Isu bendera : Marahkan nyamuk, kelambu dibakar..

August 22, 2008

Saya melayari beberapa blog rakan-rakan yang mengibarkan bendera secara terbalik, sebagai tanda memprotes kelemahan pentadbiran kerajaan@ melahirkan kekecewaan peribadi kepada kerajaan. Ada juga yang menyokong tindakan itu dan ada juga yang menentang, dengan pelbagai alasan dan pemahaman masing-masing. Tak kisahlah, ikut suka masing-masing..

Perkara pokoknya.. marahkan Pak Lah dan BN.

Tak perlulah saya nak terangkan kepentingan bendera sebagai simbol sesebuah negara. Kenapa bendera negara yang dijunjung dan terkedepan sekali dibawa masuk perarakkan dalam Sukan Olimpik. Semua orang dah tahu.. Kenapa bendera itu sungguh penting? Soalan tu kena tanya sdr Kickdefella..

Saya juga tidak suka kepada Pak Lah, BN dan kuncu-kuncunya..

Kenapa mesti hina bendera negara sendiri? Kalau tak suka Pak Lah dan BN, terbalikkan ajelah gambar Pak Lah atau lambang dacing BN tu.., takpun terbalikkan logo Kementerian Sumber Manusia kerana ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Inilah yang dikatakan taksub kepada kebencian. Perkara yang salah pun ‘dihalalkan’.. marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

One Response to “Isu bendera : Marahkan nyamuk, kelambu dibakar..”

  1. penulis_cyber Says:

    Setuju ! boleh kita hantar mereka ke penjara ????

    Send Murder ‘Jalur Gemilang’ – Kickdefella to jail ?????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: