Cerita sebenar disebalik penangkapan Exco Perak

August 23, 2008

Penahanan 2 exco kerajaan Perak baru-baru ini banyak mengundang tanda-tanya kepada pelbagai pihak. Pakatan Rakyat mengatakan penangkapan ini adalah kerja BN, manakala BN pula menempelak PR kerana tidak mahu mengakui kesilapan pentadbirannya.

… perkara itu berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali. Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, kata Ketua Penerangan KeAdilan, Tian Chua … (kedua-dua exco itu telah pun dibebaskan pada 21 Ogos)

Sementara itu Ir Nizar, MB Perak, mengatakan BN cuba berkonspirasi untuk merampas Perak pada 31 Ogos ini. Katanya lagi, Projek Sri Iskandar yang bernilai RM 180 juta, seperti yang didakwa oleh BN sebenarnya tidak wujud. Boleh ikuti artikel Harakah Daily disini, dan artikel Buletin Online PAS disini.

Jika direnung-renungkan, Polis kita ini nampak juga ‘double-standard’.. Kalau BN punya kes, kena siasat dulu.. baru kita buat kes. Kalau ‘Parti Lawan’ punya kes, tangkap dulu.. siasat kemudian. Kalau kes ‘high-profile’ makan masa berbulan-bulan nak siasat.. Yang sedihnya, pembunuh Nurin masih tak dapat ditangkap hingga ke hari ini.

(p/s: BN dah terdesak sangat ke?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: