Anwar, perlukah nasihat pemimpin Amerika?

August 22, 2008

….Anwar juga mendakwa kononnya pelabur-pelabur asing sedia membantunya menaikkan ekonomi negara jika beliau menjadi pemimpin.

“Pelabur-pelabur luar pun ada jumpa saya. Mereka cakap, Anwar, kamu pimpinlah negara ini kerana kalau kamu pimpin, ekonomi negara ini akan kami naikkan dalam masa tiga bulan. Itu kamu tak perlu risau,” katanya pada hadirin di ceramahnya di Kampung Pertama, Permatang Janggus dekat sini….

Anda boleh ikuti sambungan artikel AIDC ini –disini

Kepada Anwar..

Pada tahun 1998, saya amat benci kepada Mahathir dan UMNO kerana memecat kamu dalam kerajaan. Bahkan.. seluruh ahli keluarga kami membenci BN. Hasilnya.. undi kepada pembangkang.

Kenapa kami memilih kamu? Kami mahukan keadilan sosial dan ekonomi..

Semasa kamu berada dalam UMNO, kami pilih UMNO. Tapi tak ada satu pun perubahan drastik yang kamu lakukan kepada UMNO. Malahan hidup kami masih seolah-olah UMNO tidak mempunyai kamu. Itu kamu..

Kamu dipecat dari UMNO, kami masih sokong. Sebab kami nampak kamu dan keluarga kamu macam orang baik-baik.. Lebih-lebih lagi Wan Azizah, nampak cukup bersopan berbanding isteri-isteri pak menteri BN yang lain. Kami nampak kamu ‘lebai’..

Kamu dituduh liwat.. kami tidak percaya. Mengapa?

Hati kami diliputi benci kepada BN yang teramat-sangat. Kami benci dengan penyalah-gunaan kuasa, monopoli, cakap menipu, dasar kronisme yang berlindung disebalik DEB, penindasan, dasar ekonomi berat sebelah rakyat vs korporat dan banyak lagi..

Dan kami harapkan kamu dapat mengubah kesemua karut-marut itu..

Tapi, kami nampak kamu semakin melalut dan mengarut..

Puncanya? Bermula dengan sikap berdolak-dalik kamu pasal sumpah. Kami tidak percaya kepada BN, tetap TIDAK PERCAYA !!

Tetapi kami masih akui, kerana Kerajaan Malaysia, kami mendapat pendidikan kami secara mudah. Sekarang keluarga kami dah ada lulusan SPM, Diploma, Ijazah dan Master.. Adik-beradik, 7 orang dah ada Ijazah dan Master, yang akan dapat Phd pun ada, sambung belajar ‘overseas’ pun ada..

Dengan pendidikan, keluarga kami mendapat pelbagai pekerjaan.. ada yang dah jadi pengurus besar agensi kerajaan, ada yang jadi cikgu dan pensyarah, ada yang jadi jurutera, ada yang dah jadi doktor, ada yang dah jadi eksekutif syarikat multinasional, ada yang buka syarikat sendiri.. kami boleh menyara diri-sendiri tanpa perlu mengemis mencari sesuap nasi.

Dengan kata lain, kami boleh berfikir sendiri. Tidak perlu dengar orang membuta-tuli, tidak perlu dipaksa orang lain untuk berfikir.

Tetapi kami masih benci kepada BN.. bukan dasar-dasarnya, tetapi kerakusan dan ketamakkan orang-orang BN,MCA,MIC dan parti komponennya, yang mengambil kesempatan keatas dasar-dasar kerajaan. Apakah ada jaminan yang kamu juga tidak mengambil kesempatan kepada dasar yang akan kamu adakan?

Perlukah nasihat pemimpin asing…??

Dimana kebijaksanaan kamu mentadbir Malaysia dengan ‘acuan’ BANGSA MALAYSIA. Mana hebatnya kamu?

Kamu mengenali ramai pemimpin dunia, kebanyakkannya pemimpin Amerika.. (tangan saya dah mula ketar..) Manakah sokongan Putin (Rusia) kepada kamu?, manakah sokongan Kerajaan China kepada kamu? Negara Arab..? tak payah tagih orang Arab pun tak apa, bangsa sendiri pun bercakaran..

Apakah ‘mereka’ sokong kamu kerana cerdik dan pandai berhujah? Rakyat ‘mereka’ pun ramai yang lebih pandai dari kamu.. Mereka nak bodek kamu biar kamu perasan bahwa kamu ini dihormati dan dikagumi oleh mereka, padahal.. mereka nak guna kamu untuk kepentingan mereka.

Jika kamu memimpin, ‘Mereka’ akan naikkan ekonomi Malaysia dalam 3 bulan.. Jika kamu ada, ‘Mereka’ juga boleh jatuhkan ekonomi Malaysia dalam 3 bulan, mungkin juga kurang pada itu..

Kelemahan kamu dalam isu ekonomi dan dasar luar negara mula terserlah sedikit demi sedikit tanpa kamu sedari.. kamu telah dan terlalu ‘mabuk untuk berkuasa’.

Hanya 3 dari 18 ucapan dalam blog kamu bercakap mengenai ekonomi dan dasar-dasar luar ekonomi. Kesemua isu itu semua memang telah diperjuangkan oleh Mahathir, kamu cuma meniru idea Mahathir.. Malahan isu BANGSA MALAYSIA terlebih dahulu diusulkan oleh Mahathir sebelum kamu..

Kenapa?

Kamu telah terhutang budi kepada ‘mereka’.. kerana menaikkan kamu menjadi PM. Oleh itu, kamu ‘malu mata’ dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka. Kamu tidak akan panggil seluruh Malaysia untuk duduk berbincang dengan ‘mereka’.. kamu akan berbincang diam-diam dengan mereka dalam bilik PM kamu. Mana kami tahu apa perbincangan kamu?

Soal liwat adalah soal peribadi kamu.. itu hal kamu dengan Tuhan. Soal negara bukan hal peribadi kamu, ini hal kami.. hak kami sebagai Rakyat Malaysia.

Apa yang saya boleh katakan.. kamu juga 2×5 dengan BN bila berkuasa, berselindung disebalik hal-hal keadilan kaum untuk meraih populariti. Kamu mempermainkan emosi kami yang tertindas agar menolong kamu berkuasa, dan kamu juga akan salah-guna kuasa itu nanti..

Masa akan menentukan.. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya.

2 Responses to “Anwar, perlukah nasihat pemimpin Amerika?”

  1. Tuan Zainudin Says:

    askum…
    kamu telah brain wash or menegur seorang pmimpin negara, idea kamu ckup brilliant…ikhlas dr hati kamu sy rasa. dan sy fkir sbhagian besar rkyat mlysia stuju ngn komen kamu.

    Sbg seorang islam serta sbg KHALIFAH di muka bumi Allah ini..pmimpin mestilah memikul tggungjawab dgn seadilnya berpndukan AlQuran & Hadis. Nuscaya mnsia tdk akn sesat di atas muka bumi Allah ini.

    Pada pndapat aku, DSAI InsyaAllah tdk akan mnjadi spt para pmimpin BN. Hati aku bgtu yakin dgn beliau..walau pun aku Ahli Pas, aku yakin dgn beliau wlpn beliau tdk Ulamak spt Tuan Guru Nik Aziz.

  2. cekka Says:

    mudah-mudahan kata Tuan Zainudin menjadi kenyataan..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: