Relevan Anwar kepada politik Malaysia

August 23, 2008

Pelbagai cerita yang sedap didengar dan tak sedap didengar tentang Anwar sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula, pilihanraya Permatang Pauh semakin hampir iaitu 26 Ogos ini.

Kem pro-Anwar mempertahankan Anwar habis-habisan demi perubahan kepada Negara Malaysia. Kem anti-Anwar pula mengutuk mati-matian dengan isu liwat, isu agen kristian dan pelbagai lagi. Pendek kata, seluruh Malaysia mengarahkan perhatian kepada Anwar dan pilihanraya Permatang Pauh.

Zuraidah Abu Bakar (NST), dalam Malaysia-Today, dengan artikel “Sept 16 will see the rise or fall of Anwar” menyatakan tarikh 16 Sept adalah satu hari yang akan menentukan masa depannya. Ini kerana Anwar berjanji pada tarikh tersebut, pertukaran pemerintahan akan berlaku akibat penghijrahan YB-YB BN kepada Pakatan Rakyat. Ikuti artikel beliau disini..

Penyokong Anwar menanti hari itu dengan penuh pengharapan, pembangkang kepada Anwar pula menantikan dengan penuh debaran. Pada hari itulah juga Anwar akan dinilai dengan janji-janjinya, dan janji adalah satu hal yang penting kepada rakyat Malaysia.

Relevan Anwar kepada Malaysia

(1)  Ini membuktikan kekuatan pengaruh Anwar sebagai ahli politik samada kepada Pakatan Rakyat atau sebagai pembangkang kepada BN. Anwar juga mempunyai pengaruh yang amat kuat kepada rakyat berdasarkan pengalaman suka-dukanya dalam politik. Politik Malaysia mula beralih daripada ‘politik monopoli’ kepada politik yang lebih seimbang.

(2)  Slogan Ketuanan Rakyat benar-benar memberi cabaran pemikiran baru kepada Malaysia, dimana isu perkauman sememangnya menjadi satu dilema dan polemik kepada semua kaum di Malaysia. Cabaran pemikiran kepada kaum Melayu untuk berubah dari kepompong lama dan cabaran pemikiran kepada kaum bukan-Melayu untuk ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’. Satu cabaran untuk membentuk satu bangsa iaitu BANGSA MALAYSIA.

(3)  Pengaruh Anwar juga berjaya memaksa BN dan UMNO untuk keluar dari ‘zon selesa’. BN terpaksa berjuang untuk mengekalkan pengaruhnya kepada rakyat atau rakyat akan mengalih arah kepada Anwar. BN terpaksa berjuang untuk kesinambungan dinastinya. Pakatan Rakyat berjuang untuk membina dinastinya.

(4)  Tekanan dari Anwar dan ‘umpan’ politik dari BN telah memberi keuntungan kepada rakyat secara langsung dan tidak langsung. BN berjaya ‘diusik’ agar sedar dari kealpaan dalam memperjuangkan kehendak dan penderitaan rakyat. BN terpaksa memberi apa yang rakyat mahu agar terus mendapat populariti, atau undi rakyat beralih kepada Anwar.

Rakyat Malaysia perlu berhati-hati

(5)  Anwar dan PKR adalah parti serpihan kepada UMNO. Satu parti yang ditubuhkan oleh bekas-bekas ahli UMNO untuk membantah pemecatan Anwar dari BN, bermakna satu parti yang diwakili oleh ahli-ahli yang ‘terasuh’ dengan budaya UMNO sebelumnya. Berkemungkinan ahli PKR juga akan terikut-ikut dengan budaya UMNO jika berkuasa.

(6)  Hubungan Anwar dengan Barat amat meragukan, dimana Anwar dilihat terlalu pro-AS. Adalah dibimbangi Barat akan mengambil kesempatan diatas hubungan baiknya dengan Anwar untuk mencemarkan kedaulatan Malaysia mahupun merendahkan imej Islam itu nanti.

Kesimpulan

(7)  Mahu tidak mahu, suka atau tidak, Anwar perlu kepada politik Malaysia untuk membentuk satu parti yang boleh mengimbangi dominansi BN. Memecahkan monopoli politik BN kepada persekitaran politik yang lebih seimbang. Dalam usaha persaingan kedua parti merebut kepercayaan rakyat, kemakmuran akan datang kepada Rakyat Malaysia.

Persaingan dalam industri telekomunikasi negara adalah satu contoh yang baik, dimana tiada syarikat yang boleh memonopoli pasaran secara total dan berlumba-lumba memberi pakej yang terbaik. Hasilnya satu pakej produk yang menguntungkan pengguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: