluaran babi dengan lebih sistematik dan terkawal, disamping memenuhi keperluan orang bukan Islam.

Sekadar cadangan, saya senaraikan beberapa ‘rules’ yang perlu;

(1)  Pusat ternakan tidak boleh dibina dikawasan penempatan Islam

(2)  Hasil pengeluaran untuk KEGUNAAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM MALAYSIA SAHAJA, BUKAN UNTUK DI EKSPORT !! Perkara ini saling berkaitan dengan kawalan, pemantauan tegas kerajaan.

(3)  Kilang babi ini tidak boleh diberi permit bebas.. najis dan bahan buangan mesti diproses disitu juga dan tidak boleh dilepaskan ke alam sekitar. Seelok-eloknya kajian dan nasihat Jabatan Alam Sekitar boleh membantu agar tempias pencemaran tidak terlepas keluar.

(4)  Kandang mesti tertutup atau berhawa dingin agar tidak berlaku pencemaran udara kepada masyarakat Islam yang berhampiran.

(5)  Kerajaan harus mengganti rumah atau penempatan baru yang setimpal kepada orang Islam yang terlibat dengan perlaksanaan projek tersebut, penempatan ini haruslah jauh sama sekali dari kilang babi itu.

(6) Sebarang laluan pengangkutan keluar-masuk tidak boleh menggunakan laluan jalan penempatan orang-orang Islam. Kerajaan harus membina infrastruktur baru seperti rel keretapi (sebagai contohnya) sebagai laluan khas kepada kilang babi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: