Harga minyak dah turun.. Hulala !

August 23, 2008

Kerajaan mengumumkan harga minyak akan turun berkuat-kuasa pada 23 Ogos. Harga minyak RON97 turun sebanyak 15sen(5%) kepada RM 2.55, RON92 turun 22 sen(8%) kepada RM 2.40 dan diesel turun 8 sen(3%) kepada RM 2.50. Ini adalah kali pertama harga minyak diturunkan, (Singapura telah menurunkan harga minyaknya sebanyak 6 kali).

Selanjutnya, penilaian harga minyak pada 1 September tetap akan diteruskan seperti biasa, dan kemungkinan besar akan ada penurunan harga lagi. Seperkara lagi, rebat tunai tetap diteruskan sehingga Mac 2009, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha pada persidangan parlimen.

Sepatutnya harga boleh turun lagi.. berdasarkan penurunan harga kepada USD 120/tong sekarang, berbanding USD 148/tong (disaat pengumuman harga naik sebanyak 70 sen), harga minyak boleh diturunkan sekurang-kurang 50 sen(19%).

Sekilas pandang, penurunan minyak pada hari ini lebih bermotifkan untuk meraih populariti rakyat disaat pilihanraya Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti.Tak kisahlah ini gimik politik ke apa.. Janji harga minyak turun.

P/S : Mahu dengar reaksi Anwar Ibrahim tentang hal ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: